08/11/2020
APA ADA PADA NAMA?
Nama memainkan peranan yang penting kerana nama adalah yang akan dipanggil dan mewakili siapakah diri kita. Beberapa perkara perlu diingat berkenaan nama, di antaranya ialah:
1) Anak-anak akan membawa nama tersebut sehingga ke hari tua mereka.
2) Nama juga memainkan peranan penting dalam memberi motivasi kepada diri pemilik nama agar menjadi seindah namanya.
3) Nama negatif memberi gambaran negatif kepada anak-anak.
4) Nama adalah identiti seseorang yang akan merefleksikan siapakah kita.
5) Nama akan hadir terlebih dahulu sebelum kehadiran diri kita dan dengan nama akan terlahirnya gambaran hebat, dan berkaliber.
Anak-anak diberi nama atas beberapa sebab:
1) Diberi nama berdasarkan suasana contohnya bulan kelahiran, tempat kelahiran dan ada juga sempena peristiwa yang berlaku.
2) Bersempena tokoh-tokoh yang dikagumi samada para Rasul, sahabat, ulama, selebriti, teman rapat dan banyak lagi.
3) Nasihat mereka yang lebih arif.
4) Gabungan nama yang indah dan maksud yang sempurna.
5) Selera dan keinginan tersendiri.
Buku ‘24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik’ membincangkan perkara ini secara ‘details’ dalam bab 4 muka surat 15 hingga 20 berkenaan nama-nama yang baik. Tanggungjawab ibu ayah dalam mendidik anak-anak adalah bermula daripada memberikan nama-nama yang baik kepada anak mereka.
Pemilihan nama yang baik adalah merupakan salah satu tanggungjawab penting kepada ibu ayah dengan harapan suasana yang s**ar dan susah pada masa ini tidak memberi efek dan kesan kepada mereka.
Rasulullah SAW pernah berkata kepada seorang sahabat yang menjadi utusan terakhir bagi pihak Muslimin untuk urusan perjanjian damai dengan kaum Quraish sebelum pembukaan Kota Makkah. Nama sahabat tersebut ialah Suhail Bin Amr (Suhail bermaksud mudah). Baginda berkata sambil tersenyum ‘Insya Allah, hari ni urusan kita akan dipermudahkan’. Sungguh bahawa nama yang indah dan baik adalah dis**ai di dalam Islam.
Minggu ni kita tengah sama-sama menelaah bab ini. Jom bersama!!!
---------
Dapatkan e-book '24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik'
Klik di bio
-------------
#
04/11/2020
Alhamdulillah, telah selesai kita membaca bab 3 secara bersama buku .
Insya Allah, esok kita sekali lagi akan meneruskan perbincangan bab 3 buku ini. Ia adalah berkenaan memilih dlm islam.
03/11/2020
JOM JADI ANAK SOLEH
Kita sering menganggap ibu ayah kita adalah ibu ayah yang sama semasa kita mula-mula mengenali mereka semasa kecil. Kita sering melihat mereka sebagai seorang yang boleh menyuruh, s**a menegur apa yang dilihatnya tidak kena kepada diri kita dan membuat apa yang mereka ingini.
Kita jarang tersedar bahawa ibu ayah yang telah berusia adalah sebenarnya insan berbeza dan tidak sama semasa mereka membesarkan kita. Kita kekadang terlupa bahawa ibu ayah (termasuk kita juga nanti) mempunyai sekurang-kurangnya tiga fasa kehidupan:
Fasa awal kehidupan mempunyai anak. Pada fasa ini, mereka mencorakkan kita sebagaimana apa yang mereka kehendaki. Gaya berpakaian, kaedah berkomunikasi, cara hidup, cara makan dan pelbagai lagi. Hinggakan deria rasa pun banyak dipengaruhi oleh deria rasa mereka. Apa yang ibu ayah s**a kita pun sering menyukai benda yang sama.
Fasa membesarkan dan mematangkan anak. Pada fasa ini, kita sudah mula faham makna ‘hendak dan mahu’. Ibu ayah p**a memainkan peranan dalam menentukan ‘penting dan perlu’. Anak-anak telah diberi peluang untuk memilih dan menentukan. Ibu ayah banyak berperanan sebagai teman, kawan dan panduan. Ketika ini ibu ayah sudah mula belajar untuk ‘melepaskan’ dan memberi peluang.
