03/02/2021
".... alhamdulillah boleh tengok tanpa pakai spek semua."
Setuju tak saya cakap bahawa kadang-kadang agak renyah jika kita nak baca Al-Quran kena pakai cermin mata?
Bila semakin bertambah usia, jarak penglihatan akan menjadi semakin terhad.
Ingin saya kongsikan cerita seorang pelanggan saya yang bernama Cikgu Ahlam yang berumur 26 tahun.
Saya berjumpa dengan beliau di satu buah sekolah di Muar untuk saya kongsikan tentang Al-Quran Akademik 20 in 1 kami.
Selepas kongsikan fungsi-fungsi tentang Al-Quran kami, beliau bersetuju untuk membeli 3 naskah Al-Quran Akademik 20 in 1.
Alhamdulillah, yang bagusnya beliau belikan juga untuk ayah beliau dan ayah beliau sangat s**a dan berpuas hati.
Antara sebab ayah beliau s**a mengenai Al-Quran kami adalah:
1. Tulisan yang besar sesuai untuk semua peringkat usia
2. Makna yang membantu dan jelas untuk menterjemahkan Al-Quran kami
3. Sirah yang ada pelbagai gambar dan warna
Pendek kata, pelbagai lagi fungsi yang membantu dari sudut bacaan, kefahaman dan rujukan.
Alhamdulillah, sempena pkp hari ini kami ada buat promosi mengenai Al-Quran kami sebanyak 40%.
Nak dapatkan? Klik link di bawah ya ๐
wasap.my/60196310573/NakAlquranAkademik
29/01/2021
๐๐ต๐๐๐ฏ๐ฎ๐ต ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ ๐ฅ๐ฎ๐๐๐น๐๐น๐น๐ฎ๐ต
โWahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak Ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah Aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu p**a.
Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti akan membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.
ALLAH SWT telah mengharamkan riba.
Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan Agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak keatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak
mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk dibari makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang lain yang tidak kamu s**ai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata Ku ini,
โSembahlah
ALLAH SWT, Dirikanlah Sembahyang lima (5) kali sehari, Berpuasalah dibulan Ramadhan, dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu, Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampuโ.
Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Takwa dan Beramal Soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap ALLAH SWT pada suatu hari untuk dipertanggung-jawabkan diatas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanKu.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasKu dan tidak akan lahir Agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataKu yang telah Ku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kamu dua (2) perkara; yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya itulah โAl-Quran dan SunnahKuโ.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapan Ku menyampaikan p**a kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya p**a kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata Ku dari mereka yang mendengar terus dariKu.
Saksikanlah YA ALLAH, bahawasanya telah Aku sampaikan RisalahMU kepada hamba-hambaMU.
Riwayat : Al Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daut, Ibnu Majah dan Lain-Lain.
Semoga bermanfaat
28/01/2021
๐๐ฏ๐ ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ ๐๐-๐ฆ๐ถ๐ฑ๐ฑ๐ถ๐พ
๐๐ถ๐๐ฎ๐ต ๐ฅ๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ฏ๐ ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ ๐๐-๐ฆ๐ถ๐ฑ๐ฑ๐ถ๐พ
Abu Bakar As-Siddiq ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah.
Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang sangat tulus). Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abi Quhafah At-Tamimy.
Abu Bakar adalah sahabat Nabi SAW yang paling utama. Pengalamannya amat luas dan jasanya begitu besar terhadap agama. Namun, dia sangat sederhana. Jawatannya sebagai khalifah tidak menjadikannya hidup bermewah mewah. Dia tidak mahu menyalah gunakan jawatannya sebagai penguasa untuk memperkayakan dirinya sendiri ataupun keluarganya. Dia meninggal dunia dalam kesederhanaan.
๐๐ฎ๐๐ฎ-๐ท๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐๐ต๐ฎ๐น๐ถ๐ณ๐ฎ๐ต ๐๐ฏ๐ ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ:
1) Membanteras nabi-nabi palsu;
2) Memerangi orang-orang yang mengingkari zakat. Mereka ber anggapan bahawa membayar zakat hanya kepada Nabi Muhammad SAW. Setelah nabi wafat, tiada lagi kewajiban zakat;
3) Membanteras orang-orang murtad yang belum memahami Islam;
4) Menghimpun al-Quran atas cadangan Umar bin Khattab dengan alasan:
a) Ramai penghafal al-Quran yang gugur syahid;
b) Tulisan yang ada di pelepah pelepah kurma, batu-batu, dan tulang dikhuatiri rosak dan hilang,
c) Untuk menjaga kemurnian al-Quran, penulisan tersebut diserahkan kepada Zaid bin Thabit dan disimpan oleh Khalifah Abu Bakar.
5) Memperluaskan wilayah penyebaran agama Islam ke Hirah (dijadikan pusat pertahanan dan ibu kota di luar Arab), Anbar dan Parsi, Daumatul Jandal, Yarmuk, Syam (pernah dikuasai tentera Rom) dan Syria. Abu Bakar menegaskan empat panglima perangnya untuk merebut Syria dari Romawi Timur yang dipimpin oleh pemerintah Hercules. Mereka adalah Yazid bin Abu Sufyan yang ditugaskan di Damascus, Abu Ubaidah bin Jarrah di Horns, Amr bin Ash di Palestin, dan Surahbil bin Hasanah di Jordan.
