Sk Biz Solution

Sk Biz Solution

Share

One stop center for IT & Soft Skill training. We provide IT training such as Microsoft Project, Excel, Word, PowerPoint, Power BI and other IT training.

We also provide soft skill training such as communication, leadership, customer service and more.

20/01/2026

5 Kesalahan Yang Selalu Dilakukan Dalam Laporan Kepada Bos

Ramai staff bekerja keras menyiapkan laporan.
Tapi masih hairan kenapa bos masih tak puas hati.

Sebenarnya, masalah bukan pada lembaran Excel dan data tapi pada cara laporan itu dibuat.

Ini antara 5 kesalahan yang selalu dibuat dalam laporan.

====
Kesalahan 1: Terlalu Banyak Data, Terlalu Sedikit Makna
====

Staff masukkan semua data kerana takut tertinggal apa-apa.

Staff fikir:

“Aku letak semua data supaya lengkap.
Kalau bos nak tanya, semua ada.”

Lalu dia hantar semua details: 5 –10 jadual, banyak angka dan nombor-nombor.

Bos tengok laporan dan fikir: “Ok… banyaknya data. Tapi apa point dia?”

Hakikatnya: - Bos tak ada masa nak baca semuanya, bos cuma nak tahu apa yang penting dari data tersebut.

Apa maksud disebalik data-data. Bos tak tahu nombor mana yang patut diberi perhatian.

Ini contoh salah:- “Bos, Ini senarai jualan semua produk.”

Ini contoh betul:- “Bos, ini senarai jualan semua produk, daripada 20 produk, 3 produk menyumbang 70% jualan dan 1 produk menunjukkan penurunan ketara.”

👉Masalahnya bukan data kurang,tapi staff tak pilih mana yang penting.


====
Kesalahan 2: Tiada Ringkasan di Bahagian Awal
====

Ramai staff terus bentang jadual & carta.

Sedangkan bos mahu lihat kepada data.
Tanpa ringkasan: Bos cepat hilang fokus

Bos nak bila buka laporan, terus faham dalam 1–2 minit:
Prestasi ok atau tak?

Ada masalah besar atau tidak?

Contoh salah:- Terus tunjuk jadual jualan 12 bulan.

Contoh betul:- “Bos, secara keseluruhan, prestasi bulan ini stabil, namun jualan kawasan A menurun 15%.”

👉Ringkasan bukan formaliti, tapi pintu masuk laporan.


====
Kesalahan 3: Laporan Tak Jawab Soalan Bos
====

Staff terlalu fokus pada:

“Data aku betul ke”
“Formula aku ok ke”
“Chart aku cantik”

Masalahnya bos tak tanya semua tu, Apa yang bos tanya:-

*Kenapa angka naik / turun?
*Bahagian mana bermasalah?
*Apa yang perlu dibuat?

Contoh salah: “Bos, Ini graf jualan Januari.”

Contoh betul: “Bos, Graf ini menunjukkan jualan Januari turun
berbanding Disember kerana cuti panjang dan stok terhad.”

👉Kalau laporan tak jawab soalan bos, bos akan tanya dan staff nampak tak bersedia.


====
Kesalahan 4: Carta & Jadual Banyak, tapi Mengelirukan
====

Staff fikir: “Lagi banyak chart, lagi nampak rajin.”

Lalu dia tambah banyak warna, letak banyak label, masukan semua angka, satu slide penuh graf.

Bos tengok dan fikir: “Saya nak tengok yang mana satu ni?”
Bos tak mahu susah-susah baca dan tafsir laporan.

Bos mahu faham terus.

Data dan carta sepatutnya membantu untuk faham, bukan tambah keliru.

Contoh salah: Bentang 6 graf dalam satu slide

Contoh betul: Bentang 1 graf utama & 1 mesej jelas

👉 Carta sepatutnya menjelaskan cerita, bukan mencipta teka-teki.


====
Kesalahan 5: Tiada Cadangan Tindakan
====

Ramai staff berhenti setakat hantar data saja : “Bos , Ini datanya.”

Dia takut beri cadangan.
Takut cadangan salah dan nanti kena soal balik

Staff nampak tak proaktif

Sedangkan bos mahu: “Apa patut kita buat lepas ini?”

“Kalau awak di tempat saya,
apa awak cadangkan?”

Cadangan tak perlu sempurna.
Cukup: Jika ia logik dan berdasarkan data

Tanpa cadangan laporan nampak separuh siap

Contoh salah: “Bos, jualan menurun 10%.”

