KAFAi Ar-Razi SBG 2

KAFAi Ar-Razi SBG 2

Share

Sekolah KAFAI Ar-Razi adalah sebuah sekolah agama bawah bimbingan JAIS yang terletak dikawasan surau

08/01/2026

Terima kasih banyak kepada Tinie Omar, Zamri Trolak, Fasz FaszAtieyhah

atas semua sokongan anda! Tahniah kerana menjadi peminat teratas berturut-turut ๐Ÿ”ฅ!

Photos from KAFAi Ar-Razi SBG 2's post 15/12/2024

Alhamdulillah.

Semalam, 14 Dis 2024 : Berakhirnya Program Bola Sepak dan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Kafa Zon 1 Daerah Petaling 2024 yang berkesudahan dengan :

Bola Sepak U9 (Naib Juara)
Bola Sepak U12 (Suku Akhir)
Bola Jaring U12 (Peringkat Kumpulan)

Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang mewakili sekolah dalam perlawanan ini..

Terima kasih juga kepada Ketua Guru Nor Zulia Dasuki atas dorongan dan semangat kepada anak-anak..Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada warga Ar-Razi baik guru-guru lebih-lebih lagi murid untuk mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi .

11/09/2024

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข *PENDAFTARAN MURID DARJAH 1 SEKOLAH KAFAI AR-RAZI - SESI 2025 KINI DIBUKA* ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข

*๐ŸŒŸDIBUKA SEKARANG ๐ŸŒŸ*

==========================

๐Ÿ“ฃ *MAKLUMAN TAMBAHAN*๐Ÿ“ฃ

๐Ÿ”– Iklan pendaftaran ini khusus bagi *kemasukan darjah 1 sesi 2025 sahaja*.

โœ’๏ธUntuk kemasukan *darjah 2 hingga 6 sesi 2025* akan dibuka pada *bulan 12/2024*.

โœ’๏ธ *Bergantung kepada kekosongan tempat murid yang akan dikemaskini pada bulan 12 (sekiranya ada yang berpindah/berhenti dan lain-lain).*

==========================

๐Ÿ”– *DAPATKAN BORANG PENDAFTARAN DI PEJABAT SEKOLAH DENGAN SEGERA*๐Ÿ”–

*Bermula daripada maklumat pendaftaran seperti berikut :*

๐Ÿค *Tempat :* Pejabat KAFAI Ar-Razi
โฐ *Masa :* 8.00am- 12.00pm
3.00pm - 5.00p.m
๐Ÿ“† *Waktu :* Hari persekolahan sahaja
Isnin โ€“ Jumaat ( kecuali cuti umum )

==========================

๐Ÿ“Œ *SYARAT - SYARAT KEMASUKAN:*
๐Ÿ’ก Warganegara
๐Ÿ’ก Diutamakan pada adik- adik pelajar Kafai Ar-Razi
๐Ÿ’ก Lampirkan surat pengesahan sakit (jika ada)
๐Ÿ’กKempilkan surat pengesahan (sekiranya anak angkat)
๐Ÿ’ก *Email & No Tel yang aktif untuk didaftar dalam sistem E-yuran*

==========================

๐Ÿ“Œ *Sila Sertakan:*
โšก 2 keping gambar bersaiz pasport
โšก 2 Salinan mykid & surat beranak
โšก 1 Salinan i.c ibubapa/penjaga
โšก 1 Salinan surat pengesahan sakit (jika ada)
โšก1 Salinan bil utiliti (bil air / elektrik / astro)

==========================

๐Ÿ”–Sukatan pelajaran dari JAIS & JAKIM
๐Ÿ”–Peperiksaan PSRA(JAIS)thun 6
๐Ÿ”–Peperiksaan UPKK(JAKIM)thun 5
๐Ÿ”– Tenaga pengajar yang berpengalaman dari lantikan JAIS..

