09/05/2026
Seluruh warga Universiti Selangor (UNISEL) mengucapkan takziah kepada YAD Engku Sri Paduka Diraja Raja Dato’ Reza Alhaj bin Raja Dato’ Zaib Shah Alhaj, Pro-Canselor UNISEL atas pemergian Ibunda Almarhumah Raja To’ Puan Hajah Auzah binti Raja Ibrahim.
Almarhumah Raja To’ Puan Hajah Auzah kembali ke Rahmatullah pada 7 Mei 2026 di usia 85 tahun kerana sakit tua.
Jenazah Almarhumah disolatkan di Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang dan telah disemadikan di Makam Diraja Shah Alam.
Al-Fatihah
07/05/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 𝐄𝐗𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐆𝐄𝐌) 𝟎𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐃𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋
Universiti Selangor (UNISEL) terus memperkukuhkan jaringan antarabangsa menerusi penganjuran Majlis Perasmian Program Global Exchange Malaysia (GEM) 03/2026 yang berlangsung di Bilik Seminar Siddiq Fadzil, Perpustakaan UNISEL Kampus Bestari Jaya pagi tadi.
Program anjuran Pejabat Antarabangsa UNISEL ini merupakan sebuah program mobiliti inbound berbentuk summer camp yang menghimpunkan seramai 21 orang pelajar antarabangsa dari Indonesia melibatkan bidang pendidikan dan psikologi. Antara institusi pengajian tinggi yang terlibat ialah Universitas Negeri Malang, STIKes Mutiara Mahakam, STIE Nusantara, STIH Awang Long dan ITKES Wiyata Husada.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Pejabat Antarabangsa UNISEL, Prof. Madya Dr. Hashimah Bt Ismail yang dalam ucapannya menzahirkan penghargaan atas kepercayaan institusi luar negara untuk menjalin kerjasama akademik bersama UNISEL. Beliau turut menekankan bahawa program seperti GEM menjadi platform penting dalam memperluaskan pengalaman global mahasiswa serta memperkukuh hubungan serantau antara Malaysia dan Indonesia.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, En. Hasril Bin Abu Hassan; Pengarah Pusat Sukan dan Budaya, En. Mohd Ikwaniata Bin Taib; Ketua Jabatan Psikologi, Ms. Angela Chan Nguk Fong; serta Timbalan Pengarah IFSF, Ts. Izwan Suhadak Bin Ishak. Wakil daripada institusi Indonesia turut hadir antaranya Dr. Otto Fajarianto, M.Kom. dari Universitas Negeri Malang dan Tuti Meihartati, Ph.D. dari ITKES Wiyata Husada.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Malaysia dan Indonesia sebelum diteruskan dengan ucapan aluan oleh koordinator program serta wakil universiti dari Indonesia. Acara diteruskan dengan sesi simbolik penyerahan lantikan Buddies dan penyerahan kad pelajar kepada para peserta sebagai tanda rasmi penyertaan mereka dalam program tersebut.
Program GEM 03/2026 akan berlangsung selama 14 hari bermula 4 hingga 17 Mei 2026 dengan pelbagai pengisian akademik dan budaya. Antara aktiviti yang dirancang termasuk tiga kursus khusus berkaitan bidang pendidikan dan psikologi, lawatan ilmiah ke Kuala Lumpur, Shah Alam dan Sekinchan serta aktiviti Community Service Responsibility (CSR).
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan UNISEL dalam memperkasakan agenda pengantarabangsaan universiti serta menyediakan platform pembelajaran rentas budaya yang memberi manfaat kepada mahasiswa tempatan dan antarabangsa.
PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
7 Mei 2026
06/05/2026
ANDA LEPASAN SPM/STPM?
MENCARI PROGRAM PENGAJIAN YANG DIIKTIRAF??
JOM MELANJUTKAN PENGAJIAN DI IPT MILIK PENUH KERAJAAN NEGERI SELANGOR 🎓
✨ Insentif Khas:
Subsidi 50% Yuran Pengajian untuk Anak Selangor & Pemastautin.
💰Program Tahun Asas Percuma dengan kelayakan minima lima (5) Kepujian dalam SPM.
