SRITI Al-Ikhlas Setia Alam

SRITI Al-Ikhlas Setia Alam Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Setia Alam menerapkan 3 elemen pembelajaran iaitu, Tahfiz, Diniah (PSRA/UPKK), Akademik(UPSR).

๐Ÿ“ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN 1 2026Pihak SRITI Al-Ikhlas mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaa...
27/07/2026

๐Ÿ“ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN 1 2026

Pihak SRITI Al-Ikhlas mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan PSRA 1 2026 kepada semua pelajar tahun 6 SRITI Al-Ikhlas yang bermula pada Isnin, 27 Julai 2026 hingga Jumaat, 31 Julai 2026.

Semoga dipermudahkan segala urusan calon-calon serta dilapangkan dada dalam menjawab soalan pepreriksaan.

โ€œYa Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.โ€
Aamiin ๐Ÿคฒ

Selamat maju jaya dan semoga beroleh keputusan yang cemerlang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa PENDAFTARAN UJIAN SARINGAN akan ditutup pada 31 Julai 2026 (Jumaa...
27/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa PENDAFTARAN UJIAN SARINGAN akan ditutup pada 31 Julai 2026 (Jumaat).

Sehubungan itu, ibu bapa/penjaga yang masih berminat tetapi belum membuat pendaftaran dimohon untuk berbuat demikian sebelum tarikh tutup bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Kerjasama dan perhatian daripada semua amatlah dihargai. Terima kasih.

!! TERBARU !!

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SRITI AL-IKHLAS SETIA ALAM SESI 2027

ุจูุณู…ู ุงู„ู‘ูฐู„ู‡ู ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

Pengambilan Pelajar Baru sesi 2027 Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI Al- Ikhlas) Setia Alam, masih lagi dibuka kepada:

Kekosongan hanya dibuka untuk:

TAHUN 1
TAHUN 3
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6

Untuk memohon, sila isi borang yang disediakan ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡

Klik Link untuk mendaftar:
https://forms.gle/8NKjaFQcnfotLkhQ8

๐Ÿ“Œ Untuk mengetahui syarat-syarat asas kemasukan serta maklumat lanjut berkenaan ujian saringan boleh hubungi pejabat SRITI AL IKHLAS di talian 019-411 1558

โ€ผ๏ธ Daftar segera. Tempat adalah terhad.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI DI TALIAN:

PEJABAT SAI
019-4111558

"MEMBINA GENERASI RABBANI MUROBBI"

PENTADBIRAN SRITI AL-IKHLAS

โœจ BENGKEL MENJAWAB SOALAN SRITI 2026 โœจ๐Ÿ“… 18 Julai 2026 (Sabtu)๐Ÿ•ฃ 8.30 pagi โ€“ 4.30 petang๐Ÿ“ Dewan SRITI Al-IkhlasAlhamdulill...
20/07/2026

โœจ BENGKEL MENJAWAB SOALAN SRITI 2026 โœจ

๐Ÿ“… 18 Julai 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•ฃ 8.30 pagi โ€“ 4.30 petang
๐Ÿ“ Dewan SRITI Al-Ikhlas

Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Menjawab Soalan SRITI 2026 yang menghimpunkan seramai 140 orang calon SRITI seluruh Shah Alam.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada teknik menjawab soalan yang berkesan, strategi menghadapi peperiksaan serta meningkatkan keyakinan para calon dalam menghadapi peperiksaan SRITI.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ahmad Fakhrurrazi, selaku Jurulatih Utama Arrazi Teach Centre, atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman serta tunjuk ajar yang amat bermanfaat sepanjang bengkel berlangsung.

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah memberikan komitmen serta semangat yang tinggi sepanjang program ini. Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi bekalan yang bernilai dan dipermudahkan urusan dalam menghadapi peperiksaan nanti.

Kami mendoakan agar seluruh calon SRITI Shah Alam dikurniakan ketenangan, kefahaman, ketekunan serta memperoleh keputusan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
ุขู…ูŠู† ูŠุง ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†.

LENSA PROGRAM MABIT DARJAH 3&4 2026"Alhamdulillah, program MABIT bagi murid Darjah 3 dan 4 telah berjaya dilangsungkan p...
18/07/2026

LENSA PROGRAM MABIT DARJAH 3&4 2026

"Alhamdulillah, program MABIT bagi murid Darjah 3 dan 4 telah berjaya dilangsungkan pada hari Jumaat dan Sabtu, 17 hingga 18 Julai 2026 bertempat di SRITI Al Ikhlas. Sepanjang program, anak-anak telah dibimbing dalam suasana tarbiah yang menghidupkan hati dan menyuburkan iman.

