01/05/2026
[ MAJLIS GRADUASI ]
Alhamdulillah, berakhir sudah kelas Bahasa Arab bagi peringkat ilmu Sorof di Seksyen 13 Shah Alam. Perjalanan memahami dan mengupas permasalahan perubahan kalimah Arab telah pun disempurnakan ❤️
Menuntut ilmu pada fasa ini sememangnya mencabar, meskipun usia mereka bukan lagi muda, kesungguhan untuk terus belajar sangat menginspirasikan. Setiap tajuk diberi perhatian, dan setiap kaedah Sorof dipelajari dengan penuh ketekunan.
Cabaran demi cabaran tidak sedikit pun melemahkan kesungguhan mereka.
Mereka terus melangkah dengan istiqamah—konsisten hadir kelas, berlatih sedikit demi sedikit, dari semasa ke semasa.
Semoga setiap pengorbanan dan usaha ini mendapat keberkatan, serta menjadi jalan untuk lebih mendalami bahasa Al-Quran. Selagi ada tekad, di situlah terbentang ruang untuk berjaya.
Berikut senarai peserta:
1. Zaleha Binti Abdul Kadir
2. Zahariah Binti Mohd. Zain
3. Abang Othman Bin Abang Yusof
4. Norlizawati Binti Haron
5. Mazhar Bin Md. Kawi
6. Salasiah Binti Masri.
7. Radzillah Binti Mahmood
8. Rodziah Binti Mohamed Amir
9. Aziah Binti Mohd Yusof
10. Wan Ahmad Bin Wan Omar
11. Julee Suhanariah Binti Tajul Amar
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja 💪🔥
Di sebalik tiap kejayaan ada keringat yang tak terlihat, di sebalik tiap kemajuan ada usaha yang tak pernah sirna.
Hari ini kita menghargai setiap insan yang terus berjuang walau sarat ujian, yang tetap bertahan walau hebat tekanan.
Tak kira apa bidang, tak kira apa jawatan —
setiap kerja ada harga, setiap usaha ada makna.
Teruskan melangkah. Teruskan berusaha.
Kerana dunia bergerak hasil tangan-tangan yang tidak pernah putus asa.
Anda bukan sekadar bekerja, anda membina masa depan.
Selamat Hari Pekerja!
30/04/2026
[ MAJLIS GRADUASI ]
Alhamdulillah, kelas Bahasa Arab Al-Quran peringkat ilmu Nahu di Seremban 2 telah menutup tirainya, selesai sudah kupasan ayat-ayat daripada Surah Al-Fatihah dan As-Sajdah ❤️
Walaupun usia semakin bertambah, kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu tetap membara. Setiap ayat diperinci, setiap kaedah Nahu dihadam dengan penuh kesabaran.
Bukan mudah untuk belajar di usia begini. Ada yang perlu mengulang berkali-kali, ada yang bergelut mengingat istilah dan kaedah. Namun, semua itu tidak mematahkan semangat. Mereka terus hadir, terus berusaha, dan terus memperbaiki kefahaman.
Selagi ada kemahuan, di situ ada jalan. Moga Allah memberkati setiap langkah dan usaha mereka dalam mendalami bahasa Al-Quran.
Berikut senarai peserta:
1. Mohd Zaki bin Awang
2. Ramlah binti A. Rani
3. Norliza Abu Talib
4. Muhammad Tarmizi b. Ramli
5. Faridah bt. Hassan
6. Pawzeyah Tamby Chik
7. Munira bte Hashim
8. Abdullah b Abdul Rahman
9. Hairani binti Mattawel
10. Mohamad Husaini bin Husin
11. Aida binti Mohd Hanif
30/04/2026
[ MAJLIS GRADUASI ]
Di usia yang sering dianggap senja, rupanya masih ada cahaya yang terang menyala✨
Lima insan warga emas ini membuktikan bahawa perjalanan menuntut ilmu tidak pernah mengenal titik noktah. Bermula dengan tekun menyelusuri liku-liku Nahu, kini mereka gagah melangkah menamatkan peringkat Sorof p**a.
