09/02/2024
28 Rejab 1445.
⚫
Sejarah hitam buat umat islam Malaysia terpahat di Istana Kehakiman, Putrajaya.
Wahai dzat yang Maha Berkuasa,Raja sekalian alam,kami mengaku kami lemah ya Rob.Kami tawakal dan berserah diri,bantu kami. Hasbunallah Wanikmal Wakil 😭
17/09/2023
Hidup Ini Keras
1. Beberapa hari lalu saya menaiki Grab Car untuk p**ang. Pemandunya wanita Cina muda. Dari belakang saya lihat kesulitan dan kes**aran beliau memandu dalam kesesakan yang ada. Jelas beliau menggigil. Saya tawarkan bantuan agar biar sahaja saya yang memandu. Beliau menolak. Dari katanya, beliau baru mendapat pekerjaan sebagai pemandu Grab. Beliau berkelulusan Ijazah dalam perakaunan. Tidak mendapat kerja selepas bergraduat. Akhirnya memilih jadi pemandu Grab. Serius saya lihat gigilnya bertambah bila dihimpit kenderaan lain. Saya mohon turun lebih awal dari tempat sepatutnya. Saya bagi alasan mahu berjalan sahaja ke rumah dengan harapan sedikit berpeluh.
2. Saya menggunakan perkhidmatan grab food menempah makanan dan minuman. Bila tiba masanya, loceng rumah berbunyi. Saya buka. Di depan saya seorang lelaki basah kuyup membawa tempahan. "Maaf bang, saya terjatuh tadi. Air tumpah". Baru saya perasan di lantai, air minuman menitis-nitis keluar. Lantai basah bersama air hujan. "Maaf bang." Suaranya terketar. Tak pasti terketar kerana kesejukan hujan atau takut. Benar, hampir semua air telah tumpah. Mungkin sekitar 1/3 air sahaja yang tinggal di setiap cawan. Beberapa kali beliau memohon maaf. Saya tahu permohonannya dari hati yang dalam. Saya kata tak usah bimbang. Tidak ada masalah pada saya. Saya salam beliau lama. Beliau berlalu sambil memandang saya berkali-kali dengan wajah yang berkata - maaf.
3. Sehari dua lalu, lewat malam. Ketika saya mahu menaiki lift, ada seorang perempuan penghantar makanan sama menunggu. Mungkin berumur 40an. Di dalam lift saya bertanya basa basi - kenapa masih menghantar makanan lewat malam. Entah bagaimana beliau mengalir air mata sambil menyatakan beliau hanya akan balik jika cukup target harian. Jika tak cukup, s**ar untuk dia memberi makanan dan duit belanja anak-anaknya esok. Untuk hari ini, beliau masih memerlukan beberapa ringgit lagi. Saya segera menghulur duit bagi melengkapkan target hariannya. Saya minta usai menghantar makanan tersebut, beliau harus segera p**ang. Beliau menyambut duit tersebut dengan air mata yang kian laju. Beliau keluar dahulu. Sebelum pintu lift tertutup, sambil mengesat air mata, dia tunduk memberi hormat. Lift tertutup dan saya p**a menyambung tangisan.
Serius beb. Hidup ini keras!
Sumber : Syirfan Indra
13/04/2023
Ashadu an la ilaha illallah, Astaghfirullah, As'alukal jannah, Wa a'uzu bika minan naar, Allahumma inna ka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu anni."
Maksudnya: "Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan ALLAH, aku memohon keampunan daripada ALLAH, aku memohon syurga dan perlindungan daripada api neraka. Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau s**a memaafkan, maka maafkanlah aku."
17/07/2020
10 SEBAB PELAJAR UPSR & PT3 MESTI BELAJAR WALAUPUN PEPERIKSAAN DIBATALKAN!
“Tak payahlah belajar! Exam pun takde tahun ni kan…”
Pernah dgr ungkapan ayat diatas selepas KPM mengumumkan peperiksaan UPSR & PT3 dibatalkan.