Sabda Rasulullah SAW: โ€œBarangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga.โ€ (HR. Muslim)

Moga malam yang dilalui penuh keberkatan itu menjadi cahaya petunjuk di sepanjang perjalanan hidup mereka. Semoga generasi ini terus membesar sebagai hamba yang taat dan pewaris perjuangan Islam yang gemilang, insya-Allah.

Bahagian Tahfiz Dan Tarbiah
SRITI Al Ikhlas, Setia Prima

( DISKUSI AKADEMIK SRITI AL IKHLAS PPS 2026 )Telah berlangsung Diskusi Akademik dengan jayanya pada hari Jumaat 17 Julai...
17/07/2026

( DISKUSI AKADEMIK SRITI AL IKHLAS PPS 2026 )

Telah berlangsung Diskusi Akademik dengan jayanya pada hari Jumaat 17 Julai, 2026.

Bahagian Akademik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir dan menzahirkan kebersamaan dengan pihak sekolah dalam mencari ruang penambahbaikan terutamanya terhadap prestasi hafazan, pencapaian akademik dan Tarbiah diri murid.

Bahagian Akademik juga memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang program berlangsung.
Diharapkan juga dengan berlangsungnya program ini, hubungan akrab antara seluruh warga sekolah dan ibu bapa menjadi lebih utuh.

Harapan kami dan ibu bapa pastinya serupa iaitu memperkembang potensi diri murid kepada tahap yang maksimum. Cadangan, buah fikiran dan usaha sama dari pihak ibu bapa akan kami perhalusi dengan baik.

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan taufik dan hidayah kepada kita semua.
Terima kasih juga kepada seluruh Ahli Jawatan Kuasa program yang telah bersungguh-sungguh memastikan program dapat berlangsung dengan baik.

Sekian, Terima Kasih.

"MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI"
BAHAGIAN AKADEMIK,
SRITI AL IKHLAS, SETIA PRIMA

๐Ÿ†K E S U G A  S R I T I  N E G E R IS E L A N G O R  2 0 2 6๐Ÿ†Assalamualaikum wbt,Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan...
07/07/2026

๐Ÿ†K E S U G A S R I T I N E G E R I
S E L A N G O R 2 0 2 6๐Ÿ†

Assalamualaikum wbt,

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua wakil SRITI Kawasan Shah Alam yang akan bertanding dan khususnya murid- murid dari SRITI Al Ikhlas yang mewakili SRITI Kawasan Shah Alam ke bertanding di KESUGA peringkat SRITI Negeri Selangor.

Murid dari SRITI Al Ikhlas telah mewakili dalam acara seperti yang berikut :

๐ŸƒOLAHRAGA (BALAPAN) :
1. Muhammad A***n Arman Bin Zakaria
2. Fitri Naufal Bin Mohd Rafizie

๐Ÿ€ BOLA JARING :
1. Raisya Nur Airees Binti Anwar Ridhawi

โšฝ BOLA SEPAK :
1. Iman Fayyad Zayan
2. Iman Uwais Zuhdi
3. Muhammad Muaz Bin Muhamad Farid

Terima kasih juga buat guru-guru pengiring yang sentiasa memberi komitmen dan pengorbanan membawa wakil ke latihan yang telah dijadualkan sehingga tibanya perlawanan pada esok hari.

Pihak sekolah mendoakan semoga Kontijen Shah Alam akan membawa kejayaan yang besar pada KESUGA sesi kali ini.
Semoga kejayaan milik SRITI KAWASAN SHAH ALAM, insyaAllah.

Sirru ala barakatillah.

PENTADBIRAN SRITI AL IKHLAS, SETIA ALAM

!! TERBARU !!PENGAMBILAN PELAJAR BARU SRITI AL-IKHLAS SETIA ALAM SESI 2027ุจูุณู…ู ุงู„ู‘ูฐู„ู‡ู ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…Pengambilan Pelajar...
02/07/2026

!! TERBARU !!

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SRITI AL-IKHLAS SETIA ALAM SESI 2027

ุจูุณู…ู ุงู„ู‘ูฐู„ู‡ู ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

Pengambilan Pelajar Baru sesi 2027 Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI Al- Ikhlas) Setia Alam, masih lagi dibuka kepada:

Kekosongan hanya dibuka untuk:

TAHUN 1
TAHUN 3
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6

Untuk memohon, sila isi borang yang disediakan ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡

Klik Link untuk mendaftar:
https://forms.gle/8NKjaFQcnfotLkhQ8

๐Ÿ“Œ Untuk mengetahui syarat-syarat asas kemasukan serta maklumat lanjut berkenaan ujian saringan boleh hubungi pejabat SRITI AL IKHLAS di talian 019-411 1558

โ€ผ๏ธ Daftar segera. Tempat adalah terhad.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI DI TALIAN:

PEJABAT SAI
019-4111558

"MEMBINA GENERASI RABBANI MUROBBI"

PENTADBIRAN SRITI AL-IKHLAS

๐ŸŒŸSELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN PERTENGAHAN SESI 2026๐ŸŒŸุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู๐ŸŽ“ Pihak sekolah mengucapkan sela...
22/06/2026

๐ŸŒŸSELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN PERTENGAHAN SESI 2026๐ŸŒŸ

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู

๐ŸŽ“ Pihak sekolah mengucapkan selamat menduduki Penilaian Pertengahan Sesi (PPS) 2026 kepada semua murid tahun 1-6 SRITI Al-Ikhlas. Semoga segala usaha dan persediaan yang telah dilakukan dipermudahkan serta membuahkan hasil yang baik.

