Dana Endowmen UiTM

Dana Endowmen UiTM Merancang strategi dan melaksanakan inisiatif-inisiatif Endowmen. Memantau, mentadbir dan melapor kemajuan Dana Endowmen.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! Unit Endowmen UiTM dengan penuh rasa syukur dan semangat kebersamaan mengucapka...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69!

Unit Endowmen UiTM dengan penuh rasa syukur dan semangat kebersamaan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya keluarga besar Universiti Teknologi MARA!

Tema hari kebangsaan pada tahun ini "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati", membawa makna yang sangat mendalam. Ia menterjemahkan visi negara ke arah mewujudkan sebuah bangsa yang maju, inklusif dan harmoni. Berteraskan gagasan Malaysia MADANI, kemerdekaan sebenar menuntut kita untuk sentiasa menegakkan keadilan, memelihara kebajikan, dan menyuburkan nilai kemanusiaan supaya kesejahteraan hidup dapat dirasai oleh seluruh rakyat tanpa pengecualian.

Semangat saling membantu dan kebersamaan inilah yang menjadi inspirasi pergerakan Unit Endowmen UiTM. Kemerdekaan ini bukan sahaja tentang membebaskan diri, tetapi membebaskan rakan-rakan taulan kita daripada kesukaran melalui budaya menyumbang dan berkongsi rezeki.

Marilah kita terus menghayati makna kemerdekaan dengan semangat perpaduan, kesetiaan, dan kecintaan kepada tanah air tercinta. Bersama kita memperkukuhkan tekad membina Malaysia MADANI yang sejahtera, harmoni dan berdaya maju.

Setiap kejayaan bermula dengan satu peluang. Hari ini, kita berdiri megah sebagai individu yang berjaya membina kerjaya,...
27/08/2026

Setiap kejayaan bermula dengan satu peluang.

Hari ini, kita berdiri megah sebagai individu yang berjaya membina kerjaya, keluarga, dan impian dan sebahagian besarnya adalah berkat ilmu yang ditimba di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Namun, pernahkah kita terfikir bagaimana kita boleh membalas budi Universiti yang telah banyak membentuk diri kita?

Ibarat benang yang ditenun rapi menjadi sebuah karya yang utuh, sumbangan kita apabila digabungkan bersama mampu menganyam masa depan yang lebih cerah buat mahasiswa yang sedang berjuang.

Mari bersama-sama jayakan usaha mulia ini. Sumbangkan ke Dana Endowmen UiTM hari ini!

26/08/2026
"Wahai Muhammad, tidak Kami mengutuskan engkau melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam." (Al-Anbiya': 107).12  Rabiu...
25/08/2026

"Wahai Muhammad, tidak Kami mengutuskan engkau melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam." (Al-Anbiya': 107).

12 Rabiulawal 1448H
"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"

Ayuh kita suburkan sifat Fatanah (bijaksana) dan Amanah baginda dalam setiap aspek pengurusan universiti bagi melahirkan generasi UiTM yang diberkati.Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M buat seluruh warga UiTM.

Hari Yang Dinantikan !!!Biasiswa Endowmen UiTM Kini Dibuka !!! Jangan Lepaskan Peluang Anda !!!Jom rebut peluang mendapa...
17/08/2026

Hari Yang Dinantikan !!!
Biasiswa Endowmen UiTM Kini Dibuka !!!
Jangan Lepaskan Peluang Anda !!!

Jom rebut peluang mendapatkan Biasiswa Endowmen UiTM 2026 untuk pelajar cemerlang bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah dan Pascasiswazah di UiTM.

Permohonan dibuka dari 17 Ogos 2026 hingga 14 September 2026.
Layari page Dana Endowmen UiTM untuk sebarang makluman atau layari https://endowment.uitm.edu.my/.../services/scholarships untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa.





14/08/2026

3 Hari Lagi !!!
Biasiswa Endowmen UiTM Akan Dibuka !!!
Jangan Lepaskan Peluang Anda !!!

Jom rebut peluang mendapatkan Biasiswa Endowmen UiTM 2026 untuk pelajar cemerlang bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah dan Pascasiswazah di UiTM.

Permohonan dibuka dari 17 Ogos 2026 hingga 14 September 2026.
Layari page Dana Endowmen UiTM untuk sebarang makluman atau layari https://endowment.uitm.edu.my/.../services/scholarships untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa.





12 Ogos 2026 I Rabu - Perbincangan Hala Tuju Strategi Endowmen Bersama Fakulti Kejuruteraaan MekanikalSesi perbincangan ...
13/08/2026

12 Ogos 2026 I Rabu - Perbincangan Hala Tuju Strategi Endowmen Bersama Fakulti Kejuruteraaan Mekanikal

Sesi perbincangan ini telah diwakili oleh Professor Ir. Dr. Azli Abd Razak (Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal) yang turut berkongsi pandangan dan cadangan berkaitan peluang, keperluan serta strategi pembangunan endowmen bagi menyokong kecemerlangan akademik dan kelestarian universiti.

Semoga perbincangan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih kukuh, pembentukan strategi endowmen yang berimpak serta penglibatan lebih banyak pihak dalam menyokong agenda kelestarian UiTM.





7 Hari Lagi !!!Biasiswa Endowmen UiTM Akan Dibuka !!! Jangan Lepaskan Peluang Anda !!!Jom rebut peluang mendapatkan Bias...
10/08/2026

7 Hari Lagi !!!
Biasiswa Endowmen UiTM Akan Dibuka !!!
Jangan Lepaskan Peluang Anda !!!

Jom rebut peluang mendapatkan Biasiswa Endowmen UiTM 2026 untuk pelajar cemerlang bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah dan Pascasiswazah di UiTM.

Permohonan dibuka dari 17 Ogos 2026 hingga 14 September 2026.
Layari page Dana Endowmen UiTM untuk sebarang makluman atau layari https://endowment.uitm.edu.my/.../services/scholarships untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa.





Address

Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dana Endowmen UiTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Dana Endowmen UiTM:

Shortcuts

Share