Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan

Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan

Share

Sekolah berdaftar di bawah JAIS / KAFA / UPKK / PSRA / Kelas mengaji / Kelas Jawi / Al-Quran / Silibus JAIS

SEKOLAH RENDAH ISLAM TENAGA INSAN (PEJABAT)
39-2, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
https://maps.app.goo.gl/5uL1Q26FsMCfT4wy8

01/05/2026

Kami warga SRI Tenaga Insan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja bagi seluruh pekerja di Malaysia!

Hari Pekerja bagaikan sebuah pengingat bagi kita semua untuk menghormati dan menghargai para pekerja di seluruh dunia.

Semoga para pekerja sentiasa berkomited dan memberikan yang terbaik dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan tanpa mengira kepelbagaian etnik dan bangsa bagi bersama-sama memajukan negara tercinta dan mengukuhkan perpaduan sesuai dengan tema Hari Pekerja iaitu "PEKERJA KESUMA BANGSA".

Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang.โ€ (Hadis Riwayat al-Tabarani).




Photos from Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan's post 30/04/2026

๐Ÿฅฐโœจ ALHAMDULILLAH THUMMA ALHAMDULILLAH โœจ๐Ÿฅฐ

Pada Hari Anugerah Kecemerlangan Gabungan Sekolah Islam Swasta (GASIS) Tahun 2026, Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan telah berjaya meraih dua anugerah iaitu:

๐Ÿ† TEMPAT KEDUA TERBAIK PSRA 2025
๐Ÿ† TEMPAT KEDUA TERBAIK UPKK 2025

โœจ๐ŸŽ‰โœจ๐ŸŽ‰โœจ๐ŸŽ‰โœจ๐ŸŽ‰โœจ๐ŸŽ‰โœจ๐ŸŽ‰

Segala puji dan rasa syukur kami panjatkan ke hadrat Allah S.W.T di atas penganugerahan ini.

Seterusnya, setinggi2 penghargaan kepada Pihak Pengurusan dan Para Asatizah SRI Tenaga Insan yang telah memberikan yang terbaik kepada anak2 tahun 5 & 6 sehingga mencapai kejayaan ini.

Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa membantu dan membimbing anak2 dalam pembelajaran, sehingga berkorban masa dan tenaga demi memastikan kejayaan mereka.

Semoga kejayaan yang dicapai ini dapat dikekalkan, dan menjadi lebih baik dari tahun ke tahun. Aamiin2 ya Rabbal 'Alamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป





Photos from Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan's post 12/04/2026

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, pada Sabtu, 11 April telah berakhirnya pertandingan Kemahiran Amal Islami peringkat Zon 2026.

Pada tahun ini, SRI Tenaga Insan telah menghantar seramai 61 peserta yang bertanding dalam 11 acara iaitu:

โ–ถ๏ธ TAHAP 1
๐ŸŒธ Bercerita daripada Al-Quran
๐ŸŒธ Hafazan & Terjemahan
๐ŸŒธ Muhawwarah kategori L & P
๐ŸŒธ Azan & Iqamah
๐ŸŒธ Menulis Khat

โ–ถ๏ธ TAHAP 2
๐ŸŒธ Kalam Jama'ie
๐ŸŒธ Syarahan Bahasa Melayu
๐ŸŒธ Nasyid kategori L & P
๐ŸŒธ Solat Jenazah
๐ŸŒธ Hafazan & Tafsiran
๐ŸŒธ Menulis Khat

Alhamdulillah, SRI Tenaga Insan telah berjaya merangkul 4 piala dari 2 acara iaitu:

๐ŸŒŸ Muhawwarah (L) - Tempat ke-3๏ธโƒฃ
๐ŸŒŸ Muhawwarah (P) - Tempat-3๏ธโƒฃ
๐ŸŒŸ Bercerita daripada Al- Quran (L) - Tempat ke-2๏ธโƒฃ
๐ŸŒŸ Bercerita daripada Al- Quran (P) - Tempat Pertama ๐Ÿ˜

Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing acara Muhawwarah, Mu'allimah Amirah dan acara Bercerita, Mu'allimah Haniszah ๐Ÿฅณโœจ

Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta KAMIL 2026 yang telah mempersembahkan persembahan yang terbaik pada acara masing2. Terima kasih juga diucapkan atas komitmen yang diberikan sepanjang latihan dijalankan.

Seterusnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Mu'allim & Mu'allimah SRI Tenaga Insan yang telah bertungkus lumus selama 2 bulan dalam melatih dan membimbing anak2 dalam acara yang telah ditetapkan.

Tidak dilupakan juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang tidak henti memberikan sokongan padu dan telah berkorban masa dan tenaga dalam membantu latihan anak2 di rumah. Sokongan dari ibu bapa semua amat kami hargai.

Akhir kalam, semoga kita dapat berjumpa lagi pada KAMIL 2027 dan semoga SRI Tenaga Insan dapat merangkul lebih banyak pingat dalam pelbagai acara. Diharapkan juga doa dari semua supaya peserta bagi acara bercerita (P) dapat membuat yang terbaik pada KAMIL peringkat daerah. Aamiin ya Rabbal 'Alamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿฅฐ




Photos from Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan's post 04/04/2026

โœจ JAMUAN RAYA SRI TENAGA INSAN 1147H/2026M โœจ

Alhamdulillah, segala syukur kami panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan Izin dan InayahNya dapat kami melaksanakan Jamuan Hari Raya Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan pada 02 April 2026 bersamaan 13 Syawal 1447H.

Kami daripada pihak pengurusan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan anak2 yang memeriahkan Jamuan Hari Raya dengan penyediaan makanan yang pelbagai dan pakaian anak-anak yang sangat cantik dan comel ๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua yang terlibat menjayakan jamuan Hari Raya pada tahun ini ๐Ÿฅฐ

Semoga kita berjumpa lagi pada raya yang akan datang ๐Ÿคฒ๐Ÿป





20/03/2026

โœจ๐Ÿคฉโœจ๐Ÿคฉโœจ๐Ÿคฉโœจ๐Ÿคฉโœจ๐Ÿคฉโœจ๐Ÿคฉ
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN 1447H/2026M

๐ŸŒผ~~~~~~~^_^~~~~~~~^_^~~~~~~~^_^~~~~~~~๐ŸŒผ
IKHLAS DARIPADA
PIHAK PENGURUSAN & ASATIZAH
SEKOLAH RENDAH ISLAM TENAGA INSAN ๐Ÿฅฐ

ูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ โœจ

Photos from Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan's post 17/03/2026

๐ŸŒผ MAJLIS KHATAM AL-QURAN SRI TENAGA INSAN 1447H/2026M ๐ŸŒผ

Alhamdulillah, segala syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan inayah-Nya dapat kami bersama-sama melaksanakan majlis Khatam al-Quran bersama-sama pelajar tahap 2 SRI Tenaga Insan.

Tujuan majlis ini dijalankan adalah untuk meraikan para pelajar yang telah berjaya menyelesaikan bacaan tadarus yang bermula dari awal Ramadan yang lalu.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan bacaan khatam al-Quran & persembahan Qasidah daripada wakil pelajar tahap 2 SRI Tenaga Insan.

Semoga anak2 SRI Tenaga Insan menjadi insan yang hebat yang sentiasa mengamalkan al-Quran dan dapat merebut peluang terakhir di bulan Ramadan ini. Aamiin ya Rabbal 'Alamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป






06/03/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ฅ ๐€๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง
๐Ÿ๐Ÿ• ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’7๐‡ / 07 Mac ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ6

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril.

Dan ini ditegaskan melalui firman Allah yang bermaksud: "Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah." - [Surah Al Baqarah: 185]

Di antara keutamaan amalan orang yang berpuasa pada bulan Ramadan ini adalah membaca al-Quran.