Saya tidak mahu mengatakan kenyataan diatas salah atau benar, biar anda sendiri yg membuat keputusan. Anda berhak untuk membuat keputusan utk anak anda. Namun lebih elok kita membuat keputusan yg terbaik utk mereka bukan….
Nah…! disini sini saya cuba yakinkan kenapa anak anda perlu terus belajar sama mcm spt sebelum PKP.
1. Maklumat/ Ilmu yg lebih Formal:
Belajar berguru dan belajar sendiri adalah tidak sama. Terlalu banyak info diluar sana yg belum tentu anak-anak mampu utk memproses dan mengambil ia sbg ilmu yg berguna. Nak tak nak ibu bapa perlu berusaha utk mendapatkan guru bagi mempercepatkan process pembelajaran mengikut silibus KPM yg lebih formal.
2. Tidak Ketinggalan di Peringkat seterusnya:
Bila anak-anak ini menaiki ke keperingkat yg lebih tinggi tahun depan, mereka pasti berhadapan dgn situasi yg s**ar jika tidak mendapat Pendidikan ASAS tahun ini. Pecayalah silibus makin susah dan subjek juga makin bertambah. Adakah mereka mampu utk melalui semua ini dgn mudah?? Ingat tiada jalan mudah utk mencapai kejayaan dlm pelajaran. Kita menanam kelapa tidak mungkin terus berbuah esok. Sebab itulah pembelajaran TAMBAHAN mesti diteruskan spt biasa walaupun TIADA peperiksaan tahun ini.
3. Disiplin & Fokus:
Mengajar anak-anak menjadi lebih berdisiplin apabila mereka mula meyusun jadual pembelajaran subjek demi subjek, hari demi hari. Mereka akan mengunakan masa dgn penuh tertib. Jika kita anggap peperiksaan TIADA, maka kita pun ambil mudah & sambil lewa shj prihal pembelajaran anak-anak membuatkan mereka makin hanyut dan terumbang ambing dlm mencari ilmu.
4. Berintraksi bersama Guru-guru:
Tahukah anda, anak-anak kita hanya berpelung utk bercakap dan berkomunikasi dgn org dewasa apabila bersama guru shj. Adakah mereka berpeluang bercerita dan berborak sambal belajar dgn org dewasa yg lain?? Sudah tentu tidak bukan. Malah mungkin kita sendiri sbg ibubapa pun belum tentu sempurna utk berintraksi baik dgn anak-anak. Anak-anak ini lebih mesra dan lebih mudah berbicara dgn guru mereka berbanding dgn org dewasa yg lain. Maka carilah guru utk mereka, kecuali kita sanggup mengajar sendiri spt mana guru itu lakukan di dalam kelas.
5. Berkomunikasi Dan Bekerjasama Bersama Rakan-rakan:
Zaman skrg bukan mcm zaman dulu-dulu, anak-anak bebas keluar rumah dan bermain dilaman rumah bersama rakan-rakan mereka. Zaman skrg mereka lebih b*k memerap dirumah shj. Bahkan hanya keluar hujung minggu bersama keluarga shj. Tiada lagi gelak tawa di halaman rumah bermain bersama kwn-kwn. Bilakah mereka dpt berkawan dan bermain spt anak-anak dulu?? Tiada ruang bukan. Maka sebab itulah mereka perlu pergi ke kelas utk berjumpa dgn rakan-rakan lain sambil belajar sambal dpt lah mereka bermain dan bergurau senda sesame rakan sebaya. Ini dpt meningkatkan tahap penguasai komunikasi dan tahap Kerjasama mereka dari masa ke semasa.
6. Befikiran Lebih Kreatif:
Dalam kelas mereka akan belajar menyelesaikan permasalah bersama guru-guru. Secara langsung mereka akan belajar bagaimana utk berfikir bg menyelesaikan pelbagai persoalan. Serba sedikit ia mempengaruhi dan merangsang minda anak-anak utk menjadi lebih kreatif dlm membuat sebarang keputusan dlm hidup mereka. Mungkin tidaklah sehebat org dewasa, namun proses menjadikan minda mereka lebih kreatif & positif bermula bersama guru-guru.
