SK Taman Sri Muda

SK Taman Sri Muda Selamat datang ke laman rasmi SK Taman Sri Muda (Official). Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1986. Telefon = 0351212944
Fax = 0351217694

Pada Hari Khamis, 20 Ogos 2026, Panitia Pendidikan Islam SK Taman Sri Muda telah menghantar pasukan nasyid sekolah (RUHU...
21/08/2026

Pada Hari Khamis, 20 Ogos 2026, Panitia Pendidikan Islam SK Taman Sri Muda telah menghantar pasukan nasyid sekolah (RUHUL JADID) untuk menyertai satu program nasyid anjuran PPD Petaling Perdana.

Program Bakat Cilik Nasyid ini telah disertai oleh 10 buah sekolah dan telah diadakan di SK Taman Alam Megah Dua.

Alhamdulillah pasukan RUHUL JADID dari SK Taman Sri Muda telah menjuarai pertandingan ini.

Syabas diucapkan buat pasukan RUHUL JADID kerana telah berjaya membawa pulang kejayaan...

Pasukan RUHUL JADID telah dianggotai oleh :
1. Megat Muhammad Qalif bin Megat Shazrin
2. Muhammad A'isy Zulfi bin Zulhilmi
3. Muhammad Afiq Rayyan bin Mohamad Roahazlan
4. Haqiz Adha bin Herman
5. Mohamad Adam Aisy bin Mohamad Hasrin
6. Wan Muhammad Irfan bin Wan Amirol
7. Mohamad Khalish Ukail bin Mohd Hafizuddin (pelapis)

05/08/2026

Lagu yang membawa kejuaraan kepada adik Megat yang mewakili Negeri Selangor dalam pertandingan Genta Suara Peringkat Kebangsaan baru-baru ini. Adik Megat menerima pujian ramai atas kemahiran beliau menyanyikan lagu bergenre Irama Asli yang sukar ini dengan begitu baik. Salah seorang juri iaitu saudara Azizulhaqim telah turut memberikan standing ovation di penghujung persembahan Megat. Sangat membanggakan!

Pada 6 hingga 9 Julai yang lalu, telah berlangsung satu pertandingan berprestij iaitu Genta Suara Generasi Madani Pering...
05/08/2026

Pada 6 hingga 9 Julai yang lalu, telah berlangsung satu pertandingan berprestij iaitu Genta Suara Generasi Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2026. Pertandingan yang berlangsung di HGH Convention Center, Kuala Lumpur ini menampilkan barisan 16 orang peserta yang menjuarai pentandingan ini di peringkat negeri masing-masing.

Pertandingan ini terdiri daripada 3 kategori iaitu Nyanyian Irama Malaysia untuk Sekolah Rendah, Lagu Pop Balada untuk Sekoah Menengah dan Koir Wira Anti Rasuah untuk SK dan SMK.

Dalam pertandingan ini, murid SK Taman Sri Muda iaitu adik Megat Muhammad Qalif bin Megat Shazrin telah berjaya merangkul sebanyak 3 anugerah utama iaitu:

1. JOHAN LELAKI SEKOLAH RENDAH
2. VOKAL TERBAIK LELAKI SEKOLAH RENDAH
3. PERSEMBAHAN TERBAIK LELAKI SEKOLAH RENDAH

Ini adalah satu pencapaian gemilang yang sangat membanggakan pihak sekolah. Sesungguhnya kejayaan adik Megat wajar dijadikan contoh teladan kepada semua murid-murid dan warga sekolah.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan tahniah Megat! Semoga terus cemerlang pada masa hadapan.

LADAP DAN TEAMBUILDING GURU KE CAMERON HIGHLANDS 2026TARIKH : 24 ~26 JULAI 2026HARI : JUMAAT ~AHADAKTIVITI HARI AHAD (26...
05/08/2026

LADAP DAN TEAMBUILDING GURU KE CAMERON HIGHLANDS 2026

TARIKH : 24 ~26 JULAI 2026
HARI : JUMAAT ~AHAD

AKTIVITI HARI AHAD (26 JULAI 2026)

1. LAWATAN KE LADANG TEH BOH SUNGAI PALAS
2. MEMBELI BELAH DI KEA FARM
3. BERTOLAK PULANG KE SHAH Majlis Bandaraya Shah Alam

PART 4

LADAP DAN TEAMBUILDING GURU KE CAMERON HIGHLANDS 2026TARIKH : 24 ~26 JULAI 2026HARI : JUMAAT ~AHADAKTIVITI HARI SABTU (2...
05/08/2026