Semoga kehidupan kita di dunia ini diterangi suluhan al-Quran dan kematian kita nanti ditemani al-Quran. Aamiin2 ya Rabbal 'Alamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป




Photos from Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan's post 06/03/2026

๐ŸŒธโœจ MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN โœจ๐ŸŒธ

Alhamdulillah, segala syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan inayah-Nya dapat kami bersama-sama melaksanakan majlis sambutan Nuzul al-Quran bersama-sama pelajar tahap 1 & 2 SRI Tenaga Insan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya:

๐Ÿ“– Tadarus juz 'amma
๐ŸŽฅ Tayangan video nuzul al-Quran
โ‰๏ธ Kuiz
๐ŸŽจ Mewarna
๐Ÿค” Teka silang kata
๐Ÿฎ Membuat lampion Ramadhan

Harapan kami asatizah SRI Tenaga Insan dalam mengadakan majlis ini adalah supaya anak2 dapat didedahkan dengan ilmu mengenai sejarah penurunan al-Quran, dan mengetahui apa kepentingan menyambut hari Nuzul al-Quran ini.

Selain itu, supaya anak2 juga dapat mengetahui betapa pentingnya al-Quran dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah S.W.T yang sentiasa mengejar redha dan syurga-Nya.

Akhir kalam, semoga anak2 SRI Tenaga Insan dapat mengingati, mengamalkan dan mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh dalam kehidupan mereka dan disebarkan kepada orang sekeliling mereka. Aamiin2 ya Rabbal 'Aalamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป






Photos from Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan's post 04/03/2026

๐ŸŒผ MAJLIS BERBUKA PUASA SRI TENAGA INSAN BERSAMA PELAJAR TAHUN 5 & 6 SESI 2026 ๐ŸŒผ

Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan rahmat Allah S.W.T, majlis berbuka puasa & solat tarawih bersama pelajar tahun 5 & 6, mu'allimin wa mu'allimat SRI Tenaga Insan dan karyawan Tenaga Insan Travel dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Majlis ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar tahun 5 & 6 untuk merasai pengalaman berbuka puasa bersama guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan mereka.

Semoga Ramadhan yang masih berbaki ini dapat diraikan dan dilalui dengan limpahan ibadah dan amalan, sehingga dapat kita peroleh kerahmatan dan pengampunan dari Allah S.W.T, serta dijauhkan dari api neraka kelak.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan anak2 tahun 5 & 6 dalam peperiksaan UPKK dan PSRA pada tahun ini. Aamiin ya Rabbal 'Alamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป





03/03/2026

JAWATAN KOSONG GURU GANTI SRI TENAGA INSAN 2026

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡.

*SRI TENAGA INSAN SEKSYEN 13, SHAH ALAM*

๐Ÿ“ž Jika berminat boleh hubungi
Ustazah Asyiqin : 018-668 1516

atau click link ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ
www.wasap.my/60186681516

Jazakumullah Kheir Katheeraโค

Photos from Sekolah Rendah Islam Tenaga Insan's post 29/11/2025

โœจ KEPUTUSAN PSRA 2025 SRI TENAGA INSAN โœจ

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, segala syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah kurnia yang diberikan olehNya.

Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada semua calon PSRA 2025 diatas kejayaan yang sangat cemerlang! Semoga kejayaan terus terlakar pada masa akan datang ๐Ÿฅฐ

Tahniah & ribuan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru SRI TENAGA INSAN dan ibu bapa di atas segala pengorbanan dan usaha yang tidak putus dalam membimbing anak2 untuk mencapai kejayaan ini.

Berikut keputusan penuh PSRA 2025:

PERATUS LULUS KESELURUHAN - 100%. ๐ŸŽ‰

JUMLAH CALON - 42
> MUMTAZ - 19 calon
> JAYYID JIDDAN - 19 calon
> JAYYID - 4 calon

Tahniah semua!! ๐Ÿฅฐ

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No 10-1, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13
Shah Alam

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00