Kolej Islam An-Nabawi

Kolej Islam An-Nabawi

Share

Kolej Islam An-Nabawi

23/12/2025

Hari Ke Dua

Majlis Syahadah diteruskan lagi pada hari bermula dari surah al Kahfi dan insya aAllah akan berakhir pada surah al-Jaasiyah.

Doakan Ramadan semua.

Photos from Kolej Islam An-Nabawi's post 22/12/2025

Majlis Syahadah (Hari Pertama)

Hari ini telah bermula pembacaan bagi Ramadan untuk menyempurnakan bacaan 30 juzuk dalam tempoh 3 hari.

Mohon doa dari kalian semua.
Semoga Allah mempermudahkan.

P/s : sekiranya Ramadan melakukan lebih dari 10 kesalahan, maka majlis ini akan diberhentikan serta merta. Dan Ramadan dikira sebagai gagal untuk Majlis Syahadah ini.

Photos from Kolej Islam An-Nabawi's post 19/12/2025

Pra Syahadah 3 Hari

Hari ini hari ke tiga untuk Ramadan menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran.

Pagi ini Ramadan bermula dengan juzuk 25 dan insya Allah akan habis bacaan sebelum masuk waktu Zohor/Jumaat.

Jikalau Ramadan lulus Pra Syahadah ini, maka baru lah Ramadan akan pergi ke peringkat terakhir, iaitu Majlis Syahadah.

Doakan Ramadan supaya dipermudahkan.

Photos from Kolej Islam An-Nabawi's post 05/12/2025

Rezeki dipagi Jumaat

Alhamdulillah, dihari Jumaat yang baik ini,ada seorang brader telah belanja roti canai kepada pelajar dan asatizah.

Semoga brader tersebut sentiasa dimurahkan rezeki.

Terima kasih brader.

Photos from Kolej Islam An-Nabawi's post 28/11/2025

Majlis Perpisahan Dr. Anis Adiba

Seperti mana yang telah menjadi sunnatullah, setiap terjadinya pertemuan pasti akan terjadinya perpisahan.

Hari ini menjadi hari terakhir Dr Anis berkhidmat di KIAN. Semoga Allah membalas semua jasa dan sumbangan Dr di KIAN ini.

Terima kasih Dr.

25/11/2025

SPM telah bermula!!!

Hari ini hari pertama Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan subjek permulaannya ialah Bahasa Melayu.

Semoga diberi kefahaman dan ketenangan sepanjang peperiksaan ini berlangsung.

Ya Allah, permudahkanlah.

Photos from Kolej Islam An-Nabawi's post 24/11/2025

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil

Hari Sabtu lepas, telah berlangsung satu majlis iaitu Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil sempena pelajar batch 6 yang akan menghadapi peperiksaan SPM ini.

Ramai ibu ayah yang hadir dan juga turut membawa ‘potluck’ masing-masing. Pelbagai jenis makanan yang ada. Alhamdulillah.

Terima kasih ibu ayah diatas sumbangan makanan tersebut.

Min teringat ada pepatah dari negara Scandinavia yang berbunyi :

“Kalu bab make ni gak, sak rusing la, tok ttala smace.”

Hehehehe

Photos from Kolej Islam An-Nabawi's post 21/11/2025

Majlis Pengijazahan Hadis 40 Imam Nawawi

Hari ini telah berlangsung satu Majlis Pengijazahan Hadis 40 Imam Nawawi bagi pelajar yang telah khatam hafalan hadis 40 ini.

Doakan semoga majlis berjalan lancar.

Photos from Kolej Islam An-Nabawi's post 07/11/2025

Pelajar Cemerlang Percubaan SPM 2025

Tiga orang pelajar SPM telah mendapat penganugerahan dari pihak sekolah diatas keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan SPM baru-baru ini.

Mereka ialah :

1. Qistina Maisarah binti Faizal
2. Qisdina Batrisyia binti Faizal
3. Muhammad Hafizan Irfan bin Baharuddin

Tahniah diucapkan.

P/s : Hadiah kali ini ditaja khas oleh Abi iaitu Ustaz Doktor Ahmad Dusuki.

Photos from Kolej Islam An-Nabawi's post 05/11/2025

Ujian Penggal 2

Semalam telah bermula Ujian Penggal ke 2 atau peperiksaan akhir tahun bagi pelajar Batch 7.

Semoga semua dapat menjawab dengan baik.

بالتوفيق والنجاح

03/11/2025

Ujian Lisan SPM (Bahasa Melayu)

Minggu ini telah bermula Ujian Lisan SPM (Bahasa Melayu) bagi semua calon SPM 2025.

Pelajar kami akan menduduki Ujian Lisan ini di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam.

Semoga Allah permudahkan.

31/10/2025

Selesai Mustawa 7

Hari ini pelajar Syahadah, Ridhwan dan Ramadan datang ke bilik pengetua untuk mendapatkan pengesahan tamat Mustawa 7.

Berbaki 3 lagi mustawa, maka mereka berdua akan masuk ke peringkat Pra Syahadah dan seterusnya Syahadah 3 Hari.

Doakan mereka berdua agar dimudahkan untuk menduduki Syahadah pada tahun ini.

P/s : Diorang dah lulus dan mendapat pengesahan tamat Mustawa 7 oleh pengetua. Seronok depa. Berjoget-joget sampai ke kelas min tengok tadi. Haishhh.

——————————————————————-

Kolej Islam an Nabawi kini membuka pendaftaran untuk pengambilan pelajar baru (SPM/Syahadah) bagi sesi 2025.

Berminat?

Hubungi pegawai pentadbiran di :
wasap.my/601157882856/pendaftaran

Atau

Boleh terus ke link pendaftaran :
https://my02.awfatech.com/kolejmatan/

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


24-1, Jalan Pegaga C U12/C, Desa Alam Seksyen U12
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00