👩🏻🎓👨🏻🎓 Program Diploma dengan kelayakan minima serendah tiga (3) Kepujian dalam SPM.
📚 Program Ijazah Sarjana Muda Lulus STPM dengan gred C (NGMP2.00) dengan 2 mata pelajaran.
🏫 Kampus pengajian yang tenang dan suasana mendamaikan.
✨ Belajar dengan lebih tenang, disokong oleh bantuan kewangan yang menyeluruh dan berkesan.
💻 Permohonan kini dibuka:
👉 apply.unisel.edu.my
06/05/2026
Jangan lepaskan peluang keemasan!
Kemasukan belajar ke Universiti Selangor
bagi sesi Ogos 2026 bakal dibuka, menawarkan pelbagai program pengajian tinggi. Ini adalah waktu terbaik untuk semua lepasan SPM, STPM, Diploma, atau setaraf bagi merancang masa depan akademik anda.
Mengapa pilih Universiti Selangor?
Pengambilan Ogos 2026, menyediakan bidang Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Lokasi Strategik, kampus yang dinamik dan memudahkan pembelajaran.
Jom layari
www.unisel.edu.my
06/05/2026
Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pelajar dan ibu ayah kerana memilih
Universiti Selangor bagi pengambilan April 2026 sebagai destinasi pengajian tinggi anda.
Di sini kami komited untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing bersama anda.
Selamat datang ke kampus ilmu, mulakan perjalanan baharu di sini.
Pengambilan Ogos 2026 akan dibuka.
Layari
www.unisel.edu.my
30/04/2026
𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐔𝐃𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐊𝐄-𝟒 𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀
Program Bicara Budiman Siri Ke-4 anjuran Bahagian Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti, Universiti Selangor (UNISEL) telah berlangsung dengan jayanya petang tadi bertempat di Dewan Senat, UNISEL Kampus Bestari Jaya dengan menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk penghulu, ketua kampung sekitar UNISEL, mahasiswa organisasi pelajar, serta warga Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Fakulti Pembangunan Mahasiswa Budiman (FPMB).
Program ini merupakan satu platform intelektual yang bertujuan membuka ruang perbincangan ilmiah, memperkasa pemikiran kritis serta mengukuhkan hubungan antara universiti dan komuniti setempat.
Inisiatif penganjuran program ini digerakkan dengan sokongan Prof. Madya Dr. Hamdan, yang sentiasa komited dalam memperkasa pembangunan mahasiswa melalui pendekatan ilmu dan wacana terbuka. Kehadiran Datuk Dr. Budiman Mohd Zohdi, Felo Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi (IESAD) sebagai panel turut memberi nilai tambah melalui perkongsian pandangan yang bernas dan berimpak.
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai perspektif yang membuka minda, selari dengan keperluan semasa dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks, khususnya dalam aspek pemikiran strategik dan penilaian maklumat.
Penganjuran Bicara Budiman Siri Ke-4 ini juga mencerminkan komitmen UNISEL dalam memperkukuh jaringan komuniti serta melahirkan mahasiswa yang berilmu, berdaya fikir dan berperanan sebagai agen perubahan dalam masyarakat.
Program ini diharapkan dapat diteruskan sebagai platform berterusan dalam membina ekosistem ilmu yang inklusif dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.
PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
30 April 2026
30/04/2026
𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 & 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐑. 𝐏. 𝐒𝐇𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐈 𝐌𝐎𝐔: 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀
Universiti Selangor (UNISEL) pagi ini telah mengadakan sesi pertemuan rasmi bersama delegasi dari Universiti R. P. Shaha, Bangladesh bertempat di Bilik Mesyuarat Pengurusan, UNISEL Kampus Shah Alam.
Program ini berlangsung dalam suasana yang penuh profesional, mesra dan produktif sekali gus mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua institusi dalam memperkukuh hubungan antarabangsa.
Pertemuan ini menjadi platform penting untuk kedua-dua pihak dalam saling bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan potensi kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat bersama, khususnya dalam memperkasa bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan modal insan.
Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk peluang mobiliti pelajar dan staf, program pertukaran akademik, penganjuran program bersama, serta kolaborasi dalam penyelidikan dan inovasi.
Kemuncak kepada pertemuan ini adalah majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang melambangkan kesepakatan dan komitmen jangka panjang antara kedua-dua institusi.
