UiTM Global

UiTM Global

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UiTM Global, Education Website, Kompleks Antarabangsa, UiTM Shah Alam, Shah Alam.

17/03/2026

Setinggi-tinggi Tahniah!

Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada para pensyarah yang telah berjaya dinaikkan pangkat ke Jawatan Profesor Gred Khas C (VK7).

1. Profesor Dr. Kamarularifin Abdul Jalil – Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu / Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM)

2. Profesor Dr. Jati Kasuma Ali – Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Kampus Samarahan

3. Profesor Dr. Rohayu Ab Majid – Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam

4. Profesor Dr. Marina Yusoff – Institut Analitik Data Raya & Kepintaran Buatan / Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM)

5. Profesor Dr. Nadiah Abd. Hamid – Fakulti Perakaunan, UiTM Kampus Puncak Alam

6. Profesor Dr. Budi Aslinie Md Sabri – Fakulti Pergigian

7. Profesor Dr. Thuhairah Hasrah Abdul Rahman – Fakulti Perubatan

8. Profesor Dr. Mohamad Iqhbal Kunji Mohamad – Fakulti Perubatan

9. Profesor Dr. Mohd Amin Mohd Mokhtar – Fakulti Perubatan

10. Profesor Dr. Masturah Ma’in – Fakulti Pengurusan Perniagaan

11. Profesor Dr. Sheila A/P Belayutham – Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu (INQKA)

12. Datin Profesor Dr. Norazida Mohamed – UiTM Global

13. Profesor Dr. Halil Paino – Fakulti Perakaunan

14. Profesor Ts. Dr. Murizah Kassim – Fakulti Kejuruteraan Elektrik

15. Profesor Dr. Julina @ Azimah Mohd Noor – Fakulti Perubatan

16. Profesor Dr. Sharifah Nazatul Faiza Syed Mustapha Nazri – Fakulti Perakaunan

17. Profesor Dr. Marziana Madah Marzuki – Fakulti Perakaunan

18. Profesor Dr. Muhamad Abdul Aziz Ab Gani – Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

19. Profesor Dr. Mohammad Johari Ibrahim – Fakulti Perubatan

20. Profesor Dr. Norhayati Hussin – Fakulti Sains Maklumat

21. Profesor Dr. Fadzilah Mohd Nor @ Ghazali – Fakulti Perubatan

Kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen serta kecemerlangan dalam bidang akademik, penyelidikan dan khidmat kepada masyarakat. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memartabatkan ilmu, memperkasa inovasi serta mengharumkan nama universiti di persada nasional dan antarabangsa.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا

17/03/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Profesor Datin Dr. Norazida Mohamed atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor (VK7), berkuat kuasa 13 Mac 2026.

Semoga kejayaan ini terus memperkukuh kecemerlangan akademik serta menyumbang secara signifikan kepada kegemilangan Universiti Teknologi MARA di persada global.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga UiTM Global

Photos from Naib Canselor Universiti Teknologi MARA's post 15/03/2026
Photos from UiTM Global's post 13/03/2026

Food is often the fastest way to learn about culture.
Earlier, we hosted Flavours of Ramadan: Hands-on Traditional Malay Kuih-Making Experience with our international students.

They learned to prepare Kuih Ketayap (pandan crepe with sweet coconut inti), Kuih Kasturi (crispy fried mung bean kuih), and Bubur Kacang (a warm sweet dessert often enjoyed during Ramadan), three favourites that feel especially meaningful this season as symbols of togetherness and sharing.

A special thank you to our two chefs from UiTM’s Faculty of Hotel & Tourism Management for guiding the session with such patience and warmth, turning it into a truly memorable cultural learning experience.

The experience continued with the Khatam Al-Quran Ceremony and iftar with the Vice-Chancellor and the university’s top management.

Photos from Bahagian Komunikasi Korporat's post 12/03/2026
Photos from UiTM Global's post 12/03/2026

11 Mac 2026 | Majlis Khatam Al-Quran & Iftar @ Kompleks Antarabangsa UiTM

Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar di Kompleks Antarabangsa UiTM dengan tema “Ramadan: Menghimpun Jiwa Dalam Kesederhanaan.”