Bukan mudah. Hanya mereka yang berjiwa kental dan mempunyai semangat yang tidak luntur saja mampu meredah onak dan duri perjuangan. Setiap kalimah dipelajari dengan sabar, setiap baris difahami dengan penuh cinta. Ini bukti usia bukan penghalang, malah jadi saksi kekuatan hati yang luar biasa.
Majlis graduasi bukan sekadar penamat sebuah perjalanan — tetapi permulaan kepada kefahaman Al-Quran yang lebih mendalam.
Semoga ini dapat menyuntik semangat kepada kita semua:
Belajar itu bukan tentang muda atau tua,
tetapi tentang hati yang sentiasa mahu dekat dengan kalam-Nya. 🌙
Tahniah wira-wira ilmu. Kalian inspirasi buat kami semua.
27/04/2026
[ BUKU NOTA ASAS SOROF ]
Assalamualaikum warahmatullah 🌹
Berita baik kepada semua 💖
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Pusat Bahasa Arab ABRAZ kini memperkenalkan buku nota terbaru untuk peringkat ilmu Sorof.
Setelah melalui tempoh penangguhan yang agak lama, akhirnya nota ini berjaya dihasilkan dengan penuh dedikasi dan kesungguhan.
✨ Nota ini bukan sahaja berfungsi sebagai panduan dan rujukan sepanjang pembelajaran yang melibatkan ilmu Sorof, malah:
✅ Mudah digunakan oleh pelajar
✅ Disusun mengikut silibus dalam kelas
✅ Direka dengan gaya yang kemas dan berwarna-warni
Semoga usaha kecil ini dapat membantu memudahkan kefahaman serta memberi manfaat berterusan kepada semua penuntut ilmu. 🤲
🔥100 naskhah cetakan pertama sudah pun bertuan. Jom dapatkan cetakan kedua. Siapa cepat dia dapat 😁
🔥 Maharnya senaskhah ialah RM 30 sahaja.
📲 Berminat?
Jom tempah sekarang.
http://www.wasap.my/60133984317/BukuNotaAsasSorof
http://www.wasap.my/60133984317/BukuNotaAsasSorof
http://www.wasap.my/60133984317/BukuNotaAsasSorof
24/04/2026
KELAS INTENSIF BAHASA ARAB BULAN MEI 2026
أَهْلًا وَسَهْلًا •
Jom bersama sertai Kelas Intensif Bahasa Arab. Sesuai disertai oleh mereka yang sudah ada asas Bahasa Arab.
Dipersilakan ajak kawan, keluarga, jiran dll bersama.
Matlamat kami adalah membantu seramai mungkin belajar dan faham Bahasa Arab khususnya memahami ayat Al-Quran.
Pendaftaran (Whatsapp) : 013-398 4317 (Pn. Amalina)
KELEBIHAN PROGRAM KAMI
✅ Terbuka kepada semua lapisan umur
✅ Mesra dewasa
✅ Modul dan teknik khas untuk mudah belajar, ingat dan faham
✅ Menggunakan modul diagram, zikir dan nota
✅ Tiada peperiksaan dan kerja rumah
✅ Pendekatan Santai Tapi Dapat!
KEPERLUAN YG PERLU DIBAWA
Bawa alat tulis sahaja.
Insya-Allah tuan/puan akan rasa mudah belajar Bahasa Arab 🤗
Semoga bermanfaat untuk agama dan ummah insya-Allah.
21/04/2026
THROWBACK RAYA
Berlangsungnya kelas Bahasa Arab bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi medan menyemai ukhuwah dan kebersamaan.
Setiap huruf yang dilafazkan, setiap makna yang difahami, seakan merapatkan lagi hati-hati yang hadir. Di sini terbentuk sebuah perjalanan yang lebih daripada sekadar pembelajaran.
Jamuan Raya Tahunan menjadi saksi betapa eratnya hubungan yang terjalin. Gelak tawa bersilih ganti, hidangan dikongsi penuh syukur, dan setiap detik terasa begitu hidup.