Contoh betul: “Bos, jualan menurun 10%. Saya cadangkan fokus promosi produk A di kawasan yang masih stabil.”

👉 Cadangan buat staff nampak berfikir, bukan sekadar ikut arahan.


Kesimp**an Penting
Bos tak minta laporan sempurna.
Bos minta laporan yang mudah difahami & boleh buat keputusan.

Kalau laporan sering dipersoalkan: Itu bukan masalah Excel dan bukan masalah rajin atau malas

Itu masalah cara menyusun & menyampaikan laporan

“Kalau anda buat laporan setiap bulan dan sering berdepan situasi ini, mungkin sudah sampai masa betulkan cara laporan dibuat bukan tambah formula Excel.”

Anda nak belajar cara menyediakan laporan kerja yang jelas, teratur dan mudah difahami oleh bos?

Nak belajar cara menyusun dan meringkaskan data mentah kepada laporan yang mudah difahami oleh bos?

Komen “Nak Belajar Buat Laporan” di bawah.

Nanti kami akan send maklumat.

20/01/2026

Apa beza data vs laporan?

Ramai orang sangka bila data dah lengkap, automatik laporan dah siap.

Tapi hakikatnya, data dan laporan adalah dua perkara berbeza.

Apa Itu DATA?

Data ialah: Nombor, rekod atau maklumat mentah

Contoh data:

*Senarai jualan harian
*Kehadiran staf
*Perbelanjaan setiap transaksi

Data belum ada makna selagi tidak dijelaskan.

Data hanya jawab: “Apa yang direkodkan?”


Apa Itu LAPORAN?

Laporan ialah: Ringkasan daripada data, maklumat yang telah ditapis dan disusun untuk tujuan tertentu

Contoh laporan:

*Ringkasan jualan bulanan
*Perbandingan prestasi bulan ini vs bulan lepas
*Isu utama & perkara yang perlu diberi perhatian

Laporan bantu orang buat keputusan.

Laporan jawab:“Apa yang penting dan apa perlu dibuat?”


Contoh Mudah (Situasi Sebenar)

Data:- “Ini semua rekod jualan bulan Januari.” (20 helaian Excel, beratus baris data)

Bos akan tanya: “So, apa yang saya patut tahu?”


Laporan:- “Jualan Januari turun 12% berbanding Disember, disebabkan produk A dan kawasan Selatan.”

Bos akan tanya: “Apa tindakan kita seterusnya?”


Kesilapan Besar Staff

Ramai staff: Hantar data mentah yang disusun dalam Excel saja, tapi bila bos tanya tak boleh nak jawab, bila bos minta spesifik maklumat tak boleh nak extract.

Sebab itu bos selalu kata: “Aku tak faham laporan ni.”


“Masalah laporan bukan pada Excel, tapi pada cara data disusun dan diringkaskan kepada bos.”

Anda nak belajar cara menyediakan laporan kerja yang jelas, teratur dan mudah difahami oleh bos?

Nak belajar cara menyusun dan meringkaskan data mentah kepada laporan yang mudah difahami oleh bos?

Komen “Nak Belajar Buat Laporan” di bawah.

Nanti kami akan send maklumat.

20/01/2026

Kenapa Bos Selalu Tak Puas Hati Dengan Laporan Staff?

Setiap bulan situasi sama berulang. Staff siapkan laporan.
Data lengkap, jadual tersusun dan carta berwarna-warni.

Tapi bila sampai kepada bos, bos pun tanya.

“Eh, Kenapa angka ni naik?”
“Apa maksud semua ni?”
“So, apa yang kita patut buat?”

Dan staff pun terdiam. tak tahu nak jawab.

Apa masalahnya?

Masalahnya bukannya sebab staf tak pandai guna Excel tapi pada laporan itu sendiri.

Ini antara kesilapan bila buat laporan.

====
Kesilapan 1: Laporan Terlalu Fokus Pada Data, Bukan Makna
====

Ramai staff fikir: “Asalkan data lengkap, laporan dah cukup.”

Hakikatnya: Bos tak ada masa nak tafsir data satu-satu.
Bos nak jawapan, bukan nombor semata-mata.

====
Kesilapan 2: Laporan Tak Jawab Soalan Bos
====

Bos biasanya cuma nak tahu 3 perkara:

*Apa yang berlaku?
*Masalah atau peluang apa yang wujud?
*Apa tindakan seterusnya?

Kalau laporan tak jawab 3 soalan ini, laporan itu akan dipersoalkan, walaupun cantik.