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan penghayatan Ramadan melalui program Khatam Al-Quran serta mengeratkan silaturahim antara warga UiTM dalam suasana berbuka puasa yang penuh harmoni dan keberkatan.

Program ini turut dijayakan dengan kerjasama:
• UiTM Global (UG)
• Institut Pengajian Siswazah (IPSis)
• Institut Sains (IOS)
• Pusat Pengurusan Risiko
• Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU (U-DServeD)
• Bahagian Pengambilan Pelajar
• Unit Kewangan Zon 23

Semoga majlis seumpama ini terus menjadi platform untuk memperkukuh nilai ukhuwah, kebersamaan dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan warga universiti.

09/03/2026

Achievements 2025: Student Mobility Excellence

Congratulations to the Top 5 Faculties/Academic Centres and Campuses that have demonstrated outstanding performance in Student Outbound and Inbound Mobility 2025. Your commitment to global engagement and international collaboration continues to strengthen UiTM’s presence in the global academic community.

Photos from UiTM Global's post 09/03/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Penganjuran Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa bersama YBhg. Datuk Naib Canselor UiTM (Bil. 02/2026) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat UiTM Global.

Perbincangan memberi tumpuan kepada persiapan dan penyelarasan program yang bakal diadakan di Kompleks Antarabangsa, UiTM Shah Alam sempena Ramadan 1447H.

📅 6 Mac 2026
🕘 9:00 pagi – 11:00 pagi
📍 Bilik Mesyuarat UiTM Global

06/03/2026

Blessed Nuzul Al-Quran ✨
May the light of the Qur'an forever guide our hearts, our minds, and our journey in life.

Photos from UiTM Global's post 05/03/2026

✨ UG YES! (Year-End Synergy) ✨

Program ini menghimpunkan warga kerja dalam suasana santai namun penuh makna melalui sesi perkongsian pengalaman, luahan rasa serta penghargaan atas komitmen sepanjang tahun 2025.

Turut diadakan Spotlight bagi meraikan pertukaran dalaman Puan Hasfarizatul Akmal binti Hassan dan Puan Rubayyi binti Amirudin, di samping perbincangan mengenai hala tuju dan perancangan strategi bagi tahun 2026.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa kesyukuran bagi tahun 2025 dan doa selamat untuk tahun 2026, diikuti sesi kejutan Supreme & Stars serta jamuan apresiasi yang mengeratkan lagi ukhuwah sesama warga kerja.

Photos from UiTM Global's post 05/03/2026

5 Mac 2026

UiTM Shah Alam telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Gerhard Eisl , Duta Besar Austria ke Malaysia. Kehadiran beliau telah disambut mesra oleh Profesor Dr. Yamin Yasin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di Bilik Mesyuarat LPU, Bangunan Canseleri. Agenda lawatan merangkumi sesi menandatangani buku pelawat, tayangan video korporat UiTM, serta ucapan khas daripada T.Y.T Gerhard Eisl bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua pihak.

Sesi dialog dan perbincangan strategik ini turut dihadiri oleh Penolong Naib Canselor (Antarabangsa), Dekan Fakulti Muzik, Pengarah Kerjasama Strategik, serta pemegang geran ASEA-UNINET dari Fakulti Muzik. Pertemuan ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sesi foto kumpulan sebagai tanda penghargaan atas jalinan kerjasama akademik antarabangsa yang erat. Inisiatif ini merupakan langkah proaktif UiTM Global dalam terus memacu kecemerlangan di peringkat global.

Photos from UiTM Global's post 04/03/2026

04 Mac 2026 | 9:00 Pagi

Mesyuarat Sub-Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UiTM Global Bil. 01/2026

Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi memastikan persekitaran kerja yang selamat, kondusif dan sejahtera untuk semua warga.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kompleks Antarabangsa, UiTM Shah Alam
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00