๐Ÿ’ฅ *TEMPAT ADALAH TERHAD*๐Ÿ’ฅ

*Untuk Keterangan Lanjut:*

๐Ÿซ *Sila Rujuk Dengan Pejabat Sekolah*๐Ÿซ

atau

๐Ÿ“ž *Hubungi nombor yang tertera*๐Ÿ“ž

โ˜Ž 013-639 6304
(Ustazah Nor Zulia)

Photos from KAFAi Ar-Razi SBG 2's post 08/10/2023

Assalamualaikum wrt wbt.
Esok, 9 Okt 2023 sehingga 13 Okt 2023 murid-murid Darjah 6 akan menduduki Peperiksaan PSRA 2023. Mohon semua untuk mendoakan agar anak-anak dari KAFAI Ar-Razi seramai 37 orang calon dapat menghadapinya dengan tenang, dapat menjawab dengan baik, seterusnya dikurniakan kejayaan serta beroleh keberkatan di dunia dan akhirat. Amin Ya Robbal alamin.

Photos from KAFAi Ar-Razi SBG 2's post 20/03/2023

Ahlan Wasahlan ( Selamat datang ) muridยฒ sesi baru 2023..Tahun 1 2 Dan 3..

Photos from KAFAi Ar-Razi SBG 2's post 27/01/2023

Hari ini bacaan yasin kita pancar melalui projector. selesai baca yasin kita bagi anak-anak tengok cerita Syahadan yang mana cerita berkisarkan persilatan. cerita ini dibintangi pesilat negara sebagai watak utama. apa yang menarik, cerita ini disulamkan dengan beberapa peribahasa bertulisan jawi berserta makna. kemudian, tiada paparan wanita tidak menutup aurat dan sewaktu dengannya. yang paling menarik, cerita ini turut menerapkan unsur-unsur islam. semoga ada manfaat buat anak-anak. Amin.

Photos from KAFAi Ar-Razi SBG 2's post 27/01/2023

Program teori dan praktikal sembelihan pasca PSRA semalam. Syukran Jazakallah kepada Tuan Imam Khair (Pengerusi Surau dan KAFAI Ar-Razi) atas kelapangan masa memberi tunjuk ajar kepada anak-anak tahun 6. Sebanyak 7 ekor ayam telah disembelih. namun seekor tidak direzekikan utk dijamah kerana tidak cukup syarat sah. hikmahnya menjadi pengajaran kepada anak-anak bahawa syariat Allah tetap diutamakan. walaupun sayang, bila tidak sah, tidak boleh makan. taat pada ketetapan hukum tanpa kompromi! moga pelajaran semalam dapat dimanfaatkan bila diperlukan kelak. akhir kata, alhamdulillah lazat. ๐Ÿ˜‹

Photos from KAFAi Ar-Razi SBG 2's post 11/01/2023

Sesi Penyerahan Jersi AR-RAZI FC

Photos from KAFAi Ar-Razi SBG 2's post 23/12/2022

โ€Žุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
โ€Žุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang dihormati;
IbuBapa/Penjaga Murid Tahun Enam
KAFAI Ar-Razi

*MAKLUMAN PENGAMBILAN SIJIL PSRA 2022*

*Tarikh: 23/12/2022*
*Hari: Jumaat*
*Masa: 9:00pg - 12.00 t/hari*
*Tempat: Kelas tahun 6 (Bangunan dalam surau)*

Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah hadir pada masa yang telah ditetapkan.

Pihak sekolah juga mengambil kesempatan ini memohon kepada tuan/puan agar menjelaskan yuran tertunggak (sekiranya ada) sebelum mendapatkan Sijil PSRA tersebut.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan didahului dengan jutaan penghargaan.

Sekian, terima kasih.

*Sebarang permasalahan boleh berhubung dengan guru kelas.*

GURU PENOLONG KANAN 1
UNIT KURIKULUM
20/12/2022

26/11/2022

Hari ini kelas berfokus kepada soalan2 UPKK tahun lepas yg x digunakan kerana digantikan dengan MP KAFA...

Photos from KAFAi Ar-Razi SBG 2's post 26/11/2022

Program top speed UPKK (sabtu terakhir) dimulai dengan bacaan Yasin. ๐Ÿคฒ

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Kafa Integrasi Ar-Razi, , No. 2, Perkarangan Surau Ar-Razi, , Jalan Matahari Z U5/117, Bandar Pinggiran Subang, Darul Ehsan
Shah Alam
40170