Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

Share

MAKLUMAN :
Laman ini khusus untuk staf dan pelajar UiTM serta orang awam yang berminat untuk mengikuti perkembangan UiTM.

14/05/2026

Hari ke-7 Istiadat Konvokesyen UiTM ke 104 sidang ke-12 meraikan graduan UiTM Cawangan Kelantan. Jumlah graduan 931.

13/05/2026

Setiap pagi adalah perjuangan baharu untuk meneruskan kehidupan dengan bermaruah. Mencari rezeki yang halal itu ibadah yang mulia. Walau langkah terasa berat, tetap gagahkan diri melangkah. Kerana sabar dan usaha akan menghadirkan kemanisan akhirnya.

13/05/2026

Buletin Warta Konvo - 104 | Edisi Sidang 8 & 9

Membawakan kepada anda rangkuman peristiwa dan suasana Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 sidang ke 8 dan 9.

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا

13/05/2026

Assignment individu atau berkumpulan?

13/05/2026

𝗧𝗘𝗠𝗨 𝗕𝗨𝗔𝗟 𝗚𝗥𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗢𝗞𝗘𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗞𝗘-𝟭𝟬𝟰 𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘-𝟭𝟭

Sesi temu bual graduan cemerlang bersama Muhammad Haiqal Daniel bin Ruslan penerima Anugerah Naib Canselor dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Cawangan Melaka.

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا

13/05/2026

Sesibuk mana pun bekerja, jangan lupa ada hati yang perlu disantuni di rumah. Penat bekerja jangan dijadikan alasan untuk menjauh. Kadangkala pelukan dan senyuman lebih bermakna daripada kemewahan. Keluarga membesar dengan kasih, bukan hanya dengan wang ringgit. Di situlah letaknya keseimbangan hidup yang sebenar.

Photos from Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi's post 13/05/2026

12 Mei 2026 - Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 (Sidang 9) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam meraikan graduan UiTM Cawangan Perak. Jumlah graduan seramai 830. Penganugerah sidang ialah YBhg. Tan Sri Dato Sri Zarinah Anwar (Pro-Canselor).

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا

13/05/2026

Hari ke-6 Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104, sidang ke-11, meraikan graduan UiTM Cawangan Melaka (Fakulti Perladangan & Agroteknologi, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Fakulti Sains Komputer & Matematik, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, dan Fakulti Farmasi). Jumlah graduan 875.

13/05/2026

Kadang usaha kita tidak dipandang, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti memberi yang terbaik. Keikhlasan tidak selalu dihargai manusia dengan kata-kata. Namun setiap kebaikan tetap dicatat tanpa tertinggal. Yakinlah, Allah menilai apa yang lahir dari hati yang bersih.

13/05/2026

𝗚𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗶𝗱𝗮𝗽 𝗦𝗟𝗘 𝗰𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮

Shah Alam: "Waktu doktor cakap penyakit Lupus Eritematosus Sistemik (SLE) ini saya akan tanggung seumur hidup, saya hampir putus asa untuk sambung belajar," kata Siti Izzati Nurul Huda Ibrahim, 22.

Bagaimanapun, dengan dorongan keluarga, graduan Diploma Teknologi Reka Bentuk Dalaman di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak itu cekal meneruskan pengajian dan mengejar cita-citanya.

Anak sulung daripada lima beradik yang berasal dari Baling, Kedah itu berkata, dia disahkan menghidapi SLE pada usia 18 tahun dan mula menyedari apabila penglihatan mata kanannya kabur sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mendaftar masuk ke universiti.

"Bila doktor periksa, mereka mendapati saraf mata sebelah kanan saya sudah diserang oleh SLE. Waktu itu saya takut sebab doktor cakap penyakit ini seumur hidup dan waktu itu baru nak mendaftar di universiti.

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
14:30 - 17:00