Semoga kerjasama ini akan terus berkembang dan menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat pada masa hadapan, sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan akademik dan jaringan global yang lebih luas.
PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
30 April 2026
30/04/2026
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀
Sumber daripada En. Hasril Abu Hassan, Pengarah Komunikasi Korporat, UNISEL.
Credit: Sinar Harian (Rabu, 29 April 2026)
28/04/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 𝐄𝐗𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐆𝐄𝐌) 𝟐.𝟎 𝟐𝟎𝟐𝟔
Universiti Selangor (UNISEL) hari ini secara rasmi melancarkan Program Global Exchange Malaysia (GEM) 2.0 bagi tahun 2026 dalam satu majlis perasmian yang penuh ukhwah, berlangsung pada jam 10.00 pagi di Bilik Seminar Siddiq Fadzil, Perpustakaan Kampus Bestari Jaya.
Majlis tersebut telah dihadiri barisan kepimpinan universiti yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hashimah Bt Ismail, Pengarah Pejabat Antarabangsa, serta wakil strategik daripada Universitas Negeri Semarang (UNNES) dan STKIP Citra Bakti dengan kerjasama Universitas Persada Indonesia.
Pelaksanaan edisi kali ini merupakan kesinambungan strategik hasil daripada siri lawatan kerja dan program mobiliti yang telah terjalin antara UNISEL dan institusi pengajian tinggi di Indonesia sebelum ini, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa universiti.
Sepanjang tempoh 14 hari program berlangsung, seramai 24 peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah akan mengikuti pelbagai pengisian komprehensif merangkumi aspek akademik dan bukan akademik. Program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk mengenali kekuatan setiap fakulti di UNISEL melalui sesi perkongsian ilmu, selain terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat serta pertukaran budaya bagi mempererat hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Sebagai nilai tambah kepada pengalaman mobiliti ini, satu lawatan khas ke Kuala Lumpur turut dirancang bagi memberi pendedahan kepada peserta terhadap kemajuan serta kepelbagaian landskap ibu kota Malaysia.
Program GEM 2.0 ini bertujuan mewujudkan platform simbiosis yang membolehkan pertukaran kepakaran, di samping memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar melangkaui sempadan bilik darjah. Inisiatif ini juga diharap dapat membuka ruang kepada pembinaan jaringan profesional dan hubungan peribadi yang mampan dalam kalangan peserta.
Dalam ucapan penutup perasmian, Pengarah Pejabat Antarabangsa UNISEL menekankan kepentingan semangat kerjasama yang berterusan, selari dengan kata-kata tokoh ulama Nusantara, Buya Hamka “Tali ukhwah itu lebih kuat daripada segala-galanya, dan dengan kerjasama yang tulus, beban yang berat akan menjadi ringan.”
Diharapkan kerjasama yang berteraskan nilai murni serta profesionalisme tinggi ini akan terus membuahkan hasil yang signifikan dan memberi manfaat berpanjangan kepada seluruh warga UNISEL serta rakan strategik dari Indonesia.
PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
28 April 2026
23/04/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 & 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐅𝐂𝐕𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇, 𝟑𝟑𝟔 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐍
Buat julung kalinya, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Apresiasi Pelajar & Majlis Hari Raya 2026 dalam suasana penuh meriah dan bermakna sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Canselor UNISEL, Kampus Bestari Jaya.
Majlis ini turut menandakan penganjuran kali ketiga Majlis Anugerah Dekan pada tahun 2026, sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik.
Seramai 336 pelajar telah menerima Anugerah Dekan bagi pencapaian membanggakan dengan Purata Nilai Gred (GPA) antara 3.50 hingga 4.00 bagi semester November 2024 dan April 2025 bagi program Pra-siswazah dan Disember 2024, April & Ogos 2025 bagi Program Asas.
Fakulti turut mengiktiraf pelajar yang menyerlah melalui penyampaian Anugerah Terbaik bagi ketiga-tiga Jabatan, sekali gus mencerminkan komitmen FCVAC dalam melahirkan graduan holistik.
