Wakaf Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Hikmah - Denai Alam

Wakaf Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Hikmah - Denai Alam

Share

Wakaf ini adalah bertujuan untuk Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Hikmah

21/05/2024

Assalamualaikum wbt.

Tuan/puan yang dirahmati Allah.
Mahaad Tahfiz Darul Hikmah (MTDH) merupakan Amil zakat yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).
MTDH mengalu-alukan pembayaran zakat daripada tuan/puan.
Pembayaran zakat ini sedikit sebanyak membantu pelajar kami yang memerlukan. Tuan/puan boleh klik link whatsapp di bawah untuk pembayaran zakat๐Ÿค—
Kami menerima:

โœ… Zakat Simpanan
โœ…Zakat Perniagaan
โœ…Zakat Emas
โœ… Zakat Perak

untuk pembayaran zakat sila tekan link di bawah
https://www.wasap.my/+60184078898/ZAKAT

05/10/2023

Ramai yang menganggap dirinya masih belum cukup layak untuk membayar zakat tetapi pada hakikatnya setelah membuat pengiraan, haulnya sudah mencukupi dan wajib untuk membayar.

Ambil tahu tentang kewajipan zakat hari ini agar tidak menyesal di kemudian hari. Kirakan zakat anda di

https://app.herepay.org/tahfizdarulhikmah/ZAKATMTDH-2023

JOM BAYAR ZAKAT DENGAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HIKMAH (MTDH) - MAAHAD TAHFIZ DARUL HIKMAH - HerePay 04/10/2023

Ada zakat lain yang perlu ditunaikan selain zakat fitrah??

Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

Zakat fitrah antara yang paling 'familiar' di kalangan semua umat Islam di Malaysia kerana masing-masing berpusu-pusu untuk membayar di bulan Ramadhan. Tapi masih ramai yang tidak mendalami kewajipan menunaikan zakat harta yang mempunyai banyak pecahan seperti zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat emas dan sebagainya.

Jom ambil tahu tentang jenis zakat harta agar anda dapat menyempurnakan kewajipan zakat anda bermula hari ini.

JOM BAYAR ZAKAT DENGAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HIKMAH (MTDH) - MAAHAD TAHFIZ DARUL HIKMAH - HerePay KUTIAPAN ZAKAT INI MEMBANTU KAMI SEMUA DI MTDH IN SHAA ALLAH

JOM BAYAR ZAKAT DENGAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HIKMAH (MTDH) - MAAHAD TAHFIZ DARUL HIKMAH - HerePay 25/09/2023

Kewajipan berzakat tertakluk kepada individu. Untuk suami yang berkerja wajib berzakat bagi dirinya dan keluarga, untuk isteri yang berkerja wajib berzakat buat dirinya sahaja.

Maka, suami dan isteri hendaklah mengira sama ada pendapatan tahunan masing-masing wajib dizakatkan atau tidak.

Cara kiraan ๐ณ๐š๐ค๐š๐ญ ๐ฌ๐ฎ๐š๐ฆ๐ข (๐Ÿญ ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ) gaji ๐—ฅ๐— ๐Ÿฐ,๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป
Pendapatan Kasar Tahunan - Had kifayah (ketua keluarga + pasangan + anak + kos penjagaan anak) + caruman KWSP tahunan
contoh:
RM50,400 - [ (RM14,580 + RM4,944 + RM2,100 + RM3,960) + RM5,544 ] = RM19,272.00
*๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‡๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ฏ ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฏ๐Ÿฌ๐Ÿฏ๐Ÿฑ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ

Cara kiraan ๐˜‡๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ untuk gaji ๐—ฅ๐—  ๐Ÿฏ,๐Ÿฒ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป
Pendapatan Kasar Tahunan - Had kifayah [ketua keluarga (dirinya sendiri) ]+ caruman KWSP
RM43,200 - [ RM14,580 + RM4,752 ] = RM23,868.00
*๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต๐—ถ ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ฏ. ๐—ช๐—”๐—๐—œ๐—• ๐˜‡๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ฅ๐— ๐Ÿฑ๐Ÿต๐Ÿฒ.๐Ÿณ๐Ÿฌ

Tunaikan tanggungjawab berzakat bersama Lembaga Zakat Selangor. Setiap sen sumbangan mampu mengubah asnaf fakir dan miskin di negeri Selangor.

Ayuh bersama kami โ€” tunaikan zakat melalui:

JOM BAYAR ZAKAT DENGAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HIKMAH (MTDH) - MAAHAD TAHFIZ DARUL HIKMAH - HerePay KUTIAPAN ZAKAT INI MEMBANTU KAMI SEMUA DI MTDH IN SHAA ALLAH

JOM BAYAR ZAKAT DENGAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HIKMAH (MTDH) - MAAHAD TAHFIZ DARUL HIKMAH - HerePay 21/09/2023

Edisi "Sembang Zakat" minggu ini;

S: "Ustaz, berapa kadar yang dikenakan jika saya nak bayar Zakat Emas?"

