EducAid by Syria Care

EducAid by Syria Care

Share

EducAid adalah projek pendidikan untuk anak-anak Syria yang dilaksanakan oleh Syria Care.

Sejak 2014, Syria Care berusaha untuk menyediakan peluang pendidikan dan pembelajaran berkualiti secara percuma. Lebih dari 10 sekolah telah ditaja melalui sumbangan rakyat Malaysia kepada pelarian Syria yang berada di Syria, Türkiye dan Lubnan. Selain itu, kesinambungan ilmu para ulama dan ilmuwan dapat juga diteruskan. Objektif Edu4Syria
1) Objektif terpenting ialah agar anak-anak Syria yang men

Photos from Ramadan Bersama Syria Care's post 18/03/2026
Photos from EducAid by Syria Care's post 16/03/2026

📦 Penyerahan 'Happybox' bawah Projek EducAid 📦

Seramai 385 orang pelajar di Sekolah Uqba Ibn Nafi, Al-Bardaqli, Syria dan Dar As Sakinah, Jisr Al-Shughur menerima 'Happybox' bawah Projek EducAid hasil sumbangan penuh rakyat Malaysia.

Setiap 'Happybox' yang disampaikan bukan sekadar sebuah kotak hadiah, tetapi simbol kasih sayang, sokongan dan harapan buat anak-anak ini untuk terus bersemangat menuntut ilmu serta mengejar impian mereka. Melihat senyuman yang terukir di wajah mereka menjadi bukti bahawa sekecil mana pun usaha, ia mampu membawa kegembiraan yang besar.

Kami percaya bahawa pendidikan adalah kunci masa depan, dan melalui Projek EducAid ini, kami berharap dapat menyuntik inspirasi serta memberikan sedikit kegembiraan kepada para pelajar agar mereka terus melangkah dengan keyakinan.

𝐏𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧:
📚 https://ezy.la/EducAidWA

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

Photos from EducAid by Syria Care's post 10/03/2026

Halaqah Quran, Um Al Qura, Dinnieh, Lubnan

Seramai 42 orang menerima manfaat dan didikan disini, memantapkan ilmu Al-Quran serta melangkah menjadi Hafiz Al-Quran.

Di halaqah ini, mereka akan:
✅ Menguatkan bacaan Al-Quran secara berperingkat
✅ Membina keyakinan diri melalui aktiviti fizikal
✅ Belajar bekerjasama & berdisiplin

𝐏𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧:
📚 https://ezy.la/EducAidWA
atau
Bank Muamalat: 12020003634715
Rujukan: EducAid

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

06/03/2026

Ramadan Bulan Memberi 🌙✨

Ramadan adalah bulan penuh rahmat dan peluang untuk kita menggandakan amal kebaikan. Saat kita berbuka dengan nikmat yang cukup, jangan kita lupa anak-anak Syria yang terus berjuang untuk mendapatkan hak asas mereka, termasuk pendidikan.

Di sebalik kemusnahan dan kekurangan, mereka tetap menyimpan impian untuk belajar, membaca dan membina masa depan yang lebih cerah. Namun tanpa sokongan, impian itu boleh terhenti.

Jom sertai Infak Pendidikan untuk Anak-Anak Syria.

Setiap sumbangan anda membantu menyediakan keperluan persekolahan, bahan pembelajaran dan ruang pendidikan yang selamat buat mereka.

Ramadan ini, jadikan pemberian kita sebagai cahaya ilmu yang menyinari masa depan mereka. 🌙📚

𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 '𝐄𝐝𝐮𝐜𝐀𝐢𝐝':
📚 Maybank - 5505 1424 0066
🔗 https://syriacare.org.my/educaid

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

06/03/2026

Happy International Women's Day! 🌹

Tahun ini dengan tema 'Give To Gain' menyeru kepada satu cara fikir yang berteraskan kemurahan hati, kerjasama dan kemajuan bersama.

'Give To Gain' menekankan kuasa timbal balik apabila individu, organisasi dan komuniti melabur dalam memperkasa wanita, peluang akan berkembang, sistem menjadi lebih kukuh dan masyarakat akan terus maju serta sejahtera.

Di Bumi Syam, ramai wanita dan para ibu bangkit setiap hari dalam serba kekurangan. Mereka kehilangan rumah, suami, dan sumber pendapatan, namun tetap kuat memeluk anak-anak dengan harapan yang tidak pernah padam.

Mereka bukan sekadar mangsa keadaan. Mereka adalah tulang belakang keluarga. Mereka memasak dalam keadaan serba daif, mencari air dan makanan, mendidik anak-anak dalam serba kekurangan, dan memelihara maruah keluarga dalam ujian yang berat.

Apabila kita di Malaysia memilih untuk memberi, kita sebenarnya sedang membuka ruang untuk mereka bangkit. Apabila masyarakat melabur pada wanita, peluang akan berkembang, sistem menjadi lebih kukuh dan komuniti mampu kembali berdiri dengan bermaruah.

Setiap sumbangan anda bersama Syria Care bukan sekadar bantuan. Ia adalah pelaburan harapan buat seorang ibu, masa depan buat seorang anak, dan kekuatan buat sebuah keluarga.

Beri hari ini.
Kerana apabila kita memberi, kita semua akan memperoleh.

