03/05/2026
Ada mesej penting untuk kita semua dari Tuan Guru Sheikh Abu Zaki.
(Part 2)
“..Dan sekarang lah tugas kita sesama kita..
Jadikan diri kita original punya baik, original punya betul.
Minta tolong Allah Taala, minta bantu Allah Taala, minta dipilih Allah Taala
Apabila dah sampai waktunya, kita masih terus dalam group yang baik.
Group yang baik, betul & bagus.
Menjadi ahli yang baik dalam group yang baik,
itu lebih penting lagi.
Kalau sudah sekian lama, banyak orang tiada dalam group yang baik — Alhamdulillah, ramai orang Allah izin dalam group yang baik.
Sekarang dah waktunya — Allah hanya berkehendak yang baik sahaja dalam group yang baik.
Maka kena betul betul jadi baik.
Dalam peringkat peringkat begini,
kuatkan kerohanian kita — dengan banyak banyak dikurangkan dalam sengkela jasmani kita.
Banyakkan puasa sunat,
kurangkan kelazatan makan & minum.
Banyakkan bangun malam,
kurangkan kelazatan rehat & tidur.
Banyakkan baca Al Quran, konsentrasi,
kurangkan kenikmatan lalai & tidur.
Banyakkan dengan Orang Orang Soleh, majlis majlis ilmu, kurangkan berkecimpung dengan orang orang tidak baik.
Nanti yang ada —
mengurangkan kerohanian kita,
mengeruhkan kerohanian kita.
Yang ada, mengembalikkan kerohanian kita.
Allah..
Pada waktu ini — tak sanggup untuk mempunyai kerohanian yang & .
Kuatkan batin kita dengan ibadat ibadat yang boleh kerohanian kita.
Bukan nya berat sangat..
Kalau dulu kita, bangun malam sikit.
Tambah lah lagi 15 minit.
Dulu kalau kita puasa,
bulan terang sahaja 13,14,15..
Sekarang tambahlah 13,14,15
plus 1 senin, 1 kemis.
Jadilah.
Senin kemis, senin kemis, banyak juga.
8 hari juga kan?
Tambah lagi sikit..
Kalau dulu kita sedekahnya 1 minggu RM5 dalam tabung masjid, sekarang tambah sikit lah RM2.
Sebulan tambah RM2..
Sikit pun tambah.
Kalau dulu kita s**a tengok televisyen, sekarang jangan tengok langsung. (Sepatutnya dari dulu tak boleh tengok).
Begitu ye..
Kita perlu bimbingan dari Allah, dan dengan bimbing — dapat kita bimbing anak isteri kita. Dapat bimbing ahli keluarga kita.
Macam mana kalau kita takde bimbingan?
Kita sendiri — rasa macam kita “baikkkkk” sahaja pagi petang siang malam.
Wallahualam.
P/s : Lebih dan kurang, itu terdaya. Afwan sebarang khilaf.
(Maulid | 30 April 2026)