Kelas Cookies, Kek Dan Roti Shah Alam

Kelas Cookies, Kek Dan Roti Shah Alam

Share

Menganjurkan kelas masakan secara
> Kelas secara praktikal
> Kelas demo
> Kelas zoom
> FB live group
> Pjj resepi percuma

05/04/2022

Kuih Abuk-Abuk Sagu
Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

* 300 gram sagu biji
* 1 cwn gula melaka atau gula merah
* 1⁄2 biji kelapa parut (bahagian lembut sahaja)
* Daun pisang (dipotong segi empat sama)
* Garam secukup rasa
* Lidi untuk sematan(kerat kecil)
* 2 lembar daun pandan (untuk air kukusan)
Cara membuatnya :

1.Bilas sagu dengan air bersih dan toskannya
2.Campurkan biji sagu dengan kelapa dan garam, gaul sehingga rata
3.Bentukkan daun pisang seperti kon ais krim untuk dibuat kelongsong
4.Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kon hingga separuh
5.Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah
6.Masukkan campuran biji sagu tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh, tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
7.Lipatkan kelonsong daun pisang dan cucuk batang lidi untuk sematan
8.Kukus selama 30~40 minit
9.Sedia untuk dihidangkan

Lipatkan kelonsong daun pisang dan cucuk batang lidi untuk sematan
Kukus selama 30~40 minit
Sedia untuk dihidangkan

04/04/2022

Resepi Kek Pandan Bersantan

BAHAN-BAHAN
5 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
200 ml santan
2 sdb susu pekat
1 sdb serbuk penaik
1 sdb ovalette
Emulco pandan
Pewarna hijau

CARA PENYEDIAAN
1. Putar telur dan gula sampai kembang.
2. Masukkan susu, ovalette dan putar lagi sehingga adunan kembang dan menjadi gebu.
3. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik dan masuk sedikit demi sedikit. Kalau nak kaup balik pun boleh.
4. Akhir sekali masukkan santan dan emulco pandan, pewarna hijau dan sebatikan.
5. Letak adunan di dalam loyang size 8×8. Panaskan oven 5-10 minit, bakar pada suhu 160 selama 40 minit bergantung pada oven masing-masing. 6. Selamat mencuba.

03/04/2022

Resepi Biskut Bijan

BAHAN-BAHAN
1kg tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan susu Nespray
2 sdb minyak sapi
3 sdb bijan hitam
1 cawan gula aising
Minyak jagung secukupnya sehingga adunan boleh dibentuk

CARA PENYEDIAAN
1. Ulikan kesemua bahan tadi sehingga menjadi adunan.
2. Masukkan adunan ke dalam bekas adunan biskut, supaya ada bentuk.
3. Bakar dalam ketuhar api atas dan bawah selama 15-20 minit.
4. Taburkan susu selepas selesai dibakar. Siap dan boleh dihidang.

02/04/2022

Resepi Puding Tembikai Homemade

BAHAN-BAHAN
3 keping roti putih dipotong bahagian tepi dan dipotong kecil.
1 tin susu cair
4 sdb susu pekat manis
1 biji telur gred A
10 gm serbuk agar-agar
4 sdb gula pasir
1 sdk esen vanilla
Pewarna warna merah dan hijau

CARA PENYEDIAAN
1. Kisar roti putih, susu cair, susu pekat manis bersama telur.
2. Masukkan 2 cawan air di dalam periuk. Panaskan dan masukkan serbuk agar-agar dan gula kacau hingga larut.
3. Masukkan esen vanila dan bahan-bahan kisar. Bahagikan kepada tiga bekas.
4. Sediakan loyang bulat, basahkan loyang supaya mudah untuk dikeluarkan nanti.
5. Tuangkan adunan hijau, diikuti putih dan merah. Sejukkan dalam peti sejuk. Potong dan letakkan coklat chip utk bijinya.

