03/06/2026
3 Jun 2026 | Bilik Mesyuarat Pengarah, JPN Selangor
SESI LIBAT URUS JPN SELANGOR BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG DAN PPD SEPANG
YBhg. Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah mempengerusikan Sesi Libat Urus (SLU) bersama wakil Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan pendidikan di daerah Sepang.
Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek pembangunan dan pembinaan sekolah baharu, isu kepadatan murid, keperluan infrastruktur pendidikan, status projek pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan serta perancangan strategik bagi memastikan akses pendidikan yang kondusif dan berkualiti kepada masyarakat setempat.
Sesi ini turut menjadi platform perkongsian maklumat serta penyelarasan tindakan antara agensi dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik, mempercepat pelaksanaan projek pendidikan dan memastikan keperluan pendidikan selari dengan perkembangan pesat pembangunan kawasan Sepang.
Komitmen serta sinergi erat antara JPN Selangor, Majlis Perbandaran Sepang dan PPD Sepang diharap dapat terus memperkasa agenda pendidikan negeri demi kesejahteraan dan kecemerlangan murid Selangor.
βTahun Ini, Tahun Kitaβ
'Guru Bitara, Nadi Negara'
03/06/2026
π’ PERINGATAN INTEGRITI BUAT WARGA KPM
Setiap tindakan yang kita lakukan mencerminkan imej dan kredibiliti Kementerian Pendidikan.
Elakkan salah laku seperti ketidakhadiran bertugas, penyalahgunaan kuasa, tuntutan palsu, gangguan seksual, penerimaan hadiah tanpa kebenaran serta penyalahgunaan aset kerajaan.
Integriti bukan sekadar mematuhi peraturan apabila diperhatikan, tetapi melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa yang melihat.
β
Amanah dalam tugas
β
Telus dalam tindakan
β
Bertanggungjawab dalam keputusan
Bersama-sama kita memperkukuh budaya integriti dan menolak sebarang bentuk salah laku demi kecemerlangan perkhidmatan awam dan masa depan pendidikan negara.
01/06/2026
Jom Meriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026! ποΈπ
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menjemput seluruh warga pendidik, murid, ibu bapa dan pencinta buku untuk mengikuti siaran Podcast PBAKL 2026 yang berlangsung sepanjang 29 Mei hingga 7 Jun 2026.
π€ Reruai Podcast ini dikendalikan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina, Daerah Klang, yang membawakan pelbagai perkongsian menarik berkaitan dunia pendidikan, literasi, teknologi, penulisan, pembacaan dan banyak lagi.
π Ayuh bersama-sama menyemarakkan budaya membaca dan menyokong usaha memperkasakan literasi dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai sesi podcast yang informatif dan inspiratif.
βΆοΈ Ikuti siaran podcast kami di: https://youtube.com/?si=gnwQIzf17vctJF-1
π
Tarikh: 29 Mei β 2 Jun 2026
π Lokasi: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026
*"Membaca Menjana Minda, Podcast Menghubungkan Ilmu."*
πβ¨
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Sultan Ibrahim
sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Tuanku
pada
1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H
sembah takzim daripada
Pengarah Pendidikan dan warga Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
30/05/2026
PENDAFTARAN UJIAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU GURU (UPBMG) TAHUN 2026
Pautan pendaftaran: http://apps.mpm.edu.my/upbmg/public/register
Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email protected]
29/05/2026
Selamat menyambut Hari Wartawan Nasional buat semua rakan media di seluruh negara.
Dalam era lambakan maklumat, kecerdasan buatan dan teknologi digital, pengamal media punya peranan penting memastikan maklumat yang tepat sampai kepada masyarakat. Pada masa sama, media juga membawa suara rakyat, menjadi semak dan imbang serta menyampaikan isu-isu yang berbangkit untuk perhatian kerajaan.
Terima kasih atas segala usaha dan khidmat bakti, menyampaikan maklumat yang sahih dan terkini dengan penuh bertanggungjawab serta integriti.
Selamat Hari Wartawan Nasional 2026.
29/05/2026
29 Mei 2026 I Kenyataan Media
KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KPM SAMBUT BAIK PENGUMUMAN YAB PERDANA MENTERI, LAKSANA SEGERA PEMBERIAN BAUCAR BUKU UNTUK PELAJAR