🔗 www.syriacare.org.my

Photos from EducAid by Syria Care's post 05/03/2026

Didikan Ramadan Sejak Kecil di Tadika Ulfah

Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, Tadika Ulfah di Wakaf Kampung Malaysia Syria Care (WKMSC), al-Bardaqli, Syria telah mengadakan Program Sambutan Ramadan bagi memperkenalkan keindahan bulan Ramadan kepada anak-anak sejak usia kecil.

Melalui aktiviti yang menyeronokkan seperti mengenal simbol Ramadan, membuat kraftangan masjid, melihat lampu pelita serta belajar tentang ibadah, anak-anak dapat memahami makna Ramadan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Program ini juga bertujuan untuk menanam nilai kasih sayang, kesyukuran dan semangat beribadah dalam diri anak-anak.

❄ 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 '𝐖𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 14' 𝐏𝐚𝐥𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧, 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 & 𝐋𝐮𝐛𝐧𝐚𝐧:
➡ Maybank - 5505 1424 0066
🔗 https://syriacare.org.my/winterramadan/

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

05/03/2026

Terima Kasih Yayasan MR D.I.Y. Menyokong Pendidikan Anak-anak Syria

Syria Care merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan MR D.I.Y. atas tajaan kit STEM yang telah diagihkan kepada kanak-kanak di Syria sempena Misi 20 Syria Care.

Sokongan ini memberi peluang kepada mereka untuk belajar melalui aktiviti yang interaktif serta membina kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal.

Semoga kerjasama ini terus memberi manfaat dan menjadi inspirasi dalam membina masa depan yang lebih baik buat generasi muda Syria.

Terima kasih Yayasan MR D.I.Y. atas keprihatinan dan sokongan anda.

04/03/2026

Mereka menjadi asbab kemurahan rezeki kita

"Dari Anas Bin Malik r.a : Dahulu ada dua beradik pada zaman Nabi SAW. Salah seorang dari keduanya selalu mendatangi Nabi SAW (untuk menuntut ilmu agama) dan salah seorangnya sibuk bekerja (menafkahi keperluan). Maka lelaki yang bekerja mengadukan perihal saudaranya (tidak membantunya tetapi sibuk menuntut ilmu) kepada Nabi SAW".

Maka Nabi pun bersabda: Boleh jadi engkau diberikan rezeki (oleh Allah) dengan sebab saudaramu ini.
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak!

Hulurkan sumbangan anda demi masa depan mereka melalui:
📚 https://ezy.la/EducAidWA

Bank Muamalat: 12020003634715
Rujukan: EducAid

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

27/02/2026

Winter Ramadan 14: Kembalikan senyuman mereka untuk Ramadan kali ini

Syria Care melancarkan projek khas sempena Ramadan, iaitu 'Winter Ramadan 14' bagi membantu rakyat Syria yang masih bergelut untuk meneruskan kehidupan selepas pembebasan negara mereka.

Ramadan kali ini membawa cabaran yang berbeza, dengan suhu dingin yang mencengkam dan kekurangan keperluan asas akibat kesan konflik yang berpanjangan.

❄ 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 '𝐖𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 14' 𝐏𝐚𝐥𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧, 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 & 𝐋𝐮𝐛𝐧𝐚𝐧:
➡ Maybank - 5505 1424 0066
🔗 https://syriacare.org.my/winterramadan/

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

Photos from EducAid by Syria Care's post 26/02/2026

Meraka Yatim, Mereka Berjaya

Anak-anak yatim ini bukan sahaja mampu bertahan tanpa ayah, malah mencapai kejayaan luar biasa dalam pendidikan mereka.

Dengan sokongan pendidikan yang berterusan, anak-anak ini kini menjadi pelajar cemerlang, pemimpin masa depan, dan inspirasi bagi komuniti mereka. Setiap buku yang dibaca, setiap peperiksaan yang berjaya ditempuhi, adalah bukti bahawa harapan dan usaha mampu mengubah masa depan mereka.

Rebut keberkatan Ramadan, bantu anak-anak belajar, dan nikmati pahala yang berterusan sepanjang ilmu itu memberi manfaat.

𝐏𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧:
📚 https://ezy.la/EducAidWA
atau
Bank Muamalat: 12020003634715
Rujukan: EducAid

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

20/02/2026

Jom Sertai Tajaan Iftar Jama’ie 🌙

Majlis berbuka puasa beramai-ramai bukan sekadar satu tradisi, tetapi lambang kebersamaan dan kasih sayang yang diraikan di Malaysia dan juga di bumi Syam. Ramadan menjadi lebih bermakna apabila juadah dapat dikongsi bersama, terutama buat mereka yang serba kekurangan.

Tahun ini, Syria Care sekali lagi membuka peluang tajaan Iftar Jama’ie kepada semua yang ingin bersama menabur kebaikan. Sama ada organisasi, komuniti, badan-badan korporat mahupun individu, anda boleh menjadi sebahagian daripada usaha memastikan lebih ramai penghuni Bumi Syam yang diuji dapat berbuka puasa dengan juadah berkhasiat dan enak.

Ayuh bersama kita hidupkan Ramadan dengan berkongsi rezeki dan menyebarkan harapan. 🌙✨

🍴 Tajaan satu slot: RM1,000 sahaja
📆 Tajaan sehari: RM10,000 (300 set iftar)
📍 Lokasi pelaksanaan: Idlib atau Latakia, Syria

Tajaan boleh dibuat melalui:-
🔗 https://syriacare.org.my/winterramadan/
➡ Maybank 5505 1424 0036
Rujukan: Iftar Jama'ie

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No. 43A, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00