01/04/2022

Resepi Kuih Bakar Daging

BAHAN-BAHAN
BAHAN A (INTI)
250 gm daging dicincang halus
1 1/2 sudu besar rempah daging
1 labu bawang besar dicincang
Sedikit daun sup
Garam secukup rasa

BAHAN B
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair
3 cawan air
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/marjerin

CARA PENYEDIAAN
1. Untuk intinya, panaskan kuali dan letak 1 sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga kekuningan.
2. Masukkan rempah dan goreng sampai wangi.
3. Kemudian masukkan daging dan masak sehingga kering.
4. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
5. Untuk adunan tepung, pukul telur hingga kembang. Masukkan semua bahan cecair, susu dan air. Kacau sampai rata.
6. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.
7. Letak sedikit pewarna kuning dan sedikit garam.
8. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini menjadi 3 kuih bakar.
9. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan di atas dapur, letakkan 1/2 sudu besar minyak sapi atau marjerin. Panaskan.
10. Apabila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan. Biar kira-kira satu minit, kemudian sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan. Mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan.
11. Bila nampak garing pada tepi-tepi kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 darjah dan bakar guna api atas sahaja selama 15-20 minit.
12. Dengan menggunakan pisau, keluarkan kuih ketika masih panas.
13. Siap dan boleh dimakan. Hidang bersama sos cili.

01/04/2022

Resepi Ikan Kacang Sweet Sour

Bahan-bahan:
Ikan Kacang saiz besar dipotong –potong
½ botol sos cili
1 sudu besar sos tiram
4 ulas bawang merah – potong nipis
3 ulas bawang putih – ketuk dan cincang
Halia – dipotong halus
1 biji nenas saiz kecil – bahagi 2, 1 bahagian dipotong dadu, 1 bahagian lagi dipotong halus (racik)
Sedikit timun, buang biji dan empulur dan dipotong panjang
Sedikit kobis bunga
Sedikit capsicum dipotong dadu
1 biji bawang besar holland dibelah
1 sudu besar Chili flakes
Tepung jagung
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Sediakan sos terlebih dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih sehinga wangi.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, dan sedikit air. Masukkan juga chili flakes dan nenas yang diracik. Masak seketika supaya nenas tu lembut. 4. Tambah air jika nak kuah lebih.
5. Masukkan baki nenas, dan bahan-bahan sayuran lain dan masak seketika sehingga agak lembut. Akhir sekali masukkan sedikit bancuhan tepung jagung dan air untuk memekatkan kuah.
6. Ikan dibersihkan dan lumur sedikit garam. Bila nak goreng, golek kan atas tepung jagung atau tepung gandum dan goreng dalam minyak yang banyak (deep fried) sehingga masak. Ketepi kan.
7. Bila nak makan baru curahkan kuah keatas ikan yang digoreng tadi.

31/03/2022

Resepi Lala Masak Hoisin

BAHAN-BAHAN
750 g lala
1 tangkai daun bawang
3 inci halia
1 labu bawang putih
4-5 sudu besar sos hoisin
1-2 tangkai cili merah
1 sudu besar tepung jagung
Garam mengikut citrasa

CARA PENYEDIAAN
1. Cuci lala sehingga air rendaman dia menjadi jernih. Tak ada pasir dan tak ada lumpur. Hanya cuci berulang kali sehingga bersih.
2. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau wangi.
3. Masukkan cili dan sos hoisin.
4. Selepas masukkan sos hoisin, terus masukkan lala dan gaul. Tak perlu masukkan air. Nanti lala tu akan mengeluarkan air. Masak dalam 5 minit sampai kulit lala dah tak ada warna kelabu.
5. Kemudian boleh pekatkan kuah yang terhasil dengan bancuhan air tepung jagung. Gaul sehingga kuah menjadi pekat. Siap!