LADAP DAN TEAMBUILDING GURU KE CAMERON HIGHLANDS 2026
TARIKH : 24 ~26 JULAI 2026
HARI : JUMAAT ~AHAD

AKTIVITI HARI SABTU (25 JULAI 2026)

1. LADAP DAN TEAMBUILDING DI PPD CH
2. LAWATAN KE HARI TERBUKA PPD CH
3. LAWATAN KE TEH BHARAT CAMERON VALLEY
4. LAWATAN KE TOKYO TOWN BRINCHANG
5. MEMBELI BELAH DI PASAR MALAM GOLDEN HILLS
6. LAWATAN KE CENTRUM NIGHT MARKET

PART 3

GENG NAIK BAS LADAP DAN TEAMBUILDING GURU KE CAMERON HIGHLANDS 2026TARIKH : 24 ~26 JULAI 2026HARI : JUMAAT ~AHADPart 2
05/08/2026

GENG NAIK BAS LADAP DAN TEAMBUILDING GURU KE CAMERON HIGHLANDS 2026

TARIKH : 24 ~26 JULAI 2026
HARI : JUMAAT ~AHAD

Part 2

LADAP DAN TEAMBUILDING GURU DAN KAKITANGAN KE CAMERON HIGHLANDS 2026TARIKH : 24 ~26 JULAI 2026HARI : JUMAAT ~AHADAlhamdu...
05/08/2026

LADAP DAN TEAMBUILDING GURU DAN KAKITANGAN KE CAMERON HIGHLANDS 2026

TARIKH : 24 ~26 JULAI 2026
HARI : JUMAAT ~AHAD

Alhamdulillah, program Lawatan dan Team Building bagi guru dan kakitangan SK Taman Sri Muda telah berlangsung dengan jayanya.

Program ini bukan sekadar memberi peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi Cameron Highlands, malah menjadi medan mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kerjasama serta mencipta kenangan yang cukup bermakna buat seluruh warga sekolah.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini sama ada sebagai penganjur mahupun peserta. Semoga segala pengalaman, gelak tawa dan memori yang tercipta sepanjang program ini akan terus terpahat dalam ingatan dan menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah bersama sebagai satu keluarga besar SK Taman Sri Muda.

✨ Sekeping gambar mampu merakam kenangan, tetapi setiap kenangan yang tercipta akan kekal di hati selamanya.



Part 1

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIHSEMPENA PERSARAAN PN ANNAM A/P MUTHUSAMYTARIKH : 31 JULAI 2026HARI : JUMAATMASA : 9....
03/08/2026

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH
SEMPENA PERSARAAN PN ANNAM A/P MUTHUSAMY

TARIKH : 31 JULAI 2026
HARI : JUMAAT
MASA : 9.30 PG - 12.30 TGH
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH

Terima kasih Pn Annam, atas segala ilmu, bimbingan, gelak tawa dan kenangan yang telah dikongsi selama ini. Jasa Pn Annam akan sentiasa kami kenang dan Pn Annam akan sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di hati kita semua.

Semoga Pn Annam sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati, kebahagiaan bersama keluarga serta dipermudahkan setiap urusan dalam fasa kehidupan yang baharu.

Selamat menikmati hari-hari persaraan, Pn Annam. Jangan lupakan kami di SKTSM ya. Kami pasti akan merindui Pn Annam.

Amat ketara pucuk siantan,
Rasa segar tepian t**i,
Selamat bersara ufuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti.

Album 3

Majlis Persaraan Pn AnnamJumaat (31/07/2026)Jasamu dikenang Pn AnnamAlbum 2
02/08/2026

Majlis Persaraan Pn Annam
Jumaat (31/07/2026)

Jasamu dikenang Pn Annam

Album 2

Majlis Perpisahan En A Aladin Jumaat (31/07/2026)Terima kasih atas jasamu..Album 1
31/07/2026

Majlis Perpisahan En A Aladin
Jumaat (31/07/2026)

Terima kasih atas jasamu..

Album 1

Address

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda, 25/20 Jalan Nyaman
Shah Alam
40400

Opening Hours

Monday 07:40 - 18:00
Tuesday 07:40 - 06:00
Wednesday 07:40 - 06:00
Thursday 07:40 - 18:00
Friday 07:40 - 18:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Taman Sri Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Taman Sri Muda:

Shortcuts

Share