PROSES PENAMPALAN STICKER NAMA PEWAKAF
Alhamdulillah, proses penampalan sticker nama pewakaf sedang dijalankan pada naskhah Al-Quran yang telah diwakafkan.
Setiap nama yang tertera adalah tanda amanah daripada para pewakaf untuk kegunaan pelajar-pelajar di Kemboja.
Insya-Allah, Al-Quran ini akan dimanfaatkan oleh mereka untuk belajar, membaca dan menghafaz kalam Allah.
Semoga setiap huruf yang dibaca menjadi pahala yang terus mengalir buat para pewakaf, selagi mana Al-Quran ini digunakan.
Terima kasih kepada semua yang telah bersama dalam usaha wakaf Al-Quran ini.
Maahad Tahzib - Pengurusan Wakaf, Qurban dan Badal Haji
M Tahzib merupakan Madrasah yang berpusat di seksyen 13 Shah Alam. Sebarang pertanyaan, klik sahaja button Whatsapp di page untuk berhubung dengan staff kami.
Antara servis yang M Tahzib tawarkan adalah pengurusan badal haji dan badal umrah serta umrah.
WAKAF AL-QURAN UNTUK PELAJAR MADRASAH DI KEMBOJA
Bayangkan seorang pelajar datang ke madrasah untuk belajar Al-Quran.
Tapi dia tidak mampu memiliki Al-Quran sendiri.
Ada yang perlu berkongsi dengan rakan lain.
Ada yang perlu menunggu giliran untuk membaca.
Dalam serba kekurangan, mereka tetap hadir untuk belajar dan mengenal kalam Allah.
Atas sebab itu, Maahad Tahzib membuka peluang kepada tuan puan yang ingin mewakafkan Al-Quran kepada pelajar madrasah di Kemboja.
Insya-Allah, selagi mana Al-Quran itu digunakan, dibaca dan dipelajari, semoga pahalanya terus mengalir buat pewakaf.
Semoga wakaf kecil ini menjadi asbab besar di sisi Allah SWT.
INFAQ SABIL DI MEKAH
Alhamdulillah, program Infaq Sabil di Mekah akan dilaksanakan oleh pelaksana kami yang berada di Tanah Suci Mekah.
Setiap sumbangan infaq akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan, khususnya para jemaah dan golongan yang layak menerima manfaat di sekitar Mekah.
Insya-Allah, bukti video pelaksanaan juga akan diberikan sebagai tanda amanah dan ketelusan kepada para penyumbang.
Semoga setiap infaq yang diberikan menjadi asbab pahala berpanjangan, rezeki yang diberkati dan doa-doa yang diangkat oleh Allah SWT.
WAKAF AL-QURAN UNTUK ANAK-ANAK KEMBOJA
Di Kemboja, masih ada anak-anak yang ingin belajar Al-Quran, tetapi tidak mampu memiliki mushaf sendiri.
Ada juga saudara baru yang baru mula mengenal Islam, namun mereka memerlukan bimbingan dan bahan bacaan untuk lebih dekat dengan kalam Allah.
Melalui wakaf Al-Quran ini, kita bukan sahaja membantu mereka memiliki Al-Quran, tetapi turut membuka jalan untuk mereka membaca, belajar dan menghafaz ayat-ayat suci Allah SWT.
Insya-Allah, setiap huruf yang dibaca daripada mushaf yang diwakafkan, ada pahala yang terus mengalir buat pewakaf.
Semoga wakaf kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang lebih dekat dengan Al-Quran.
Selamat Hari Raya Aidiladha
Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”
Hadis Riwayat Imam Ahmad, no. 12362
Semoga Aidiladha kali ini menjadi medan untuk kita lebih menghargai erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.
Moga setiap amal ibadah kita diterima, setiap pengorbanan diberkati, dan setiap rezeki yang dikongsikan menjadi asbab pahala berpanjangan.
Ikhlas daripada kami,
M Tahzib
BUKTI PELAKSANAAN WAKAF AL-QURAN DI MADRASAH DI KEMBOJA
HARI ARAFAH, HARI UNTUK BANYAKKAN DOA**
Hari Arafah adalah hari yang sangat istimewa.
Hari untuk kita banyakkan doa, istighfar dan amal soleh.
Antara amalan yang sangat digalakkan ialah puasa Hari Arafah bagi yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah SAW bersabda, puasa Hari Arafah diharapkan dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
(HR Muslim)
Jangan biarkan hari besar ini berlalu tanpa amal.
Semoga Allah ampunkan dosa kita dan terima segala doa kita.
Jangan tunggu hingga terlambat.
Hari ini kita masih sihat.
Masih boleh berjalan.
Masih mampu memberi.
Tapi esok, tiada siapa yang tahu.
Sebab itu, jangan tunggu terlalu lama untuk beramal.
Gunakan peluang yang Allah SWT beri hari ini untuk bina saham akhirat kita.
Melalui Wakaf Perigi, insya-Allah selagi air itu mengalir dan digunakan untuk minum, berwuduk dan kegunaan harian, selagi itulah pahala terus mengalir buat para pewakaf.
Moga setiap titisan air menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan.
Di madrasah kecil di Kemboja, masih ada pelajar yang belajar Al-Quran dalam serba kekurangan.
Ada yang perlu berkongsi mushaf.
Ada yang menunggu giliran untuk membaca.
Ada juga yang menggunakan Al-Quran lama yang sudah lusuh.
Bagi mereka, sebuah Al-Quran bukan sekadar buku.
Ia adalah teman belajar, sumber ilmu dan jalan untuk mereka lebih dekat dengan Allah SWT.
Dengan hanya RM90, kita dapat wakafkan 1 naskhah Al-Quran buat para pelajar madrasah di Kemboja.
Moga setiap huruf yang mereka baca menjadi pahala jariah yang terus mengalir buat para pewakaf.
Bukan kemewahan yang mereka perlukan.
Cukup sekadar Al-Quran untuk mereka belajar dan membaca setiap hari.
Di sebahagian madrasah di Kemboja, masih ada pelajar yang perlu berkongsi Al-Quran dengan rakan-rakan.
Ada yang menunggu giliran untuk membaca.
Ada juga yang menggunakan naskhah lama yang sudah lusuh.
Sedangkan semangat mereka untuk belajar Al-Quran sangat tinggi.
Melalui Wakaf Al-Quran ini, kita bukan sekadar memberi sebuah mushaf, tetapi membantu mereka terus dekat dengan kalam Allah SWT.
Moga setiap huruf yang dibaca menjadi pahala jariah yang mengalir buat para pewakaf.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Telephone
Website
Address
Shah Alam
40170
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Tuesday | 09:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Wednesday | 09:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Thursday | 09:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Friday | 09:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 |