31/03/2022

Resepi Legend Pesamah Daging

BAHAN-BAHAN
300gm daging
2 sudu rempah kari
1 inci halia
1 sudu serbuk cili
1 sudu teh kerisik
1 sudu teh asam jawa
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula kabung
200 ml santan
6 ulas bawang putih
6 biji bawang merah (kecil)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

CARA PENYEDIAAN
1. Tumis bawang merah yang dihiris. Kemudian tumis kayu manis, bunga lawang dan daun pandan.
2. Kisar bawang putih, halia, dan bawang merah sampai halus. Tumis bawang yang dah dikisar sampai keperangan-perangan dan berbau wangi.
3. Masukkan rempah kari dan serbuk cili atau cili boh dan masukkan daging.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Tambah air dan reneh sampai daging empuk.
5. Masukkan gula Melaka atau gula kabung, kerisik, pes asam jawa, santan kotak dan tambahkan air. Reneh sampai semuanya sebati dan rasanya mesra.
6. Siap dan boleh dimakan bersama sambal belacan.

31/03/2022

Resepi Air Detox

Bahan-bahan
Lemon
Biji Selasih
Daun Peppermint
Asam boi
Longan
Air Sprite

Cara-cara
1. Masukkan daun peppermint dan lemon ke dalam balang.
2. Hancurkan bahan-bahan di dalam balang.
3. Masukkan asam boi, ais batu.
4. Masukkan air dan buah longan.
5. Masukkan air sprite.
6. Masukkan biji selasih.
7. Kacau air detox hingga sebati.

21/02/2022

Resipi Mac & Cheese

Bahan-bahan:
2 cawan makaroni
2 cawan susu fresh cream
1 cawan serbuk cheese
4 keping cheese

Bahan hiasan:
Daun parsley
Chili flakes

Cara-cara penyediaannya:
1. Dalam periuk kesayangan bubuh makaroni yang dah dibasuh bersih. Tuangkan susu dalam periuk. Hidupkan api.
2. Tuangkan ½ cawan air kosong.
3. Masak sampai makaroni jadi lembut. Gunakan api kecil ya.
4. Ok makaroni kita dah masak lembut. Pastikan masih ada baki susu dalam secawan dalam periuk tu. Matikan api.
5. Letakkan serbuk cheese dalam periuk panas kita tadi. Gaulkan rata. Boleh beli di kedai bahan bakeri. Tanya di kaunter ”wedges cheese powder”, beli yang tak pedas untuk anak anak makan.
6. Dah sebati, letakkan keju keping tadi. Gaulkan lagi sampai cheese cair sekata.
7. Hiaskan dengan daun parsley. Kalau takde pun takpe. Kalau nak pedas tabur chili flake.
8. Tadaaaa. Hidangkan pada anak-anak. Perghhh dah macam makan di cafe dah. Tabur chili flake biar pedas pedas manja.

21/02/2022

Resepi Kek Span Oren

4 biji telur gred b
130g tepung naik sendiri
120g gula halus @ kastor (saya tak s**a manis.. So saya dah kurangkan s**atan gula)
20g tepung jagung
1 sudu besar ovalet
1/2 cawan susu segar + 2 sudu besar emulco oren (bancuh 2 bahan ni tambah sikit pewarna oren)

Mix bahan diats hingga kembang dan gebu... Dah nampak gebu masukkan minyak jagung 1/2 cawan kaup balik je ye hingga sebati

Kek ni saya guna loyang saiz 8 inci..Bakar selama 40minit-1 jam suhu 160-170°c ikut oven masing2 ye.. Setiap oven pembakaran tak sama..

Selamat mencuba..

21/02/2022

RESEPI RENDANG ITIK

BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik |potong 12
1 kilo santan

BAHAN A :
20 biji cili api
5 sudu cili boh
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 batang serai

BAHAN B
5 batang serai |diketuk
2 asam keping
3 helai daun kunyit |dicarik carikkan
1 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa
Gula merah secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Itik dibersihkan, disalai .
2. Kemudian itik itu dipotong 12 dan dimasukkan kedalam kuali.
3. Bahan A dikisarkan, kemudian dimasukkan kedalam kuali.
4. Dimasukkan bersama sehelai daun kunyit yang dicarik carikkan.
5. Dimasak sehingga mendidih, kemudian dimasukkan Bahan C.
6. Masak sehingga agak kering.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Shah Alam
40000