10/04/2023
5 APRIL 2023 || RABU
Assalamualaikum W.B.T,
Salam Malaysia Madani,
Salam Ramadan Kareem,
Salam UiTM Dihatiku.
๐ *PENDAFTARAN PESERTA TADABBUR RAMADAN KOLEJ MERANTI*๐
๐น๏ธ Sukacita dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman Meranti akan melaksanakan *Program Tadabbur Ramadan Kolej Meranti* dengan pengisian seperti majlis iftar jamaie, bacaan yasin dan solat terawih bagi mengimarahkan Bulan Ramadan yang mulia ini.
๐น๏ธ Butiran program adalah seperti berikut :
-Tarikh: 13 April 2023 (Khamis)
-Masa: 6.45 pm - 10.15 pm
-Tempat: Dewan Sri Meranti
๐น๏ธ Berikut merupakan link pautan pendaftaran:
๐https://forms.gle/K2ujUccEUr42BZhBA
โข 200 Pek Makanan Iftar disediakan
โข Perlu membawa yasin sendiri
โข Pelajar non muslim juga boleh mendaftar sekali
๐น๏ธOleh itu, kami berbesar hati menjemput semua warga Kolej Meranti untuk sama- sama turut hadir dan mengimarahkan lagi *Program Tadabbur Ramadan Kolej Meranti*.
Sekian, Terima kasih.
kolejmeranti
06/04/2023
Jom respon!
PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN INDEKS PATRIOTISME DAN PERPADUAN NASIONAL (iPPN) DI UNIVERSITI AWAM โ IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER 1 SESI 2022/2023 DAN SEMESTER 3 SESI 2021/2022
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membangunkan Sistem iPPN bagi mengukur tahap patriotisme dan perpaduan di kalangan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Pembangunan sistem ini adalah selaras dengan Lonjakan 1, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu mengukuhkan sistem sokongan pembelajaran.
Sistem iPPN ini akan dibuka mulai 3 April hingga 17 April 2023 kepada semua semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 dan Semester 3 Sesi 2021/2022 adalah diwajibkan untuk menjawab soal selidik yang terdapat di dalam sistem ini pada tahun ini seperti ketetapan berikut:
Tempoh sistem dibuka : 3 - 17 April 2023
Tempoh : 3 minggu
Laman sesawang : https://ippn.mohe.gov.my
Sekian, terima kasih.
01/04/2023
MyAlumni UiTM
Alumni Social Media
29/03/2023
Selamat datang dan kembali kepada semua warga Kolej Kediaman Meranti bagi sesi Mac 2023-Ogos 2023. Diharapkan semua pelajar kembali dengan semangat baru dan lebih bertenaga mengharungi kehidupan universiti khususnya di Kolej Kediaman Meranti.โบ๏ธ
29/03/2023
Assalamualaikum wrt wbth dan salam sejahtera,
Selamat datang ke halaman Kolej Kediaman Meranti!
Kolej Meranti merupakan salah sebuah kolej kediaman yang terletak di luar kawasan kampus UiTM Shah Alam. Dahulunya kolej ini menempatkan pelajar siswa dan siswi dari pelbagai kursus. Mulai sesi Jun 1999, Kolej Meranti secara rasminya telah dijadikan kolej kediaman untuk pelajar siswa dan boleh menempatkan kira-kira seramai 648 orang pelajar.
Buat masa ini, Kolej Kediaman Meranti menjadi penempatan kolej untuk pelajar-pelajar dari Kolej Pengajian Seni Kreatif, Fakulti Undang-Undang, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)