Kolej Teratai

Kolej Teratai

Share

Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Sesi 2021/2022
Pejabat Kolej Teratai:- 03 - 5544 3681/ 3620/ 376

06/05/2023

SELAMAT BERJUANG kepada semua atlet UiTM yang akan bertanding di Sukan SEA 2023, Kemboja. Seluruh warga sukan UiTM mendoakan atlet UiTM akan terus cemerlang dan gemilang. Semoga kejayaan milik anda...

Daripada:
Pengarah & Seluruh Warga Pusat Sukan UiTM




21/04/2023

Salam UiTM di Hatiku,
dan Salam Kita UiTM •

✨Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Kediaman Teratai Sesi 2023/2024, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua Mahasiswa UiTM.

Ada kalimah yang tak perlu disampaikan,
Ada juga perasaan yang ridak mampu diucapkan,
Kamu yang jauh tidak pernah ku lupakan,
Salam Aidilfitri, Selamat Menyambut Hari Lebaran.





21/04/2023

Salam UiTM di Hatiku,
dan Salam Kita UiTM •

✨Keratan Akhbar Sinar 21/4/2023.
Projek Raya Aidilfitri Mahasiswa Prihatin✨

Berikut merupakan keratan akhbar Sinar yang memaparkan dan menceritakan program Projek Raya Aidilfitri Mahasiswa Prihatin. Peristiwa yang bersejarah ini akan menjadi kenangan buat seluruh warga UiTM dan kolej kediaman Teratai. Tahniah dan syabas semua✨👍🏼

Sekian Terima Kasih!
Teratai: Mahasiswa Ratna Nusa.

Ikuti kami untuk mendapatkan informasi terkini dan tepat mengenai Kolej Kediaman Teratai.





Photos from Kolej Teratai's post 19/04/2023

Salam UiTM di Hatiku,
dan Salam Kita UiTM •

✨Projek Raya Aidilfitri Mahasiswa Prihatin✨

Program menyampaikan sumbangan ini dijalankan pada 16 April 2023. Kutipan derma daripada seluruh warga UiTM telah pun bermula awal pada 8 April 2023. Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Kediaman Teratai yang diketuai oleh saudara Muhamad Ammar Izzat Bin Azahar selaku Exco Perhubungan JPK Kolej Kediaman Teratai.

Program ini dihadiri oleh Pengarah Pembangunan Pelajar UiTM, Pengetua-pengetua Kolej Kediaman UiTM Shah Alam, Staf Residen Kolej Teratai, Staf pengurusan Kolej teratai, Ahli Jawatankuasa Surau serta wakil 50 kekuarga Asnaf.

Sekian Terima Kasih!
Teratai: Mahasiswa Ratna Nusa.

Ikuti kami untuk mendapatkan informasi terkini dan tepat mengenai Kolej Kediaman Teratai.



Photos from Kolej Teratai's post 15/04/2023

Salam UiTM di Hatiku,
dan Salam Kita UiTM •

✨Program Bersama YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob yang berlangsung pada 14 April 2023. Kami dari seluruh warga Kolej Kediaman Teratai berasa terharu dan bangga atas kunjungan YB. Dato’ Sri di gerai kami di Bazar Mawar. Peristiwa ini akan menjadi kenangan dan sejarah bagi Kolej Kediaman Teratai.

Sekian Terima Kasih!
Teratai: Mahasiswa Ratna Nusa.

Ikuti kami untuk mendapatkan informasi terkini dan tepat mengenai Kolej Kediaman Teratai.



Photos from Kolej Teratai's post 14/04/2023

Salam UiTM di Hatiku,
dan Salam Kita UiTM •

✨Alhamdulillah selesai Sesi Perjumpaan Blok bersama penghuni Kolej Kediaman Teratai Sesi Mac-Ogos 2023. Tujuan utama perjumpaan blok di adakan adalah untuk memperkenalkan dan memaklumkan bilik-bilik ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) pada setiap blok dan kediaman Staf Residen Kolej (SRK). Hal ini adalah untuk menambah pengetahuan penghuni Kolej Kediaman Teratai supaya peka dimana dan siapakah yang berada di blok kediaman yang dihuni untuk memudahkan urusan jika berlakunya kecemasan.