====
Kesilapan 3: Terlalu Banyak Data Tak Penting
====

Semua data nak dimasukkan, tak tahu mana yang penting.
Semua angka, jadual dan carta nak dimasukan dalam laporan.

Akibatnya: Bos pening. Point utama tenggelam.

Laporan yang baik bukan laporan yang panjang.
Tapi laporan yang ringkas dan tepat.

====
Kesilapan 4: Tiada Ringkasan Untuk Pengurusan
====

Ramai staff terus bentang data, sedangkan bos sebenarnya mahu ringkasan kepada data.

“Ringkaskan untuk saya faham dalam 2–3 minit.” kata bos.

Tanpa ringkasan: Bos rasa buang masa, staff nampak tak faham keutamaan

Jadi, Apa Yang Bos Sebenarnya Mahu?

Bos mahukan laporan yang:

*Terus ke point
*Tunjukkan isu penting
*Mudah di fahami untuk buat keputusan

👉 Laporan ialah alat komunikasi dengan bos,

====
Kesimp**an Penting
====
Kalau bos selalu tak puas hati dengan laporan:

Biasanya Itu bukan masalah Excel

Itu adalah masalah cara berfikir & menyusun laporan
Staff yang tahu cara buat laporan yang betul:
Kurang dipersoalkan dan lebih dipercayai


“Kalau anda buat laporan setiap bulan dan selalu berdepan situasi ini, mungkin sudah sampai masa anda betulkan cara laporan dibuat"

Anda nak belajar cara menyediakan laporan kerja yang jelas, teratur dan mudah difahami oleh bos?

Nak belajar cara menyusun dan meringkaskan data mentah kepada laporan yang mudah difahami oleh bos?

Komen “Nak Belajar Buat Laporan” di bawah.

Nanti kami akan send maklumat.

29/12/2025

Tahun 2026 ini, aku tetapkan satu azam.

Aku mahu tingkatkan lagi kemahiran Power BI.

Semakin lama bekerja, aku sedar satu perkara.
Cara majikan melihat pekerja sudah berubah.

Data semakin banyak.
Laporan semakin kerap.
Mesyuarat p**a semakin menuntut jawapan yang jelas.

Aku perhatikan satu corak.
Majikan kini mencari staf yang boleh memahami data dan menerangkannya dengan yakin.

Dalam banyak iklan jawatan kosong, kemahiran Power BI semakin kerap disebut.

Ada yang meletakkannya sebagai kelebihan.
Ada juga yang menjadikannya syarat.

Di sinilah aku mula bertanya pada diri sendiri.

Adakah aku sekadar menyiapkan laporan,
atau aku mampu membantu pengurusan membuat keputusan?

Power BI membantu menukar nombor kepada gambaran yang mudah difahami.

Ia membantu menunjukkan arah, trend dan isu sebenar.

Aku memilih untuk bersedia lebih awal.
Meningkatkan kemahiran hari ini supaya nilai kerja lebih jelas esok.

Jika kau juga bekerja dengan data, laporan atau Excel setiap hari,
mungkin inilah masa untuk mula fikirkan perkara yang sama.

Share post ini dengan rakan sekerja yang mahu kekal relevan dalam dunia kerja yang semakin dipacu data.

Ketahui kenapa semakin ramai majikan memberi perhatian kepada Power BI untuk tahun 2026.

Nak belajar Power BI?
Klik link.

- https://www.skbizsolution.net/powerbi-public-fb/

- https://www.skbizsolution.net/powerbi-public-fb/

- https://www.skbizsolution.net/powerbi-public-fb/

29/12/2025

Apakah itu Power BI?

Power BI ialah platform Business Intelligence oleh Microsoft yang membantu pengguna mengumpul, menganalisis dan memvisualkan data supaya ia mudah difahami dan boleh digunakan untuk membuat keputusan.

Tetapi di tempat kerja sebenar…

Ramai pekerja ada data,
tapi tak tahu apa yang data itu cuba sampaikan.

Laporan siap.
Chart ada.
Tapi bos masih bertanya:

“Apa makna nombor ni untuk bisnes?”

Power BI bukan sekadar buat visual cantik.

Ia bantu anda nampak corak, trend dan isu sebenar supaya anda boleh bercakap dengan data, bukan sekadar tunjuk angka.

Jika anda mahu kerja anda lebih jelas nilainya dan keputusan dibuat dengan lebih yakin, Power BI ialah kemahiran yang patut anda fahami.

Anda nak belajar bagaimana Power BI digunakan secara praktikal di tempat kerja?

