Asrama Sabak Bernam -Ayssb

Asrama Sabak Bernam -Ayssb

Share

BUKAN AKAUN RASMI
AYSSB – Rumah kedua pelajar YS di Sabak Bernam. Bersama membina insan berilmu, berakhlak & berbakti kepada masyarakat.

Emel rasmi AYSSBB, [email protected]

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila emelkan ke emel rasmi AYSSB. Untuk memuat naik gambar, sila emelkan ke emel rasmi AYSSB, sedikit masa akan diambil selepas itu kerana gambar tersebut akan diedit dan ditambah beberapa watermark.

Photos from Asrama Sabak Bernam -Ayssb's post 21/04/2026

Program ERT & Latihan Pencegahan Kebakaran Asrama Sabak Bernam -Ayssb

Asrama Yayasan Selangor telah mengadakan Program Emergency Response Team (ERT) dan Latihan Pencegahan Kebakaran dengan kerjasama wakil daripada Jabatan Bomba.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai langkah keselamatan, tindakan awal semasa kecemasan serta cara menangani situasi kebakaran dengan betul.

Melalui latihan ini, para pelajar dapat meningkatkan kesedaran tentang aspek keselamatan, memahami prosedur kecemasan serta membina sikap lebih peka dan bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan persekitaran.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sekiranya berlaku situasi kecemasan pada masa hadapan.









Photos from Asrama Sabak Bernam -Ayssb's post 21/04/2026

Alhamdulillah, Majlis Jamuan Aidilfitri Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam telah berlangsung dengan meriah dan penuh kemesraan.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran jemputan daripada pihak sekolah serta agensi di sekitar asrama. Kehadiran semua pihak menambahkan lagi semangat ukhuwah, kerjasama dan kebersamaan antara warga asrama, sekolah dan komuniti setempat.

Semoga program seperti ini terus memupuk nilai disiplin, sahsiah terpuji, budi pekerti, akhlak mulia serta semangat kerjasama dalam kalangan para pelajar.












Photos from Asrama Sabak Bernam -Ayssb's post 21/04/2026

Tahniah Calon SPM Asrama Yayasan Selangor

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar Asrama Yayasan Selangor yang telah menerima keputusan SPM.

Apa pun keputusan yang diperoleh, anda telah berusaha dan melalui satu fasa penting dalam kehidupan. Kejayaan bukan hanya diukur melalui angka, tetapi juga melalui usaha, ketabahan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang perjalanan ini.

Pihak pengurusan asrama mendoakan agar semua pelajar terus melangkah maju, mengejar cita-cita dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Teruskan melangkah dengan yakin. Masa depan masih luas menanti.







Photos from Asrama Sabak Bernam -Ayssb's post 21/04/2026

Prihatin Buat Anak-anak Asrama Yayasan Selangor

Pihak Pengurusan Yayasan Selangor telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada beberapa orang pelajar yang telah kehilangan ibu atau bapa tercinta.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan menjadi tanda bahawa mereka tidak bersendirian.

Kami mendoakan agar para pelajar terus tabah, sabar menerima ujian Allah serta terus berusaha menuntut ilmu demi masa depan yang lebih baik.

Al-Fatihah buat ibu bapa yang telah kembali ke rahmatullah.







Photos from Asrama Sabak Bernam -Ayssb's post 17/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah rangkaian program kebajikan dan pengimarahan Ramadan di Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam.

Program dimulakan dengan gotong-royong memasak bubur diikuti dengan majlis Iftar Perdana bersama para jemputan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) serta Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bersama para pelajar, guru-guru serta komuniti setempat dalam menyediakan bubur Ramadan untuk diagihkan kepada masyarakat sekitar.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah pemimpin tempatan, Guru Besar sekolah-sekolah sekitar, pengurus dan guru penyelaras serta pengetua sekolah-sekolah Yayasan Selangor termasuk SMK Ungku Aziz , Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah dan SMK Seri Bedena, wakil pengurusan Kolej Komuniti Sabak Bernam, pihak pengurusan masjid serta ibu bapa yang terpilih menerima Bakul Ramadhan sumbangan Yayasan Selangor.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab mengeratkan ukhuwah, menyemai nilai kebersamaan serta mendidik anak-anak pelajar tentang erti kesabaran, khidmat kepada masyarakat dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan menyumbang tenaga serta sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga segala kebaikan diterima sebagai amal soleh.







17/03/2026
Photos from Asrama Sabak Bernam -Ayssb's post 17/03/2026

Majlis Khatam Al-Quran Pelajar Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan untuk para pelajarmenamatkan bacaan Al-Quran dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Program ini bukan sekadar simbolik menamatkan bacaan Al-Quran, tetapi menjadi tanda kesungguhan para pelajar untuk mendekatkan diri kepada kalam Allah serta menghidupkan bulan Ramadan dengan ibadah dan penghayatan Al-Quran.

Firman Allah SWT:

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza antara yang benar dan yang batil."
(Surah Al-Baqarah: 185)

Semoga Al-Quran sentiasa menjadi pedoman hidup, penenang jiwa dan sumber kekuatan kepada para pelajar dalam menempuh perjalanan hidup dan menimba ilmu.

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran. Semoga amalan ini berterusan bukan sahaja di bulan Ramadan, tetapi sepanjang kehidupan.







Photos from Asrama Sabak Bernam -Ayssb's post 10/03/2026

Pelajar Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam berpeluang turut serta dalam aktiviti khidmat komuniti di masjid dengan membantu ahli jemaah membuat persiapan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa untuk masyarakat sekitar Sabak Bernam.

Kehadiran pelajar dijadualkan secara bergilir sebagai pendedahan kepada kehidupan bermasyarakat. Aktiviti seperti ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama dan sukarelawan, malah mendidik kematangan, nilai kebersamaan serta rasa tanggungjawab dalam menyantuni komuniti setempat, khususnya dalam keberkatan bulan Ramadan.








Photos from Asrama Sabak Bernam -Ayssb's post 05/03/2026

Semalam para pelajar asrama berkesempatan menghadiri Ceramah. Pengukuhan Rohani: Pemantapan Jiwa yang menyentuh peristiwa agung Nuzul al-Quran serta kepentingan mendekatkan diri dengan al-Quran khususnya dalam bulan Ramadan. Mudah-mudahan pengisian ini memberi kesan kepada hati para pelajar untuk lebih mencintai al-Quran dan menghidupkan Ramadan dengan ibadah serta amal kebaikan.

Pihak pengurusan asrama sentiasa berusaha memastikan keseimbangan pembangunan pelajar dari sudut rohani, sahsiah dan disiplin, di samping menjaga kebajikan serta suasana pembelajaran yang kondusif sepanjang Ramadan. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang berilmu, berakhlak dan dekat dengan al-Quran.








Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Shah Alam