04/03/2026
Why FlyHigh? What other students turned professionals have to say about us after learning with us and reaching their goals.
✨ Seorang ibu yang menulis dari hati
📝 Catatan kecil tentang apa yang menyentuh rasa & berita semasa di media sosial
📚 Kongsi nota percuma untuk bantu lebih ramai orang belajar & faham
💛 Menulis untuk berkongsi, bukan sekadar mengisi ruang
04/03/2026
01/03/2026
Pelaksanaan Matriks Pembelajaran ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan murid bagi sokongan dan intervensi awal, bukan untuk penarafan atau persaingan sekolah.
21/02/2026
Reading Comprehension
Credit: owner
21/02/2026
Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026 – 2035
• DOKUMEN PENUH RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (RPM) 2026 - 2035
Muat Turun melalui link 🔗: https://shorturl.at/vQZHt atau imbas melalui QR Code.
Tahun Ini, Tahun Kita
09/02/2026
*Bahan Bacaan Nilam*
Masih terngiang suara di corong telefon malam itu.
Jam hampir tengah malam.
Suara di hujung talian perlahan. Bergetar.
Terselit tangisan yang cuba ditahan.
Seorang anak.
Jauh dari rumah.
Penat. Tertekan. Rindu.
Dan ayat yang terus merobek hati seorang ibu:
“Mama… saya nak balik. Saya tak tahan.”
Di saat itu, Mama Hani tersedar —
perjuangan ibu ayah bukan sekadar tentang memasukkan anak ke SBP atau MRSM.
Ia juga tentang berani berhenti sekejap… dan mendengar.
Mama Hani faham.
Ramai mak ayah berkorban tanpa jemu.
Menangis dalam doa.
Kejar kelas online dan offline.
Ulang-alik ke program.
Habis duit, masa, tenaga, emosi.
Semua itu lahir daripada satu perkara: sayang.
Tapi bila anak sudah melangkah masuk,
dan malam-malam di asrama mula dipenuhi air mata,
di situlah kita perlu jujur bertanya dalam hati:
Ini impian siapa sebenarnya?
Impian anak…
atau impian kita?
Mama Hani percaya, setiap ibu perlu ada satu sesi heart to heart dengan anak.
Bukan sesi memujuk untuk
“bertahan demi mama”.
Tapi sesi untuk mendengar tanpa menghakimi.
Dengar dengan hati.
Dan tanya dengan lembut:
– Kamu betul-betul mahu, atau kamu sedang menahan diri?
– Kamu kuat, atau kamu sedang terpaksa?
Dan dalam diam, kita p**a perlu bertanya diri sendiri:
– Adakah kita mengejar nama?
– Adakah kita mengejar bangga?
– Atau kita sebenarnya mengejar kebahagiaan dan kesihatan mental anak?
Ramai anak memilih untuk diam.
Bukan sebab mereka tidak sakit,
tetapi kerana mereka takut setiap luahan akan dibalas dengan paksaan.
“Mesti kuat.”
“Ramai lagi susah.”
“Rugi kalau keluar.”
Sedangkan hakikatnya —
tidak semua anak sesuai dengan kehidupan asrama.
Dan itu bukan kegagalan.
Itu fitrah.
Mama Hani juga mahu mak-mak faham satu perkara.
Ilmu PKSK bukan tiket eksklusif ke SBP semata-mata.
Ia adalah bekalan hidup.
PKSK melatih anak untuk:
– berfikir matang
– mengurus masa
– memahami soalan aras tinggi
– mengawal emosi ketika tertekan
– bangkit semula bila jatuh
Semua ini berguna di mana-mana.
SBP, MRSM, SMKA, sekolah harian, swasta —
atau apa sahaja jalan yang Allah pilih.
Jadi jangan sempitkan perjuangan ini kepada label
“terpilih atau tidak.”
Yang lebih penting,
anak kita bersedia dari segi mental, emosi dan ilmu
untuk perjalanan hidup yang panjang.
Jangan kita nafikan hak anak yang benar-benar mahu dan bersedia.
Dan pada masa yang sama,
jangan kita memaksa anak yang sedang terluka
untuk bertahan demi status.
Kadang-kadang,
kasih sayang paling besar
bukan memaksa untuk terus bertahan.
Tetapi berani melepaskan
dan memilih jalan yang lebih sihat
untuk jiwa anak.
Mama Hani sentiasa di sini.
Untuk mak-mak yang keliru.
Yang penat.
Yang risau.
Dan yang cuma mahu membuat keputusan
terbaik untuk anak-anak mereka.
24/01/2026
Kami mencari Private Tutor & Caregiver!
Kalau s**a mengajar, sabar dengan anak-anak, dan ada jiwa penyayang – inilah peluang keemasan. Bersama kami, bukan sekadar mengajar – anda membentuk masa depan dan memberi kasih sayang.
Hantar permohonan sekarang ke nombor yang tertera di poster.
22/01/2026
22/01/2026
Credit:owner
25/12/2025
⏳1 hari lagi
Semakan tawaran ke Sekolah Khusus - SBP/SBPI/SMKA/MRSM/KV/SMT/MTD
Sekolah yang berprestij tinggi idaman semua orang
Teruskan doa..
Andai anak direzekikan mendapat tempat, syukur.. terus prepare utk next step
Andai anak tiada rezeki mendapat tempat, tetap syukur, teruskan ke SMK Harian dengan semangat yang baru
Apa jua keputusannya, terima dengan hati yang redha. Anak-anak telah berusaha sebaik mungkin, melalui setiap proses dengan penuh kesungguhan.
Tugas sebagai mak ayah, terus mendoakan dan menyokong mereka..
Semoga Allah permudahkan segala urusan dan dikurniakan yang terbaik buat anak-anak kita...
Utk semakan pelajar yang berdaftar bawah KPM
*TINGKATAN 1 : https://spskt1.moe.gov.my/*
*TINGKATAN 4 : https://spskt4.moe.gov.my/*
Utk semakan pelajar swasta yang tidak berdaftar dengan KPM
*TINGKATAN 1 : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt1*
*TINGKATAN 4 : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt4*
Salam sayang
Mama Hani FHEC
www.flyhigh.my
22/11/2025
Rangka karangan
Credit:ceria belajar
22/11/2025
Vocabulary for kids
Credit: owner