J: "Kadar Zakat Emas adalah 2.5% berasaskan tahun Hijrah.
Emas Perhiasan Wanita ( ุงูŽู„ู’ุญูู„ูู‘ู‰ );

Iaitu emas yang digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan sekali-sekala atau berterusan. Emas perhiasan wanita wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi โ€˜uruf(adat kebiasaan). Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa).
Kiraan Zakat Emasa Perhiasan Wanita:

[(Berat emas โ€“ Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
(900 gram โ€“ 800 gram) x RM144.38 = RM14,438 x 2.5% = RM360.95
Emas Bukan Perhiasan ( ุบูŽูŠู’ุฑูุงู„ุญูู„ูู‘ู‰ );

Iaitu emas yang dimiliki bukan untuk tujuan perhiasan sama ada dalam bentuk matawang, jongkong, tempa, barang kemas dan seumpamanya.

Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan wanita. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.

Kiraan Zakat Emas Bukan Perhiasan:
Timbangan emas x harga semasa x 2.5% = Jumlah Zakat
100 gram x RM144.38= RM14,438 x 2.5% = RM360.95

Tunaikan zakat anda bersama kami boleh tekan link dibawah :

JOM BAYAR ZAKAT DENGAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HIKMAH (MTDH) - MAAHAD TAHFIZ DARUL HIKMAH - HerePay KUTIAPAN ZAKAT INI MEMBANTU KAMI SEMUA DI MTDH IN SHAA ALLAH

18/09/2023

Masih belum terlambat untuk melunaskan ๐—ค๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ญ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜.
Cara kiraan Qada Zakat:
Anggaran harta tahun terdahulu yang melebihi kadar nisab zakat tahun berkenaan X 2.5% = ๐‘๐Œ++
Contoh:๐Ÿ‘‡๐Ÿป
Anggaran Nilai Harta 2017 = RM30,000
Nisab Zakat (Julai - Disember 2017) = RM14,857
Jumlah wajib zakat
RM30,000 X 2.5%
= ๐—ฅ๐— ๐Ÿณ๐Ÿฑ๐Ÿฌ
Tunaikan zakat anda bersama kami boleh tekan link dibawah :

https://app.herepay.org/tahfizdarulhikmah/ZAKATMTDH-2023

14/09/2023

Sebanyak RM5.5 Juta telah berjaya disalurkan kepada 2,389 penerima untuk bantuan hutang keperluan hidup pada tahun 2022. Terima kasih Warga Selangor kerana zakat anda mampu membantu mereka menyelesaikan kesulitan hidup mereka.

Mari bersama-sama berbagi rezeki di https://app.herepay.org/tahfizdarulhikmah/ZAKATMTDH-2023 untuk membantu lebih ramai asnaf diluar sana. Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka.


Photos from Wakaf Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Hikmah - Denai Alam's post 08/09/2023

PROGRAM SEMAKAN MAKLUMAT ASNAF ZAKAT ZON SEMENYIH DAERAH HULU LANGAT

Program kemaskini dan semakan Zon Semenyih diadakan di Masjid Bandar Rinching, Semenyih.

3 kariah lain yang turut sama terlibat adalah Masjid Raja Muda Musa, Masjid Jamek Kg Pasir dan Masjid Rinching Hulu dan seramai 250 Ketua keluarga telah dijemput.

Program kemaskini kali ini, dibuat terus melalui sistem portal Asas 2.0. Melalui sistem ini, selain mempercepatkan proses kemaskini dan adangan bantuan semasa, ia juga boleh terus disokong serta diluluskan serta merta.

Antara objektif lain program ini adalah untuk menyemak semula kelayakan asnaf fakir miskin, berdasarkan Had Kifayah baharu yang telah dilaksanakan bermula 1 Julai yang lalu. Dengan semakan ini juga dapat mengemaskini kadar bantuan yang diterima betul mengikut tanggungan yang sebenar.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, termasuklah, Penolong Amil Kariah dan pihak masjid.
Kredit : Team Operasi agihan Daerah Hulu Langat.



07/09/2023

06/09/2023

Apa tu Had Al-Kifayah? Kenapa anda perlu ambil tahu tentang Kadar Had Al-Kifayah dalam kehidupan harian?

Kadar Had Al-Kifayah ialah menentukan garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Kadar Had Kifayah ini sentiasa berubah mengikut penentuan yang akan disemak setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor.

Namun, dalam penentuan Asnaf Fakir Miskin, terdapat perkara lain yang juga dipertimbangkan oleh pegawai LZS. Nak tahu lebih lanjut berkaitan Had Al-Kifayah bagi penerima atau pembayar?

Layari https://www.zakatselangor.com.my/agiha.../kadar-had-kifayah/ untuk maklumat lanjut.

Boleh buat pembayaran dibawah :

https://app.herepay.org/tahfizdarulhikmah/ZAKATMTDH-2023

05/09/2023

Celik Syariah Zakat | Siri 06

Sering kali timbul persoalan apabila berlakunya urusan pembahagian harta pusaka (tunai) kepada warisnya, adakah perlu waris tersebut menunaikan zakat setelah terima pembahagian masing-masing?

Jom kita teliti 'case-study' ini;
Situasi: Arwah sudah zakatkan hartanya pada tahun 2023, kemudian beliau meninggal dunia tahun yang sama. Pembahagian harta pusaka (faraid) juga telah diterima oleh waris pada tahun yang sama.

Persoalannya, adakah waris juga perlu bayar lagi zakat harta yang diterimanya?

Jawapan: Perlu bayar zakat tersebut pada tahun semasa.

https://app.herepay.org/tahfizdarulhikmah/ZAKATMTDH-2023

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

22, U16/H, Denai Alam
Shah Alam
40160

Opening Hours

Tuesday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30