05/01/2025
Selamat Menduduki Peperiksaan UPKK 2024
Pihak sekolah mengucapkan dan mendoakan Selamat Maju Jaya & Bittaufiq Wannajah kepada semua calon UPKK, Sekolah Rendah Agama Denai Alam 2024.
Semoga diberi ketenangan semasa menjawab soalan, dipermudahkan semua urusan dan seterusnya mendapat kejayaan yang cemerlang, in sya' Allah.
19/12/2024
Info Kurikulum & Pentadbiran
*KEPUTUSAN RASMI PSRA 2024*
Daripada : Guru Besar SRADA
Kepada : Semua Ibubapa/Penjaga
Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Islam JAIS telah membuat pengumuman rasmi Keputusan PSRA 2024 pada 19/12/2025 (Khamis). Berikut adalah keputusan rasmi bagi semua calon di sekolah ini :
1. Mumtaz - *48 org*
( ⬆️ 197% )
2. Jayyid Jiddan - *42 org*
( ⬆️ 5% )
3. Jayyid - *17 org*
( ⬇️ 3.46% )
4. Maqbul - *14 org*
( ⬇️ 3.2% )
5. Musaadah - *05 org*
( ⬇️ 8.4% )
6. % Lulus - *96.03%*
( ⬆️ 6.74% )
Sekolah ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua calon PSRA 2024, guru-guru tahun 6, AJK PIBG dan semua ibubapa/penjaga tahun 6 yg terlibat.
*جزاكم الله خير الجزاء*.
16/10/2024
Selamat menduduki Peperiksaan PSRA kepada murid-murid Tahun 6 yang bermula peperiksaan pada 21 Oktober 2024 hingga 25 Oktober 2024.Kami barisan guru-guru SRA Denai Alam mendoakan kesemua calon-calon diberikan ketenangan dan kemudahan untuk menjawab peperiksaan dengan baik dan diganjarkan dengan kecemerlangan.MUMTAZ!!!
“Ya Allah, Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan”
Rabbi Yassir wala tu’assir, rabbi tammim bi khair
Selamat Menduduki Peperiksaan PSRA
30/06/2024
السلام عليكم
INFO : *UJIAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN (USPT) 2024*
Seperti makluman di atas, pihak sekolah akan menjalankan USPT *_bermula 01.07.2024 sehingga 05.07.2024._*
Dengan itu, diharapkan semua pelajar dapat mengulangkaji pelajaran dan menghadirkan diri ke sekolah sepenuhnya. Diingatkan supaya kekal menjaga kesihatan dan diri supaya tiada halangan untuk hadir dan tiada proses kerja yang terganggu.
Ingat❗kejayaan tidak akan datang begolek tanpa usaha yang gigih.
Man jadda wajadda yang berusaha pasti akan berjaya.
❗ *Tiada ulangan untuk menjawab*
_ujian sekiranya tiada surat MC (hardcopy) dari doktor._
❗ *Tiada pinjam meminjam*
_Bawa peralatan menjawab yang lengkap._
❗ *Kelas tambahan Tahun 6 di tangguhkan sementara*
_kelas tambahan akan bermula seperti biasa selepas mggu ujian_
❗ *Waktu balik sepanjang ujian pada pukul 5.35 petang*
Sekian, Terima Kasih 🌸
10/06/2024
🍀السلام عليكم ورحمة الله وبركاته🍀
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN TAHUN 5 & 6 (2024/2025)
📌TARIKH : 11/6/2024
📝HARI : SELASA
⏲️MASA : 2:30ptg-4.30 ptg
⛱️ TEMPAT : DEWAN SRADA
📒 PESERTA TAHUN 5 & 6
PENCERAMAH JEMPUTAN
📌 _EN HARUN B.ABU BAKAR @ CGU JINGGO
22/05/2024
Assalamualaikum..
Dimaklumkan bahawa Nazrul rabbani suami kepada USTAZAH NOOR ZILA (kelas 1 Biruni)telah kembali ke Rahmatullah pada jam 4.45 petang tadi.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan ke atas roh Allahyarham serta dimasukkan ke dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..
Aamin ya Rabb..
01/12/2023
Selamat maju jaya buat anak-anak SRA Denai Alam. Semoga Allah permudahkan, lancarkan sepanjang menjawab peperiksaan. Dan diberi kejayaan yang cemerlang buat anak-anak Amin 🤲
10/11/2023
HEBAHAN
👇👇👇
👉NOTIS SEBUTHARGA TENDER KANTIN bagi sesi 2024 kepada yg berminat.
👉Untuk makluman Borang Tawaran Sebut Harga Tender untuk Kantin boleh diambil mulai hari rabu (15/11/2023) di kaunter Pejabat Sekolah pada waktu pejabat. (8.00pagi-4.30ptg) dengan harga RM30.00
👉TARIKH TUTUP PENGHANTARAN PERMOHONAN ADALAH PADA 31/12/2023.
TERIMA KASIH.
10/11/2023
Makluman Cuti Umum Sempena Perayaan Hari
Deepavali Sesi Akademik 2023/2024
(Rujuk lampiran surat)
Tarikh : 11 - 14 November 2023
Hari : Sabtu - Selasa
Sekolah akan beroperasi semula pada 15 November 2023 (RABU)
05/11/2023
🧑💻Selamat Menjawab Peperiksaan Percubaan UPKK🧑💻
Tarikh: 6/11/2023-10/11/2023
Hari: Isnin - Jumaat
Calon:134 pelajar
🌹Selamat Menjawab dan Semoga murid-murid tahun 5 SRA DENAI ALAM beroleh keputusan cemerlang Percubaan UPKK🌹
08/10/2023
Assalamualaikum w.b.t
Sama-sama kita doakan calon PSRA SRA DENAI ALAM yang menduduki Penilaian Sekolah Rendah Agama 2023 yang bermula pada hari Isnin 9 OKTOBER hingga 13 OKTOBER 2023
Semoga beroleh kejayaan cemerlang(MUMTAZ)buat calon hebat SRADA
Good Luck!!!!