18/07/2023
Apakah Itu Maal Hijrah?
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Firman Allah SWT:
وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً
Maksudnya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur;
(Surah al-Nisa’ : ayat 100)
khas dari :
Budak Flat Cafe & Co.
XPLORE ADVENTURE
30/10/2020
Minggu depan dua istilah akan jadi buah mulut.
Pertama, KERAJAAN MINORITI, kedua, "Confidence and Supply Agreement/bill" (CSA)
Baru2 ini kerajaan cuba gantung parlimen menerusi darurat. Semua tahu sebab utama takut tak dapat majoriti luluskan bajet. Darurat ditolak.
Kerajaan yang tak ada sokongan majoriti dipanggil kerajaan minoriti. Pernah berlaku di UK, Australia dan India.
Tanpa majoriti, AP pembangkang akan buat pelbagai tuntutan sebagai syarat sokongan mereka kepada bajet. Termasuk peruntukan khas untuk kegiatan mereka dan lain2 yang mereka mahu diberi keutamaan.
Kerajaan kena berunding dan buat perjanjian khas dengan mereka. Ini dipanggil "Confidence and Supply Agreement". Beri perbekalan untuk dapatkan sokongan.
Kita memasuki era baru dalam pemerintahan kita. Yang nak memerintah kena pandai dan bijaksana. Tak kena gaya peruntukan kpd pembangkang boleh menikam diri.
Pembangkang pun kena bijaksana. Masa ini tuntutlah macam2. Salah tuntut rakyat pun tak s**a juga.