Afiq Ismail Nutrition Club

Afiq Ismail Nutrition Club

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Afiq Ismail Nutrition Club, Education, Jalan Jubli Perak 22/1, Shah Alam.

Photos from Afiq Ismail Nutrition Club's post 04/02/2026

"𝐒𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐃𝐢𝐫𝐢 & 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚"

Hai semua, saya nak kongsi cerita untuk kawan-kawan di luar sana yang ada masalah yang sama macam saya.

Latar belakang pekerjaan saya sebagai seorang kerani, banyak duduk dan kurang bergerak.

Semestinya s**a makan juga. Banyak sangat makanan yang sedap-sedap kan.

Pada November 2025, berat badan mencecah 119kg dan mula ada rasa seperti :

1. Susah tidur / tidur lewat malam
2. Kurang bertenaga / selalu mengantuk
3. Kurang fokus / rasa malas
4. Susah bergerak (solat) / cepat penat

Siapa yang ada masalah yang sama?🙋‍♂️🙋‍♀️

👇 Cuba komen dekat bawah

10/09/2023

Bagaimana Untuk Tenang.

Setiap kita mendambakan kebahagiaan. Bahagia adalah suatu perasaan yang lahir dari hati yang tenang dan tenteram. Ketenangan dan ketenteraman hati itu adalah anugerah daripada Allah. Firman Allah SWT;

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

“Dialah yang menurunkan Sakinah (ketenangan) ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Fath: 4).

Sakinah bermaksud ketenangan, kedamaian, ketenteraman, keamanan dan rahmat. Ketenangan itu adalah anugerah Allah untuk mukmin yang taat dan akur kepada syariat Allah.

Jiwa yang tenang dan tenteram ini akan menyuburkan rasa kebahagiaan pada seseorang. Dari jiwa yang tenang, seseorang itu bersedia menerima ujian serta beban yang berat dengan hati yang kukuh. Jiwa yang tenang sentiasa redha dalam apa juga ujian yang dilalui, imannya menjadi bertambah dan keyakinannya menjadi sempurna.

Antara cara memperoleh ketenangan dan ketenteraman;

1. Sentiasa Mengingati Allah

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram”. (Ar-Ra’d : 28)

Ketenangan hati akan timbul jika manusia dapat berzikir mengingat kebesaran Allah, tanda-tanda kekuasaan Allah, dan juga betapa banyak nikmat Allah yang diberikan kepada kita.

2. Solat Mendekatkan Diri Kepada Allah

Jadikan solat lima waktu dan solat sunat sebagai pengikat dan penghubung kita dengan Allah. Apabila kita solat, kita akan berusaha dan benar-benar menyerahkan diri pada Allah. Firman Allah;

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَٰشِعِينَ ٤٥

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (al-Baqarah: 45)

Rasulullah SAW menjadikan solat sebagai penghibur dirinya.

وَجُعِلَتْ قُرَّةَ عَيْنٍ فِيْ الصَّلَاةِ

“dan telah dijadikan penghibur (penghias) hatiku (kebahagiaanku) pada solat.” (HR. An-Nasai [7/61] no. 3939 Status Sahih)

Dari sahabat Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Bila kedatangan masalah, Nabi SAW mengerjakan solat.” (HR. Ahmad [5/388] Status Hasan

3. Membaca Al-Quran

Al-Quran sebagai penyembuh dan penenang jiwa. Firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu (al-Quran) dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada (hati manusia) dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus, ayat 57)

4. Jauhi Maksiat

Kebaikan dan ibadat yang dilakukan menjadi penyebab ketenangan jiwa. Perbuatan maksiat menjadi penyebab jiwa gelisah dan tidak tenteram. Nabi SAW bersabda:

الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ

Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu. (HR Ahmad No: 18006)

5. Banyakkan Berdoa

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung dari cengkaman hutang dan penindasan orang.” (HR Abu Daud, no. 1555)

Afiq Ismail
Bahagia itu adalah suatu ketenangan.

Photos from mudahnya_ngajiquran's post 24/07/2023

Alhamdulillah.

Sepanjang 2 hari berbengkel, kami peserta didedahkan tentang isu-isu berkaitan pembelajaran anak istimewa belajar Al Quran dan Solat (Fardhu Ain). Dibentangkan kaedah dan teknik yang sesuai digunakan untuk anak yang menghadapi masalah pembelajaran ini.

Realitinya kini, kita yang terlepas pandang. Anak-anak istimewa, mereka juga punya hak untuk beragama dan beribadah.

Selalu kita lupa, kekurangan diri mereka pada penilaian kita sebenarnya anugerah dari Allah.

Firman Allah :
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka p**a memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (Ali-'Imran:191)

Semoga bermanfaat ilmu yang diterima ini untuk dikongsi bersama masyarakat. Amin.

Afiq Ismail.
Kita manusia sama saja.




21/06/2023

✨️JUN 2023✨️

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5)

“Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran qolam (pena). Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (QS. Al ‘Alaq: 1-5).

______________________________________________

📚 ASSALAMUALAIKUM W.B.T 📚

PERSONAL/HOME TUTOR (INDIVIDU/BERKUMPULAN)

Kawasan KUALA LUMPUR/SHAH ALAM.

1. Kelas Bimbingan ASAS dan TAJWID Al Quran Menggunakan kaedah :-

》AL HIRA'
》IQRA'
》MUQADDAM

2. Terbuka kepada semua peringkat umur. ( Dewasa / Remaja / Kanak-kanak )

3. Waktu pengajian, tekan link di bawah :-

https://www.signupgenius.com/go/10C084CA4A82FA5F4CE9-baca

https://www.signupgenius.com/go/10C084CA4A82FA5F4CE9-baca

https://www.signupgenius.com/go/10C084CA4A82FA5F4CE9-baca

4. Sesi Pengajian : Minima 1 jam.

5. Yuran : Perjam/Jarak = RM50 - RM100

______________________________________________

SEBARKAN KEPADA SANAK SAUDARA / JIRAN TETANGGA / KENALAN YANG BERMINAT.

TERIMA KASIH.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Jalan Jubli Perak 22/1
Shah Alam
40300