๐Ÿ“– Jadikan ilmu sebagai cahaya, dan niat sebagai kekuatan.
Ingatlah, peperiksaan bukan sekadar penilaian akademik, tetapi juga medan untuk membuktikan kesungguhan, adab, dan tawakal kepada Allah.

๐Ÿ’ซ โ€œBerusaha sehabis baik, berdoa sepenuh hati, dan serahkan hasilnya kepada Ilahi.โ€

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงู†ู’ููŽุนู’ู†ูŽุง ุจูู…ูŽุง ุนูŽู„ู‘ูŽู…ู’ุชูŽู†ูŽุง ูˆูŽุนูŽู„ู‘ูู…ู’ู†ูŽุง ู…ูŽุง ูŠูŽู†ู’ููŽุนูู†ูŽุง ูˆูŽุฒูุฏู’ู†ูŽุง ุนูู„ู’ู…ู‹ุง

Warga SRITI Al-Ikhlas

๐ŸŒŸSELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN AWAL SESI 2026๐ŸŒŸุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู๐ŸŽ“ Pihak sekolah mengucapkan selamat men...
09/03/2026

๐ŸŒŸSELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN AWAL SESI 2026๐ŸŒŸ

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู

๐ŸŽ“ Pihak sekolah mengucapkan selamat menduduki Penilaian Awal Sesi (PAwS) 2026 kepada semua murid tahun 1-6 SRITI Al-Ikhlas. Semoga segala usaha dan persediaan yang telah dilakukan dipermudahkan serta membuahkan hasil yang baik.

๐Ÿ“– Jadikan ilmu sebagai cahaya, dan niat sebagai kekuatan.
Ingatlah, peperiksaan bukan sekadar penilaian akademik, tetapi juga medan untuk membuktikan kesungguhan, adab, dan tawakal kepada Allah.

๐Ÿ’ซ โ€œBerusaha sehabis baik, berdoa sepenuh hati, dan serahkan hasilnya kepada Ilahi.โ€

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงู†ู’ููŽุนู’ู†ูŽุง ุจูู…ูŽุง ุนูŽู„ู‘ูŽู…ู’ุชูŽู†ูŽุง ูˆูŽุนูŽู„ู‘ูู…ู’ู†ูŽุง ู…ูŽุง ูŠูŽู†ู’ููŽุนูู†ูŽุง ูˆูŽุฒูุฏู’ู†ูŽุง ุนูู„ู’ู…ู‹ุง

Warga SRITI Al-Ikhlas

[LENSA MALAM AMAL BINA IMAN DAN TAQWA (MABIT)]Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah, selepas selesai program Iftar Jamaie ...
28/02/2026

[LENSA MALAM AMAL BINA IMAN DAN TAQWA (MABIT)]

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, selepas selesai program Iftar Jamaie peringkat sekolah pada hari jumaat, murid-murid tahun 5 dan 6 telah menyertai Malam Amal Bina Iman dan Taqwa (MABIT).

Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah, menghidupkan malam bulan Ramadan, menyemai keinsafan dan muhasabah diri, membentuk peribadi dan akhlak mulia serta mengukuhkan ukhwah di kalangan murid.

Antara aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid adalah:
๐ŸŒธ Bacaan Al-Mulk secara beramai-ramai
๐ŸŒธ Explorace Ramadan
๐ŸŒธ Qiamullai
๐ŸŒธ Sahur
๐ŸŒธ Tazkirah subuh
๐ŸŒธ Bacaan Al-Ma'thurat pagi

Semoga dengan usaha ini, murid-murid dapat meningkatkan keimanan, membentu akhlak yang lebih terpuji dan menjadi insan yang lebih baik.

Pihak program mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang baik dari para ibu bapa. Kami juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua guru dan kaki tangan yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program pada kali ini. Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua.

Siiru Ala Barakatillahโœจ

Unit Tahfiz dan Tarbiah SRITI Al-Ikhlas 2026

Address

1-2-1, 1-3-1, 1-4-1, Jalan Setia Prima WU13/W, Setia Alam Seksyen U13
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60194111558

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Al-Ikhlas Setia Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Al-Ikhlas Setia Alam:

Shortcuts

Share