Klik link -

https://www.skbizsolution.net/powerbi-public-fb/

https://www.skbizsolution.net/powerbi-public-fb/

https://www.skbizsolution.net/powerbi-public-fb/

09/12/2025

Tukar cara berfikir: dari Victim Mindset ke Victory Mindset

Kebanyakan orang yang loser atau gagal dalam hidup biasanya, mereka ada perangai yang yang tidak mahu bertanggung jawab terhadap diri mereka sendiri.

Bila mereka gagal atau berlaku sesuatu perkara buruk berlaku, mereka cepat menyalahkan orang lain. Mereka rasa diri mereka mangsa keadaan. Mereka rasa dizalimi.

Bila mereka jatuh sakit, mereka salahkan makanan yang tak berkualiti, penuh racun, penuh bahan kimia. Tapi realitinya, mereka sendiri yang tidak jaga makan. Mereka makan berlebihan, minum manis, dan ambil makanan berproses setiap hari. Mereka malas nak bergerak atau bersenam.

Bila mereka susah, tak cukup duit, mereka salahkan ekonomi tak stabil, harga barang naik, kerajaan tak bantu. Tapi hakikatnya, mereka sendiri yang malas berusaha dan tak cuba ubah cara hidup mereka.

Bila bos tak naikkan gaji, tak naikkan pangkat , mereka salahkan syarikat yang tak prihatin, mereka salahkan bos pilih kasih, mereka salahkan kawan sekerja yang “kaki bodek” atau “tikam belakang”. Tapi bila lihat semula, kerja mereka sendiri pun ala kadar, datang kerja, buat cukup syarat, tiada nilai tambah pada syarikat.

Inilah punca utama kenapa ramai orang gagal dalam hidup, mereka tak ke mana, masih kekal pada tahap sama.

Sebabnya mereka terperangkap dengan victim mindset - cara berfikir yang meletakkan diri sebagai mangsa keadaan.

Apa itu victim mindset?

Klik link untuk info lanjut

https://skbizsolutioncommunity.blogspot.com/2025/11/tukar-cara-berfikir-dari-victim-mindset.html

25/11/2025

5 Sebab kenapa anda rajin tapi masih tidak dinaikan gaji atau pangkat?

Pernah tak anda rasa…

Anda kerja rajin, datang awal, balik lambat.
Buat kerja lebih daripada yang disuruh.
Tapi bila sampai masa naik gaji atau pangkat—nama anda langsung tak disebut.

Bukan sekali. Tapi berkali-kali.

Kalau anda pernah alami perkara ni, ketahuilah anda tak keseorangan. Ramai pekerja di luar sana yang menghadapi perkara sama.

Persoalannya, kenapa jadi macam tu?

Mari kita lihat 5 sebab utama yang sering berlaku dalam dunia kerja:


1. Rajin bukan lagi ukuran utama

Dulu mungkin, siapa paling rajin dialah paling dihargai. Tapi dalam dunia kerja moden hari ini, majikan lebih utamakan:

Siapa yang mampu bawa hasil (output & impak)
Siapa yang boleh selesaikan masalah
Siapa yang boleh fikir sendiri, bukan sekadar tunggu arahan

Contoh:

Anda bekerja keras menaip data berjam-jam setiap hari.
Tapi rakan sekerja anda cipta satu sistem mudah yang jimatkan masa semua orang.

Siapa lebih bernilai?


2. Anda buat kerja yang orang lain boleh juga buat

Jika kerja anda boleh diganti dengan sesiapa sahaja dalam masa 1-2 hari latihan, itu tandanya kerja tersebut mudah diganti.

Majikan mungkin tidak melihat keperluan untuk menaikkan gaji anda kerana mereka tahu, jika anda berhenti, orang lain boleh ambil alih dengan cepat.

Seth Godin dalam bukunya Linchpin, cakap benda yang sama:

"If you’re not indispensable, you’re a cog in the system."

Jika anda orang yang mudah diganti, anda hanyalah salah satu gear kecil dalam mesin besar.

Bila anda tiada, mesin tetap berjalan, kerana sesiapa sahaja boleh gantikan anda

Beliau kata ramai pekerja dilatih untuk “ikut sistem”, bukan untuk berfikir sendiri. Akibatnya, mereka menjadi biasa-biasa, boleh diganti, dan tidak dikenang.

Untuk jadi “mahal” di mata syarikat, anda perlu jadi "indispensable". Seseorang yang tidak boleh diganti. Seseorang yang bernilai tinggi.


3. Bos tidak nampak nilai anda

Bukan semua majikan tahu atau perasan apa yang anda sumbangkan.