Fasa anak-anak mempunyai kehidupan sendiri. Pada fasa ini, anak-anak sudah mula membina keluarga sendiri mungkin ada yang turut sudah menjadi ibu ayah pada keluarga kecil mereka. Kita mula mempunyai tanggungjawab dan peranan sendiri.
Pada fasa ketiga, ibu ayah sudah benar-benar melepaskan kita untuk memulakan hidup sendiri. Tanpa kawalan dan penentuan lagi. Pada fasa ini juga, kehidupan ibu ayah mula berkurang daripada banyak segi. Tenaga, wang ringgit dan juga kasih sayang. Jika sebelum ini, mereka mempunyai kita sebagai pelengkap namun kini tidak lagi secara sepenuhnya. Ibu ayah adalah insan berbeza pada peringkat ini berbanding masa mula-mula kita mengenali mereka.
Fasa pertama dan kedua adalah fasa ibu ayah memberi kepada kita. Memberi kebahagian, kecukupan dan kesempurnaan kepada kita. Namun fasa ketiga ialah fasa di mana fasa kita untuk memberi kepada ibu ayah. Sungguhpun mustahil untuk menyempurnakan tetapi sekurang-kurangn
02/11/2020
HALAL PIAWAI KEHIDUPAN
1) Halal sebagai indikator dan petanda sesuatu perkara boleh diteruskan.
2) Menjadikan pilihan halal bukan sebagai alternatif tetapi kemestian.
3) Mempasakkan dalam diri sendiri dan anak-anak bahawa yang halal sahaja diterima.
4) Halal adalah jaminan dan halal adalah piawaian.
5) Halal adalah kebaikan dan haram adalah kemudaratan
-------------
30/10/2020
5 TIPS KAWEL GAJET
1) Memanfaatkan fungsi aplikasi kawalan ibu bapa di dalam gajet.
2) Memperuntukkan masa khusus bagi penggunaannya.
3) Kawal penggunaannya jangan dibiarkan seperti wau tanpa tali.
4) Banyakkan keterlibatan mereka pada aktiviti fizikal
5) Kawal ‘availability’ internet dan tentukan hak pemilikan gajet sama ada hanya manfaat atau fizikalnya
-------------
29/10/2020
RASULULLAH SAW SURI TELADAN BAGI IBU AYAH
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21 bermaksud “Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan)”
Di dalam Surah Al-Anbiya’, ayat 107 bermaksud “Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”
Benar Rasullah SAW adalah suri teladan bukan hanya sebagai pemimpin ummah juga sebagai seorang ayah dan orang tua di dalam mendidik anak-anak.
Pernah Rasulullah SAW ketika bersama dengan para sahabat dan anak kecil bernama Al-Fadhl Bin Al-Abbas, baginda pada masa itu diberi minuman dan di sebelah kanannya ialah anak kecil tadi, manakala orang-orang dewasa berada di kiri baginda. Setelah selesai Rasulullah SAW bertanyakan anak kecil tadi sama ada boleh diberikan haknya (kerana berada di kanan) minum tadi kepada orang dewasa dahulu memandangkan yang dewasa berada di kiri baginda (kanan diutamakan sebelum kiri). Jawab si anak kecil tadi ialah ‘tidak’ kerana itu haknya. Rasulullah SAW akur dan memberikan hak si kecil tadi dan kemudian baru yang dewasa mengikutinya (sebagaimana dinukilkan di dalam Al-Bukhari dan Muslim daripada Sahal Bin Saad).
Pengkaji barat bernama Dornbusch, Ritter, Leiderman, Robert dan Fraleigh (1987) di dalam kajiannya bertajuk ‘The Relation of Parenting Style to Adolescent School Performance’ menyokong bahawa kaedah ‘authoritative parenting styles’ iaitu dengan kaedah memberi ruang kepada anak-anak memberi pendapat dan berbincang adalah lebih baik berbanding ‘authoritarian’ (diktator) dan ‘permissive’ (memberi kebenaran/membiarkan).
Benarlah Rasulullah SAW adalah suri teladan yang merangkumi setiap ruang. Sungguhpun tidak dinamakan sebagai ‘authoritative’ namun itulah yang dilakukan Baginda SAW.
Banyak lagi contoh-contoh lain pendidikan Rasulullah SAW dengan anak-anak yang dinukilkan di dalam naskah digital lebih 300+ muka surat buku digital full colour.
Klik link di bawah
www.ibuayah24jam.com
www.ibuayah24jam.com
Mencontohi Rasulullah SAW di dalam pendidikan adalah sebaik-baik usaha,
Selamat berusaha kawan-kawan!
