HEP Unisel

HEP Unisel

Share

HEP Budiman UNISEL diwujudkan adalah sebagai medium saluran maklumat dan menerima sebarang aduan daripada pelajar Unisel.

Saluran Informasi & Aduan Pelajar Unisel

Photos from HEP Unisel's post 12/05/2026

Perjumpaan bersama Mr. Jun wakil daripada Mamee Monster untuk pembukaan booth truck di Unisel Shah alam pada 20 Mei 2026 akan datang.

Perjumpaan ini dihadiri oleh En. Al hafiz dan Puan Ain daripada COMNET, dan Saudara Irfan dan Saudara Mustaqim daripada Majlis Perwaikilan Pelajar.

Photos from HEP Unisel's post 12/05/2026

Liga FAS dan KPM Selangor di UNISEL hari ni melibatkan team daerah Kuala Selangor dan Hulu Selangor bawah 15 dan 18 tahun. Turut di war2kan mengenai Trek Bola Sepak untuk kemasukan bulan Ogos.

Esok akan bersambung Liga Moktar Dahari jam 3.30 ptg.

Photos from HEP Unisel's post 12/05/2026

Mewakili Prof. Madya Dr. Hamdan, menziarahi Saudara Philips di kediamannya susulan pemergian ibu beliau.

Semoga Saudara Philips dan seluruh keluarga diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi saat yang sukar ini. Salam takziah

12/05/2026

Semalam telah diadakan pertemuan di antara En. Al Hafiz, Pengarah COMNET bersama Skuad COMNET bagi memberikan penerangan dan penyelarasan berkaitan Program Sukaneka AKE yang akan berlangsung pada hari Ahad ini di Setia Convention Centre.

Seramai 36 orang pelajar daripada kedua-dua kampus UNISEL akan terlibat dalam program ini sebagai sukarelawan dan petugas program.

12/05/2026

Taklimat SUKIPT kepada persatuan2 Sukan di UNISEL. SUKIPT akan diadakan di Universiti Malaya pada 28 Ogos hingga 6 September 2026. Turut hadir malam ini sdr Kartik dan sdr Amirul.

Photos from HEP Unisel's post 12/05/2026

Seramai 50 Pelajar Unisel menyertai Fun Walk, Langkah Sihat Seribu Harapan di SKJC Ijok, anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuala Selangor, Jutaan Terima kasih kasih kepada Ygbhg Prof Madya Dr. Hamdan M Salleh - TNC HEP Unisel atas sokongan dan kelulusan menyertai Fun Walk ini, selesai acara Fun Walk pelajar berpeluang membuat saringan kesihatan seperti pemeriksaan gigi, hepatitis B, Hepatatis C, Saringan Paru-paru dan saringan Kanser Payudara secara PERCUMA

Photos from HEP Unisel's post 12/05/2026

Pada 10 Mei 2026, satu majlis rasmi telah diadakan bersama rakan mitra untuk penyampaian peranti siswa kepada para pelajar universiti, yang turut disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Photos from HEP Unisel's post 12/05/2026

Telah berlangsung Program Sehari Bersama Residensi Pelajar

8 Mei 26 (Malam) - Taklimat Residensi Pelajar

9 Mei 26 (Pagi) -
Taklimat Unit Kaunseling
Taklimat Felo Residensi
Taklimat daripada Persatuan Perwakilan Kolej

Photos from HEP Unisel's post 12/05/2026

Aeon Mall, Taman Equine seri kembangan, bagi program podcast “Stigma Kesihatan Mental” anjuran JSS FPSS Unisel

Photos from HEP Unisel's post 12/05/2026

Selamat Bersara En Nan Bin Ahmad. Segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan amatlah dihargai dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.

"Moga Allah kurnia keberkatan dan kesihatan buat En. Nan dan keluarga" - Prof Madya Dr. Hamdan M Salleh - TNC HEP Unisel

Photos from HEP Unisel's post 12/05/2026

Seramai 40 orang mahasiswa UNISEL telah hadir bagi menyertai Seminar Kefahaman Ekstremis dan Penyelewengan Akidah Dalam Kalangan Pimpinan Pelajar IPTA/IPTS Negeri Selangor 2026 dan Dialog Bersama S.S. Dato’ Pengarah JAIS anjuran Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Program ini berlangsung pada 08 Mei 2026 (Jumaat) bertempat di Auditorium Dahlia, Masjid Negeri Shah Alam.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00