Hubungan antara guru dan pelajar bukan sekadar di dalam kelas, ia berkembang menjadi ikatan yang rapat, dipenuhi rasa hormat, kasih sayang, dan keikhlasan. Guru mendidik dengan hati, pelajar menerima dengan penuh adab—lalu terjalinlah sebuah keakraban yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Semoga segala yang terbina ini tidak terhenti di sini. Moga ukhuwah ini terus mekar, melangkaui masa dan ruang, hingga akhirnya dipertemukan kembali dalam keindahan yang abadi. Semoga kebersamaan ini berkekalan… hingga ke syurga.
Salam kasih sayang ABRAZ kepada semua 🫰🥰🌹
20/04/2026
Di zaman yang penuh pancaroba ini, semuanya terasa cepat… cepat tersentuh, cepat melatah, cepat nak membalas.
Kena sindir terus mahu membalas, terluka sedikit terus ingin membuat orang lain rasa sama.
Namun cuba kita renungkan sejenak…
“Jika kita membalas keburukan dengan keburukan, sampai bila semua ini akan berakhir?”
Jawapannya… takkan pernah.
Akan sentiasa ada yang membalas, dan terus membalas — tanpa penghujung.
Memilih untuk berhenti bukan tanda lemah. Ia sebenarnya satu kekuatan yang tidak semua orang mampu miliki.
Menahan diri, memilih diam ketika mampu membalas, dan membalas keburukan dengan kebaikan — itulah keberanian yang sebenar.
Mungkin kita tidak mampu mengubah dunia sekaligus, tapi kita mampu mulakan perubahan itu dengan diri sendiri.
Hari ini, biarlah kita jadi orang yang memutuskan rantaian keburukan itu.
14/04/2026
[ TESTIMONI ]
Alhamdulillah wassyukrulillah 🤩
Syukur Allah limpahkan kefahaman. Kami hanya berusaha menyampaikan ilmu dengan teknik "Santai Tapi Dapat!" Selebihnya Allah jualah yang memberikan kefahaman kepada semua para peserta.
Peserta berusaha belajar bersungguh-sungguh dan fokus belajar niat kerana Allah. InsyaAllah Allah mudahkan dan membantu segala usaha kita. 🤗
Mempunyai kump**an sokongan juga antara kelebihan peserta yang menyertai Program Bahasa Arab ABRAZ ini. Saling berkongsi dan saling membantu mengeratkan lagi hubungan sesama peserta dan juga tenaga pengajar. 💞
Jom kongsi pendapat positif anda bersama kami. Dan jangan lupa share perkongsian ini agar lebih ramai yang dapat manfaatnya InsyaAllah 😍
Hubungi Whatsapp kami 013-398 4317 untuk ketahui maklumat lanjut.
09/04/2026
[ MAJLIS GRADUASI ]
Dengan penuh rasa syukur, satu majlis graduasi telah berlangsung bagi meraikan 14 orang pelajar kelas Nahu Bahasa Arab anjuran Masjid Asy-Syakirin, Puchong Utama.
Para graduan terdiri daripada insan hebat berusia 50-an - 70-an. Usia bukan penghalang untuk terus menuntut ilmu, malah menjadi bukti bahawa semangat mereka luar biasa.
Majlis penuh bermakna ini diraikan dalam suasana santai di restoran nasi Arab Bab Al-Mandab, Cyberjaya. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada tenaga pengajar, Ustaz Adyka Roslan yang membimbing dengan penuh dedikasi.
Dari mengenal jenis kalimah hingga memahami nahu dengan baik, dari usaha ke kejayaan—ini bukan sekadar graduasi, tetapi perjalanan penuh inspirasi.
Berikut senarai peserta :
1. Norazah binti Abd Aziz
2. Zaleha binti Nadzri
3. Rohana binti Abd Rahman
4. Ghani bin Senik
5. Muhamad Abd Kadir
6. Mohamad Isa bin Samirin
7. Azahary bin Omar
8. Faridah binti Abdul Wahab
9. Muhammad Hanizam bin Borhan
10. Zainab bin Mat
11. Omar bin Mohd Yatim
12. Nik Muhammad Akram bin Nik Abdul Razak
13. Norasikin binti Nassan
14. Mohd Sabre bin Mansor (tiada dalam gambar)
Semoga semangat menuntut ilmu ini terus subur dan menjadi contoh kepada sahabat-sahabat di luar sana. 🌙✨