Selain itu, turut diingatkan peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada di kolej kediaman antaranya berkaitan, larangan membawa kenderaan, larangan merokok, dan larangan membuat bising di kolej kediaman.

Sekian Terima Kasih!
Teratai: Mahasiswa Ratna Nusa
Ikuti kami untuk mendapatkan informasi yang terkini dan tepat mengenai Kolej Kediaman Teratai

Photos from Kolej Teratai's post 14/04/2023

Salam UiTM di Hatiku,
dan Salam Kita UiTM •

✨Terima kasih diucapkan kepada semua penderma darah yang hadir dan menyokong program Derma Darah Ramadan dengan kerjasama Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam bersama Pusat Darah Negara. Program yang berlangsung pada 3 & 4 April mendapat sambutan yang sangat luar biasa, penderma darah yang hadir bukan sahaja dari penghuni Kolej Kediaman Teratai, malah turut hadir dan menyokong dari kalangan staf UiTM dan warga luar. Alhamdulillah!

Sekian Terima Kasih!
Teratai: Mahasiswa Ratna Nusa.

Ikuti kami untuk mendapatkan informasi terkini dan tepat mengenai Kolej Kediaman Teratai.




12/04/2023

🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌
Assalamualaikum WBT
Salam sejahtera
Salam UiTM DiHatiku

🔊PROJEK AIDILFITRI MAHASISWA PRIHATIN UiTM 2023🔊

🔊Projek Aidilfitri ini diadakan adalah bertujuan mengumpul sumbangan dari segi wang ringgit mahupun barangan keperluan dapur untuk disalurkan kepada warga komuniti Sekysen 19 yang kurang berkemampuan dalam menyediakan juadah hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal.

🔊Majlis serahan sumbangan akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:

🗓️Tarikh: 16 April 2023(Ahad)
⏰Masa : 6 Petang
🕌Tempat: Surau Hamiddeen Seksyen 19 Shah Alam

🔊Sumbangan dari pihak tuan dan puan adalah seikhlas hati
🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,
Jawatankuasa Perwakilan Kolej(JPK)
Kolej Kediaman Teratai
Sesi 2023/2024
UiTM Shah Alam.










Photos from Kolej Teratai's post 12/04/2023

Salam UiTM di Hatiku,
dan Salam Kita UiTM •

✨Alhamdulillah selesai program Mandat Teratai yang berlangsung pada 21 Mac 2023 di Dewan Platinum Melati. Amanat, nasihat serta pemakluman informasi terkini yang padat dari semua aspek telah disampaikan oleh Pengetua Kolej Kediaman Teratai, Staf Pengurusan Kolej serta Staf Residen Kolej Kediaman Teratai. Terima kasih diucapkan kepada semua siswa penghuni Kolej Kediaman Teratai yang hadir pada malam tersebut. Kami dari pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Kediaman Teratai mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menghadiri program dan kepada semua sekretariat yang menjayakan program ini.

Sekian Terima Kasih!
Teratai: Mahasiswa Ratna Nusa.

Ikuti kami untuk mendapatkan informasi terkini dan tepat mengenai Kolej Kediaman Teratai.

Photos from Kolej Teratai's post 12/04/2023

Salam UiTM di Hatiku,
dan Salam Kita UiTM •

✨Tahniah kepada semua Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Kediaman Teratai Sesi 2023/2024 yang menjayakan program Teratai Union Leadership Initiatives Programme 1 (TULIP 1) yang berlangsung pada 10 Mac - 12 Mac 2023 yang bertempat di Taman Eko Rimba, Bukit Batu Lebah, Jasin Melaka. Tahniah dan Syabas kepada semua JPK kerana berjaya mengharungi aktiviti lasak dan mencabar yang menguji ketahanan diri. Pesanan untuk semua JPK untuk sentiasa ingat "Kau fed up?? Aku lagi fed up!"

Sekian Terima Kasih!
Teratai: Mahasiswa Ratna Nusa .
Ikuti kami untuk mendapatkan informasi terkini dan tepat mengenai Kolej Kediaman Teratai.



Photos from Kolej Teratai's post 12/04/2023

Memperkenalkan barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) ,
Kolej Kediaman Teratai,
Sesi 2023/2024,
UiTM Shah Alam, Selangor





Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Kolej Teratai UiTM
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00