Majlis turut mencipta satu lagi pencapaian penting apabila berlangsungnya sesi penyerahan dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara FCVAC bersama tiga rakan industri iaitu Valet Nexaguard Sdn Bhd, Dive Buddy dan Prestige Media.
Kerjasama strategik ini dijangka membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dalam aspek latihan profesional, mobiliti, serta pendedahan kepada dunia industri sebenar.
Melalui kolaborasi tersebut, pelajar bakal menikmati pelbagai manfaat termasuk:
- Pengukuhan jaringan akademik dan industri melalui pertukaran kepakaran terutamanya penyelidikan.
- Pendedahan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman seperti keselamatan dalam air dan fotografi bawah air.
- Peluang memperkasa bakat kreatif serta keusahawanan melalui projek industri dan latihan praktikal.
Menurut Dekan FCVAC, gabungan pembelajaran teori di bilik kuliah dengan pengalaman praktikal daripada industri mampu melahirkan graduan yang bukan sahaja kompeten, malah versatil dalam menghadapi cabaran kerjaya masa kini.
Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan ini turut diserikan dengan persembahan live band oleh pelajar-pelajar cemerlang serta sesi cabutan bertuah selepas jamuan Hari Raya, sekali gus menutup tirai program dalam suasana penuh kegembiraan dan ukhwah.
Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini bukan sahaja mengiktiraf kejayaan pelajar, malah memperkukuh hubungan antara fakulti dan industri dalam usaha melahirkan graduan berkualiti tinggi serta berdaya saing di peringkat global.
PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
23 April 2026
23/04/2026
𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐀𝐂𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝟏𝟎 𝐌𝐈𝐍𝐈𝐓
Universiti Selangor (UNISEL) terus memperkukuh agenda pembudayaan ilmu apabila menganjurkan program Jom Baca Bersama 10 Minit sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, hari ini di Bilik Seminar Siddiq Fadzil, Perpustakaan UNISEL Kampus Bestari Jaya.
Program anjuran Perpustakaan UNISEL dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS) ini merupakan sebahagian daripada inisiatif nasional yang digerakkan oleh melalui Kempen Membaca Kebangsaan: Membaca Membina Bangsa.
Bermula tepat jam 11.00 pagi, warga kampus termasuk pelajar, pensyarah dan staf mengambil bahagian secara serentak di lokasi masing-masing dengan meluangkan masa selama 10 minit untuk membaca bahan pilihan tak kiralah sumber daripada buku ilmiah, novel sehinggalah bahan digital.
Menurut Prof. Madya Dr. Fridelina Sjahrir, Timbalan Naib Canselor Akademik & Penyelidikan UNISEL, kempen ini dilihat sebagai satu platform strategik dalam membudayakan amalan membaca secara konsisten dalam kalangan warga universiti.
“Usaha ini bukan sekadar simbolik, tetapi satu langkah berterusan untuk menyemai tabiat membaca sebagai gaya hidup. Kita mahu melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga berfikiran kritis, luas pengetahuan serta berdaya saing,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Perpustakaan, En. Hafiz Bin Abdul Rahim turut menegaskan bahawa peranan pihak Perpustakaan akan sentiasa menambah baik kemudahan serta memperkasa perkhidmatan agar lebih relevan, kondusif dan memenuhi keperluan warga kampus.
Program ini juga diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti Bicara Buku, Bicara Santai, kuiz interaktif serta sesi fotografi kreatif yang berjaya menarik minat penyertaan dalam kalangan pelajar. Malah, penyediaan e-sijil turut menjadi galakan tambahan kepada peserta untuk menyertai program seumpama ini.
Kempen membaca selama 10 minit sehari yang diketengahkan ini selari dengan aspirasi nasional untuk melahirkan masyarakat berbudaya ilmu dan mencapai status negara pembaca menjelang tahun 2030.
Sebagai simbolik penutup, seluruh warga UNISEL bersama-sama meluangkan 10 minit terakhir dengan membaca dalam suasana penuh fokus dan harmoni, ini membuktikan bahawa perubahan besar mampu bermula dengan langkah kecil yang konsisten.
Program ini jelas mencerminkan komitmen UNISEL dalam memperkasa budaya membaca serta menyokong agenda pembangunan modal insan berilmu di Malaysia.
PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
23 April 2026