Kadang-kadang:

Anda buat kerja senyap-senyap tanpa menunjukkan hasil.
Anda tak bentangkan pencapaian anda dengan jelas.
Anda terlalu merendah diri atau takut untuk menonjol.

Dalam dunia kerja, siapa yang boleh menunjukkan impak kerja dia dengan jelas, itulah yang akan diingati ketika waktu penilaian prestasi.


4. Anda Tidak Ada Data atau Bukti

Ramai orang bekerja keras, tapi bila tiba masa appraisal, mereka tak tahu nak tunjuk apa.

Simpan rekod kerja anda. Tunjukkan:

Berapa masa anda jimatkan?
Berapa banyak kesilapan yang anda kurangkan?
Bagaimana kerja anda membantu team atau bos?

Majikan tak bayar usaha, mereka bayar hasil.
Dan hasil perlu dibuktikan.


5. Anda tidak ada “Ownership” dan "leadership"

Pekerja yang naik lebih cepat biasanya:

Mereka urus kerja sendiri tanpa disuruh.
Meraka ambil inisiatif selesaikan masalah.
Mereka mampu bantu team buat keputusan.

Kalau anda hanya menunggu arahan setiap masa, anda mungkin dilihat sebagai pelaksana sahaja, bukan pemimpin.

Dan majikan cari pemimpin untuk dinaikkan pangkat, bukan sekadar pengikut yang rajin.


Kesimp**an:

Rajin itu bagus. Tapi dalam dunia kerja hari ini, rajin semata-mata tidak cukup.

Yang penting adalah NILAI yang anda beri.

Nilai bukan datang dari berapa banyak kerja anda buat, tapi dari berapa besar kesan kerja anda terhadap syarikat.

Apa manfaat yang anda beri pada syarikat.

Berita baik: nilai boleh dibina.

Dengan langkah yang betul, anda boleh bina nilai pada diri anda.

Bagaimana nak cipta dan bangunkan NILAI supaya anda dapat naik gaji dan pangkat?

Klik sini kalau nak belajar lebih lanjut.

- https://www.subscribepage.com/skbiz

- https://www.subscribepage.com/skbiz

- https://www.subscribepage.com/skbiz

24/11/2025
24/11/2025

Kalau Tak Ada Steve Jobs, Kita Tak Akan Guna Microsoft Excel.

Setiap kali kita buka Excel, kita nampak ribuan kotak kecil tempat kita isi nombor, rumus, bajet & data.

Tapi tahu kah anda, kalau tak ada Steve Jobs, mungkin kotak-kotak tu takkan pernah wujud?”

Kedengaran pelik kan? Sebab Excel tu produk Microsoft.
Tapi sejarah sebenar dia bermula dalam dunia Apple.

Awal tahun 1980-an, Microsoft tengah gagal.
Mereka dah ada satu perisian spreadsheet — nama dia Multiplan.

Tapi kalah teruk dengan pesaing utama masa tu — Lotus 1-2-3.
Bill Gates pening kepala.

Tengok video untuk cerita sebenar.

Klik link kalau nak tingkatkan kemahiran dalam Excel.

- https://www.skbizsolution.net/excelpublic_fbre/

- https://www.skbizsolution.net/excelpublic_fbre/

- https://www.skbizsolution.net/excelpublic_fbre/

Photos from Sk Biz Solution's post 21/11/2025
Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Tingkatkan Kemahiran Excel Langkah Demi Langkah.

Applikasi Excel sangat banyak digunakan di dalam dunia perniagaan untuk membantu kerja-kerja yang melibatkan pengiraan, akaun, finance, merekod dan menganalisis data.

Oleh itu, kemahiran menggunakan applikasi Excel sangat penting dan perlu sekarang ini. Namun, malangnya mengikut pemerhatian kami, penguna Excel hanya menggunakan dalam 10 ke 20 peratus fitur2 di dalam Excel. Ini sangat membazir kerana, ada terlalu banyak fitur yang advance yang jika digunaka dapat membantu anda meningkatkan lagi mutu kerja2 anda.

Fitur-fitur penting seperti “formula & function”, “chart”, “daynamic table”, “pivot table” sangat membantu anda untuk menyiapkan kerja-kerja anda dengan cepat dan efektif.

Disebabkan itu, kami disini membantu anda untuk menerokai lagi fitur-fitur penting di dalam Excel supaya anda dapat meningkatkan mutu kerja anda.

Location

Category

Telephone

Address


1st Floor, 7-1, Jalan U3/3 (BK), Seksyen U3
Shah Alam
40150