11/05/2026
*PROGRAM QURBAN PERDANA PAS NEGERI SELANGOR 1447H/2026*
(30 Mei 2026 - Hari Raya ke-4)
*Berbaki lagi 4 bahagian lembu*
klik link berikut untuk daftar:
๐ https://forms.gle/MPCK7zAdco488TBh9
๐ Badrul : 011-1506 2983
๐ Azhan : 011-3238 8999
๐ Siti Rohaya : 011-38939069
05/04/2026
Alhamdulillah. pagi ini pengurusan dan guru-guru PASTI Little Muslim diberi kesempatan untuk ziarah keluarga Allahyarham adik syafiq iaitu Encik Mohd Lazim dan isteri Puan Sapinah sekeluarga. Allahyarham adik Syafiq meninggal dunia asbab lemas di pantai pada hari raya ke-2 di kampung ibunya di naratiwat thailand. Semoga ruh Allahyarham adik syafiq dicucuri rahmat dan diberi kekuatan dan ketabahan kepada ibu ayah serta seisi keluarga.
16/03/2026
Ceria anak-anak PASTI Little Muslim 1 & 2 dapat duit raya hari ini. Mewakili pihak Pengurusan PASTI Little Muslim, Cikgu Ninda ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua anak-anak PASTI Little Muslim PASTI Little Muslim seisi keluarga. kepada yang akan bermusafir balik kampung, hati-hati di jalan raya. Semoga semua gembira dan ceria meraikan hari lebaran bersama keluarga.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
12/01/2026
Hari Pertama sesi persekolahan 2026, Alhamdulillah tenang dan lancar
11/01/2026
*Konsep & Simbolik Mural PASTI Little Muslim*
Mural PASTI Little Muslim dirangka sebagai medium tarbiah visual, menggabungkan elemen alam, sejarah Islam dan nilai pendidikan awal kanak-kanak bagi membentuk jiwa muslim sejak usia dini.
1. Buah Berwarna Putih (5 & 6 Butir Setiap Rumpun) ๐๐๐๐๐ / ๐๐๐๐๐๐
Buah berwarna putih melambangkan kesucian fitrah kanak-kanak. Jumlah buah yang lima dan enam membawa maksud:
โ
Lima Rukun Islam sebagai asas pegangan hidup
โ
Lima waktu solat yang digerakkan dalam kehidupan seharian
โ
Berteraskan Tauhid dan disempurnakan dengan Enam Rukun Iman
Ia menggambarkan tunas-tunas PASTI yang diasuh sejak kecil untuk membesar sebagai insan berakidah kukuh dan beramal.
2. Basikal Menuju Kapal Terbang / Roket ๐ฒโก๏ธโ๏ธ๐
Simbol ini membawa makna pendidikan bermula dari asas:
โ
Basikal melambangkan proses pembelajaran awal, bertahap dan sabar
โ
Kapal terbang atau roket melambangkan kejayaan, cita-cita tinggi dan potensi tanpa batas.
Ia menzahirkan falsafah PASTI:
โ _Mendidik dari bawah, menanam nilai, membina potensi sehingga anak-anak mampu terbang tinggi di dunia dan akhirat.โ_
3. Pokok Buah-buahan Al-Quran (Tin, Zaitun & Delima) ๐ณ
Pokok-pokok buah bersifat alkali dan penyembuh seperti:
๐ Buah Tin
๐ Buah Zaitun
๐ Buah Delima
Kesemuanya disebut dalam Al-Quran dan melambangkan:
โ
Kesihatan jasmani
โ
Keseimbangan rohani
โ
Keberkatan rezeki
Ia menggambarkan pendidikan PASTI yang menyuburkan akal, tubuh dan jiwa.
4. Awan yang Memayungi Nabi ๏ทบ โ๏ธ
Awan melambangkan perlindungan Ilahi, merujuk kisah perjalanan Rasulullah ๏ทบ bersama bapa saudaranya ke Syam ketika kecil.
Simbol ini membawa maksud:
Anak-anak sentiasa berada dalam naungan rahmat Allah.
Pendidikan berteraskan kasih sayang, keselamatan dan adab
5. Pohon Kurma ๐ด
Pohon kurma melambangkan kekuatan dan keberkatan berdasarkan hadis:
_โRumah yang tidak mempunyai kurma, seolah-olah tidak mempunyai makanan.โ_
Nilai simbolik kurma:
โ
Tinggi zat dan khasiat
โ
Tahan lasak dalam cuaca panas dan sejuk
โ
Tidak mudah rosak atau busuk
โ
Ia melambangkan ketahanan iman, akhlak dan ilmu yang ditanam sejak kecil.
Kesimpulan Konsep
Mural PASTI Little Muslim bukan sekadar hiasan, tetapi:
๐Cerminan falsafah pendidikan Islam.
๐Medium dakwah visual kepada kanak-kanak dan masyarakat.
๐Simbol usaha melahirkan Generasi Soleh, Berilmu dan Berakhlak.
11/01/2026
๐ธ Alhamdulillah ๐คฒโจ
PASTI Little Muslim telah menerima 8 anugerah dalam Majlis Apresiasi PASTI Kawasan Sungai Buloh 2025 yang berlangsung semalam di Hotel De Palma, Shah Alam ๐
๐ Anugerah yang diterima oleh PASTI Little Muslim adalah:
๐ฅ PASTI Terbaik Kawasan Sungai Buloh
๐ฉโ๐ซโจ Tokoh Guru PASTI Kawasan Sungai Buloh โ Cikgu Rashidah Abd Rashid
๐ Anugerah Khidmat Setia - Cikgu Rashidah Abd Rashid
๐ Anugerah Guru Inovasi โ Cikgu Siti Fatimah Ashak
๐ Anugerah Guru Aspirasi โ Cikgu Nor Azlina Aziz
๐ก Anugerah Guru Aspirasi โ Cikgu Nora Teh
๐๐จ Anugerah Tema Pakaian Terbaik โ Cikgu Nor Azlina Aziz & Cikgu Siti Hajar Sharipman
๐ท Setinggi-tinggi tahniah kepada semua guru yang telah menerima anugerah. Syabas atas komitmen, dedikasi dan teamwork yang mantap ๐ช๐ sehingga PASTI Little Muslim 1 & 2 dinobatkan sebagai PASTI Terbaik Kawasan Sungai Buloh.
๐โจ Keep it up! Teruskan kecemerlangan demi melahirkan generasi soleh, berilmu dan berakhlak mulia ๐
15/12/2025
Penggerak utama di belakang tabir Majlis Anugerah Prestasi Little Muslim dan PRA Graduasi TASTI LGMCC 2025.