P/s sempena 12 Rabiulawal ini kita nak tawarkan 50 unit dengan harga terbaik.. Jom jom
28/10/2020
Ini antara yang akan kita diskusikan dalam group fb malam esok dlm jam 8.50pm untuk cover bab 2 buku digital `24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik'.....
Nak join jom click link di bio
28/10/2020
Beberapa kaedah utk kita melihat anak-anak. Macam segelas air berisi separuh. Boleh dilihat sebagai separuh kosong atau separuh penuh.
------------
27/10/2020
AMARAH API YANG MESTI DIKAWAL
Amarah ini seperti api, ada ketika senang dan ada ketika susah untuk menyala. Suasana, bahan bakar dan bahan yang dibakar sering kali memainkan peranan kepada kadar kebakaran yang berlaku. Begitu juga dengan amarah, suasana sekeliling, pemarah, orang yang dimarah dan subjek kemarahan adalah faktor penentu darjah kemarahan yang berlaku.
Benar ia s**ar dielak dan mudah sangat untuk berlaku. Keburukannya semua tahu namun ia s**ar dielak.
Walau bagaimanapun ia penting untuk dikawal kerana ia tanpa kawalan boleh mengundang penyesalan tanpa kesudahan.
Antara 5 tips yang mungkin boleh diguna pakai ialah :
Menjauhkan diri daripada suasana atau daerah/kawasan kemarahan berlaku.
Mendiamkan diri atau senyap daripada menuturkan sebarang kata-kata.
Membanyakkan ta'awuz (auzubillahi minas syaitani rrajim) sambil hati menuturkan maknanya.
Mengambil wudhu
Mengelak daripada membuat apa-apa keputusan besar.
Duduk sekiranya sedang berdiri dan baring sekiranya sedang duduk.
Kemarahan adalah satu perasaan alami. Namun sebaik-baik orang yang marah adalah mereka yang dapat menahannya. Firman Allah SWT Dalam Surah Ali 'Imran ayat 134 yang bermaksud
"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang."
-------------
26/10/2020
USAHA DI DALAM MEMBERI
1) Memberi daripada apa yang ada.
2) Memberi daripada apa yang tersayang
3) Memberi apabila mempunyai ruang untuk memberi.
4) Memberi bagi mencukupkan bukan memberi setelah cukup
5) Memberi dan lupakanlah pemberian tersebut, tidak perlu hitung dan tidak perlu diulang sebut.
-------------
25/10/2020
Hikmah Pada Khabib
Malam semalam menyaksikan satu sejarah di mana Khabib Nurmagomedov telah berjaya mengekalkan prestasi tanpa kalah yang ke 29 sepanjang kerjaya fighter MMA (Mixed Martial Art) mengalahkan Justin Gaethja. Sekali gus mengumumkan persaraan sebagaimana janji beliau dengan ibunya pada usia 31 tahun.
Seorang fighter dilatih sendiri oleh ayahnya Allahyarham Abdul Manap yang telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Khabib telah berjanji dengan ibunya bahawa perlawanan malam tadi adalah perlawanan terakhir selepas pemergian ayahnya kerahmatullah.
Seorang anak yang taat kepada ibu bapa dengan mengotakan janjinya biarpun masih baru dan berpotensi untuk terus pergi jauh lagi dalam s**an tersebut.
Syabas Khabib dan ibu ayahnya kerana :
1. Berjaya dalam lapangan yang diceburi.
2. Berjaya meninggalkan lapangan s**an yang tidak patuh syariah.
3. Berjaya menjadi anak soleh yang taat ibu bapa.
4. Berjaya mengikat hati seorang ayah kepada anaknya dengan kejayaan anak adalah juga dari usaha seorang ayah.
5. Kejayaan ibu ayahnya dengan memasak tunjang aqidah Islam ke dalam diri Khabib yang utuh dan kukuh.
Sekali lagi, syabas Khabib
25/10/2020
6 Tips Berkawan Dengan Anak
1) Menyertai mereka dalam aktiviti-aktiviti mereka
2) Menjadi pendengar yang baik bagi setiap mesej yang ingin disampaikan mereka
3) Mementingkan didikan akhlak sebagai asas pendidikan
4) Menghadirkan rasa kasih dan sayang di antara anggota keluarga..
5) Menurunkan ‘wavelength’ ibu ayah agar setara dengan ‘wavelength’ anak-anak
6) Jangan segan untuk menyebut kalimah sayang dan kasih sesama kita.
-------------