Sekolah Rendah Islam Al-Iman

Sekolah Rendah Islam Al-Iman

Share

Sekolah Rendah Islam Al-Iman, mula beroperasi pada Jun 2015 yang beralamat di No 35 tingkat 1&2 Menyediakan Pelajaran Agama bermula Darjah 1 hingga 6.

Tadika Celik Iman. Transit Day-Care. Mengaji Iqra' & Al-Qur'an. Kelas Intensif Jawi dan Arab. Kelas Al-Baghdadi.

27/02/2026

πŸŽ‰ Tahniah & Syabas kepada Murid UPKK 2025 & Bakal Calon PSRA 2026! πŸŽ‰

Alhamdulillah, Sekolah Rendah Islam Al-Iman ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 47 orang calon UPKK 2025 atas keputusan cemerlang yang diumumkan semalam.

Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha bersungguh-sungguh, disiplin, dan komitmen murid-murid sepanjang tempoh pembelajaran dan persediaan menghadapi peperiksaan.

Kami juga ingin mengucapkan semangat dan sokongan kepada murid-murid yang bakal menduduki PSRA 2026, semoga segala usaha dan persediaan membuahkan keputusan yang membanggakan kelak.

Teruskan melakar kejayaan dan membina masa depan yang gemilang! 🌹

26/02/2026

πŸŽ‰ KEPUTUSAN UPKK 2026 πŸŽ‰
Sekolah Rendah Islam Al-Iman

Alhamdulillah, semua calon UPKK 2026 100% lulus! Tiada calon gagal πŸ˜‡

πŸ“Œ Pecapaian calon:
β€’ 9A : 5 orang
β€’ 8A : 1 orang
β€’ 7A : 4 orang
β€’ 6A : 4 orang
β€’ 4A : 6 orang
β€’ 3A : 7 orang
β€’ 2A : 11 orang
β€’ 1A : 3 orang

Jumlah calon : 47 orang

Tahniah kepada semua murid atas usaha gigih dan pencapaian hebat ini.
Terima kasih kepada guru-guru & ibu bapa atas sokongan berterusan 🀍

✨ Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk tahun-tahun akan datang!

09/02/2026

Pagi Isnin yang penuh semangat di sekolah! 🌀️
Anak-anak berkumpul untuk sesi perhimpunan pagi dengan doa ringkas, nasihat motivasi, dan sedikit aktiviti penyemangat. πŸ˜‡πŸ“š

Melihat wajah ceria mereka setiap pagi, hati rasa tenang dan teruja. Setiap senyuman, setiap tawa kecil, jadi penguat semangat untuk minggu baru yang menanti. πŸ’›

Moga anak-anak terus cemerlang, berdisiplin, dan penuh semangat belajar sepanjang minggu ini.

09/02/2026

Pagi Isnin yang penuh semangat di sekolah!
Anak-anak berkumpul untuk sesi perhimpunan pagi .. doa ringkas, nasihat motivasi, dan sedikit aktiviti penyemangat.

Melihat wajah ceria mereka setiap pagi, hati rasa tenang dan teruja. Setiap senyuman, setiap tawa kecil, jadi penguat semangat untuk minggu baru yang menanti. πŸ’›

Moga anak-anak terus cemerlang, berdisiplin, dan penuh semangat belajar sepanjang minggu ini.

Photos from Sekolah Rendah Islam Al-Iman's post 19/01/2026

πŸ“š SESI PERSEKOLAHAN 2026 | SESI PETANG (TAHUN 4 – 6)

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2026 bagi murid sesi petang Tahun 4 hingga Tahun 6 berjalan dengan lancar.
Wajah-wajah penuh semangat ini mencerminkan kesungguhan mereka dalam menimba ilmu dan membina jati diri.

Semoga setiap langkah mereka dipermudahkan, ilmu yang dipelajari diberkati serta membentuk peribadi yang berilmu, beradab dan berakhlak mulia selaras dengan matlamat Sekolah Rendah Islam Al-Iman.

Terima kasih kepada ibu bapa atas kepercayaan dan sokongan yang berterusan 🌱
Moga kerjasama ini terus kukuh demi kejayaan anak-anak kita.





Photos from Sekolah Rendah Islam Al-Iman's post 19/01/2026

πŸ“š SESI PERSEKOLAHAN 2026
Murid Pagi Tahun 1 – 3

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2026 telah bermula dengan baik.
Inilah wajah-wajah ceria murid-murid pagi Tahun 1 hingga Tahun 3 yang hadir dengan semangat baharu untuk menimba ilmu.

Semoga setiap langkah mereka dipermudahkan, dipelihara akhlaknya, dan diperkukuhkan ilmunya selaras dengan matlamat sekolah dalam melahirkan generasi berilmu, beradab dan berakhlak mulia.

Terima kasih kepada ibu bapa atas kepercayaan yang diberikan kepada pihak sekolah.
Moga kerjasama ini berterusan demi kejayaan anak-anak kita 🌱





07/09/2025

✨ Seminar Persediaan PSRA 2025 ✨
Alhamdulillah, semalam Sekolah Rendah Islam Al-Iman berjaya menganjurkan Seminar Persediaan PSRA 2025 dengan penglibatan seramai 54 calon murid.

Menariknya, bukan sahaja murid Al-Iman, bahkan separuh daripada jumlah calon yang hadir turut melibatkan murid dari sekolah jiran, KAFA Integrasi Al-Jannah, yang sama-sama menimba manfaat daripada seminar ini.

Semoga usaha ini memberi semangat dan keyakinan tambahan kepada semua calon dalam menghadapi peperiksaan PSRA nanti. Doakan kejayaan mereka, insyaAllah πŸŒΈπŸ“–

04/09/2025

πŸŽ“ Persediaan Peperiksaan PSRA & UPKK
Setiap tahun, Sekolah Rendah Islam Al-Iman menganjurkan seminar khas untuk murid-murid kami πŸ’‘.
Tujuannya jelas .. beri keyakinan, mantapkan ilmu, dan latih anak-anak untuk hadapi peperiksaan dengan tenang & bersedia.

🌸 Dengan bimbingan guru berpengalaman, anak-anak bukan saja belajar, tapi juga dilatih cara menjawab soalan & mengurus masa dengan baik.

πŸ“Œ Pendaftaran sesi 2026 kini dibuka.. pastikan anak anda bersama keluarga besar Al-Iman!

04/09/2025

πŸ“– Belajar seronok, faham lebih mudah!
Inilah suasana kelas KAFA di Al-Iman. guru kami bukan saja mengajar, tapi mendidik dengan penuh kesabaran 🌸.

Anak-anak dibimbing untuk membaca Al-Quran, memahami asas agama dan membina adab seharian.
Belajar agama jadi sesuatu yang dekat di hati mereka 🀲✨.

πŸ“Œ Pendaftaran sesi 2026 sudah dibuka tempat terhad!

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


No 35, Tingkat 1 & 2, Jalan Utarid C U5/C, Taman Mutiara Subang
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30