7. Membangunkan Kepercayaan Diri:
Tahukah kita keyakinan diri wujud apabila mereka pernah melakukan sesuatu dgn jayanya. Mana mungkin kita dpt keyakinan diri tanpa berbuat apa-apa. Spt mana kita belajar mengayuh basikal, kita TIDAK mungkin berasa yakin jika kita tidak belajar dan berlatih berulang kali di halaman rumah sebelum mengayuh di jalan raya bukan. Berapa kali jatuh dan terluka disebabka proses tersebut. Oleh itu proses pembelajaran berterusan spt ini dpt meningkatkan rasa keyakinan dlm diri pelajar dari masa ke semasa.
8. Membuang rasa Malas:
Jika tiada paksaan atau suruhan drp org dewasa sudah tentu anak-anak akan menjadi malas. Bagi mereka tidak disuruh dalah syurga buat mereka, tapi di mata kita mereka b*k bermalasan sepanjang PKP bukan. Bagaimana nak buat?? Org dewasa lah yg perlu memberi nasihat dan sedikit paksaan utk mereka terus belajar dan belajar. Org dewasa yg paling cocok utk mendidik mereka selain ibu bapa sudah tentu adalah guru atau cikgu. Guru dan cikgu lah berperanan memberi sedikit tekanan dan paksaan supaya proses pembelajaran berterusan serta dpt membuat tabiat malas sedikt demi sedikt. Jika tidak mereka akan terus bermalasan sampai bila-bila pun.
9. Ujian Khas Ke SBP:
Perlu diingat bahawa walaupun TIADA peperiksaan tahun ini (2020) bg UPSR & PT3 namun ianya digantikan dgn UJIAN KHAS dimana saya pun tak tahu mcm mana bentuk dan format peperiksaan tersebut. Ujian ini melayakan anak-anak utk menyambung pelajaran di SBP dan seumpamanya jika mendpat keputusan yg baik. Ini lebih mengusarkan lagi disebabkan kita tidak pernah melalui Ujian Khas tersebut sebelum ini. Adakah kita nak biarkan anak-anak kurang belajar disebabkan TIADA peperiksaan?? Lebih baik anda fikir sekali lagi.
10. Berdikari:
Pembelajaran berterusan bersama guru atau cikgu juga dpt membina keyakinan dlm diri secara berperingkat-peringkat. Apa bila sampai satu tahap, maka mereka akan mampu membawa diri sendiri sesuai dgn usianya. Kita tidak mahu mereka berdikari lewat drp usia sepatutnya. Jika tahun 1 mereka mampu membeli makanan di kantin sendiri. Begitulah jikalau mereka sudah meningkat menjadi pelajat UPSR sekurang-kurangnya berdikari utk mengemas beg sekolah dan mengemas bilik tidur, dan begitulah seterusnya bersesuaian dgn usia mereka bukan.
Ya, sebenarnya kita suruh dan paksa anak-anak kita belajar supaya suatu hari nanti mereka mampu utk MEMBUAT KEPUTUSAN SENDIRI. Walaupun mereka tidak dpt pekerjaan yg bagus akan dtg, tidak dapat peluang yg baik, tidak dpt itu dan ini, mereka mampu mengharungi situasi tersebut dan dpt membuat keputusan yg terbaik utk diri mereka sendiri setelah Berjaya melalui proses-proses yg saya nyatakan diatas dari awal lagi.
Kita pun maklum tingkah laku pelajar amat dipengaruhi oleh konsep dirinya sendiri. Pelajar yg mempunyai konsep diri yg positif menghasilkan tingkah laku yg positif dan sebaliknya. Apabila kita mengajar mereka mengubah tingkah laku dari sekarang, ianya bermaksud kita sedang merubah mereka utk kearah kebaikan diri mereka bermula dari SEKARANG.
Jangan lupa TUISYEN ALFA akan BERMULA Awal Ogos 2020 nanti ya.
Cikgu Azman
Pusat Tuisyen Alfa
Kredit Azman