FINE METAL DEPARTMENT UiTM

FINE METAL DEPARTMENT UiTM

Share

Pioneer in a specific field; Metalsmithing & Jewellery Design since 1969 till today.

Bachelor's in Jewellery Design Technology (Honours), Faculty of Art & Design, was established in 1967 and was formerly known as the Fine Metal programme, making it one of the pioneering jewellery and metal design programmes in Malaysia.

09/05/2026
02/05/2026

Tempahan dibuka bermula 5 Mei 2026. Dapatkan koleksi terhad CINCIN GRADUASI UITM sebagai lambang kejayaan dan kenangan terindah UiTM dihatiku.

Untuk pembelian sila layari https://cgu.uitm.edu.my

ADuitm
FINE METAL DEPARTMENT UiTM

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا

Photos from Nuwa Pierre's post 10/03/2026

Tahniah kepada Nuwa Pierre International, rakan strategik industri, atas pelancaran produk baharu Koleksi Khazanah Raya. Nantikan usahasama yang bakal menampilkan hasil kolaborasi dalam reka bentuk barang kemas berasaskan batu jade UiTM x NUWA PIERRE.

ADuitm
Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

Photos from FINE METAL DEPARTMENT UiTM's post 10/03/2026

9 Mac 2026
Keratan akhbar Kosmo Online peragaan barang kemas hasil karya pelajar tahun akhir.

ADuitm
Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

09/03/2026

Salam Takziah

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Prof. Diraja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang tokoh ilmuwan besar yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan pemikiran, tamadun dan pendidikan Islam di dunia.

Pemergian beliau merupakan kehilangan besar kepada dunia akademik dan umat Islam. Namun legasi keilmuan, karya dan pemikirannya akan terus hidup, menjadi panduan dan inspirasi kepada generasi akan datang.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa-dosanya, melapangkan kuburnya serta menempatkan beliau dalam kalangan para solihin dan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا

09/03/2026

Pameran pelajar tahun akhir dan Peragaan Aurelian 2026, Program Sarjana Muda Seni Reka Teknologi Barang Kemas, memperagakan koleksi barang kemas yang menerima sambutan dari pelbagai rakan strategik industri, alumni dan komuniti.

Sumber: Kosmo Online
Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
ADuitm

Setiap model di pentas peragaan itu melangkah ‘catwalk’ bukan sahaja dengan busana cantik bahkan mengenakan koleksi barangan kemas penuh yakin di atas pentas peragaan.

Berita lanjut klik link atau IG Story: https://www.kosmo.com.my/2026/03/09/pentas-tonjol-198-barang-kemas-rekaan-mahasiswa/

26/02/2026

🎓 Permohonan UPUOnline Sesi 2026/2027 Kini Dibuka!

Berminat dalam bidang Seni Reka Teknologi Barang Kemas?
Sertai Taklimat Kemasukan Program Sarjana Muda Seni Reka Teknologi Barang Kemas (Kepujian), Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM.

📌 Kod Program UiTM: AD263
📌 Kod Program UPU: EU6215002

🗓 9 Mac 2026 (Isnin)
⏰ 10.00 pagi – 12.00 tengahari
💻 Platform: Google Meet

🔗 Sertai taklimat melalui pautan berikut:
https://meet.google.com/itr-peug-qok

☎️ Atau sertai melalui telefon:
+1 573-375-5096
PIN: 392 480 539 #

Lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma berkaitan dijemput menyertai sesi taklimat dan memilih AD263 dalam permohonan UPU. Realisasikan impian anda dalam bidang reka bentuk dan teknologi barang kemas.

18/02/2026

Seluruh warga Seni Reka Teknologi Barang Kemas, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM mengucapkan Salam Ramadan 1447H kepada semua umat Islam.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini menyemai kelimuan, menyuburkan kesedaran jiwa, serta memperkukuh adab, dan nilai insaniah dalam setiap amal dan usaha yang dihasilkan.

ADuitm

Photos from FINE METAL DEPARTMENT UiTM's post 17/02/2026

Koleksi hasil karya pelajar Aurelian 2026.


ADuitm

Photos from FINE METAL DEPARTMENT UiTM's post 15/02/2026

Pameran dan Peragaan Pelajar Tahun Akhir
Program Sarjana Muda Seni Reka Teknologi Barang Kemas

Aurelian 2026 telah berlangsung dengan penuh jayanya, cemerlang dan menerima sambutan luar biasa dengan kehadiran penuh sehingga ke akhir majlis di GMBB Kuala Lumpur pada 14 Feb 2026.

Terima kasih diucapkan kepada para pelajar, pensyarah dan alumni atas komitmen serta dedikasi yang diberikan dalam menjayakan program ini. Penghargaan turut dirakamkan kepada rakan industri yang hadir memberikan sokongan penuh, antaranya, Nuwa Pierre , Bank Negara Malaysia, Institut Kraf Negara (IKN), HABIB, SMS DEEN Jewellers, GB GOLD Malaysia, Akademi Emas Malaysia. Sokongan dan kepercayaan yang diberikan amat bermakna dalam memperkukuh hubungan antara akademia dan industri.

Pameran turut diserikan dengan koleksi barang kemas terpilih dari pelajar Diploma Seni Reka Logam Halus Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Uitm Cawangan Kelantan.

Ribuan terima kasih kepada para penaja Kedai Emas Azirul, Romah Kahwin Satu, HSDO Hairstylist, Vida Drink, Rezqwe Jewellery, Enaasaief Florist, dan Pro Service. Penghargaan khas kepada En. Irfan Ali di atas pengacaraan majlis yang profesional dan berwibawa.

Semoga Program Seni Reka Teknologi Barang Kemas terus melakar kecemerlangan dan melahirkan graduan yang kompeten, inovatif dan berdaya saing.



ADuitm Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Jewellery Design Technology Program, Faculty Of Art & Design, Universiti Teknologi Mara
Shah Alam
40450