๐๐ต๐ฎ๐น๐ถ๐ณ๐ฎ๐ต ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ถ๐๐ฒ๐ด๐ฎ๐ป๐ถ
Sebagai orang Islam, kita harus jadikan Saidina Abu Bakar sebagai contoh untuk anak-anak kerana sifat-sifat kepimpinan yang ada pada Saidina Abu Bakar. Seorang Khalifah pertama dan sahabat Nabi Muhammad yang setia menjadikan beliaulah hero yang harus didendangkan. Semoga perkongsian saya kali ini memberi inspirasi terutama sekali anak-anak muda.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Al-Quran Ade Azhar 20 in 1 ( The Amazing Islamic Legacy)
27/01/2021
Assalamualaikum wbt.
Ehem
Anda ada masalah-masalah berikut?
โขKeliru dengan terjemahan perkata dari Al-Quran Indonesia?
โขKertas Al-Quran yang mudah koyak? โขPenglihatan kurang jelas ketika membaca Al-Quran?
โขNafas pendek dan tak tahu nak berhenti di mana?
โขRenyah ketika mencari tajuk yang khusus untuk rujukan dalam ayat Al-Quran?
Alhamdulillah, kami membekalkan Al-Quran 20 fungsi dalam 1 yang membantu dari segi bacaan, fahaman dan rujukan. Melengkapi segala keperluan dalam aspek pembacaan Al-Quran itu sendiri.
Apakah antara keistimewaan Al-Quran kami?
โขKertas yang berkualiti tinggi. InsyaAllah tidak akan melekat walaupun terkena air dan tak luntur warna
โข Bersaiz A4 dan tulisan besar
โข Helaian berjahit
โข The Amazing Islamic Legacy (sirah-sirah berkaitan tamadun Islam)
โขAsbabun Nuzul
โขRiyadus Solihin
โข Mempunyai kelulusan KDN.
โข Datang dengan 5 pilihan warna yang menarik dan hardcover yang berkualiti
โข Terjemahan Perkata Berwarna
โข Terjemahan Bahasa Melayu Akademik
โข Method Tajwid Berwarna.
โข Panduan Waqaf dan Ibtida yang dihighlightkan dengan blok warna
โข Indeks Tematik untuk mencari tajuk yang khusus di dalam Al-Quran
โข Tafsir untuk menghuraikan ayat Al-Quran
Dan pelbagai fungsi lagi untuk membantu anda
Untuk maklumat lanjut boleh klik di link berikut
wasap.my/60196310573/NakAlquranAkademik
27/01/2021
๐๐ฑ๐ฎ๐ฏ-๐๐ฑ๐ฎ๐ฏ ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ป๐๐๐ ๐๐น๐บ๐
Ilmu merupakan pelita yang menerangi kehidupan manusia. Melalui ilmu manusia berjaya keluar dari apa saja kepompong yang membelungi seseorang manusia itu. Malahan menuntut ilmu itu hukumnya wajib untuk setiap Muslim. Nabi Muhammad bersabda:
ุทูููุจู ุงููุนูููู
ู ููุฑูููุถูุฉู ุนูููู ููููู ู
ูุณูููู
ู
โMenuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslimโ (HR. Ibnu Majah no. 224, dari sahabat Anas bin Malik radhiyallahu โanhu, dishahihkan Al Albani dalam Shahiih al-Jaamiโish Shaghiir no. 3913)
Menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam melalui kehidupan kita sebagai khalifah dan pemimpin di muka bumi Allah ini.
Tidak lengkaplah ilmu itu jika tidak disertakan dengan adab kerana dengan adablah dapat membezakan seseorang manusia itu.
Ingin saya kongsikan beberapa adab ilmu supaya kita akan mudah menerima ilmu yang diajarkan dan boleh diturunkan ke generasi yang seterusnya
๐ญ. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฎ๐บ๐ฝ๐ถ๐น๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ
Penampilan merupakan pandangan pertama dari seseorang ke seseorang yang lain. Melalui penampilan, seorang guru boleh tahu jika anak muridnya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmunya kerana dengan penampilan yang elok akan menggambarkan tahap kebersihan seseorang individu itu.
๐ฎ. ๐ ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐๐ถ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ
Mengapakah menepati masa sangat penting?
Kerana masa tidak boleh dikembalikan. Masa merupakan perkara yang paling berharga dimana ia tidak boleh dikembalikan. Menepati masa sangat penting supaya kita boleh manfaatkan masa dengan semaksimum mungkin ketika menerima ilmu seterusnya memberi manfaat kepada kita
๐ฏ. ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐๐ถ ๐ด๐๐ฟ๐
Ini merupakan perkara yang paling penting ketika menuntut ilmu. Jika anda ingin berjaya dunia dan akhirat, santuni guru anda supaya kita mudah menerima ilmu yang diajar. Al-Imam al-Ghazali pernah menegaskan bahkan meletakkan kedudukan guru lebih mulia daripada kedudukan ibu bapa.
Kata al-Imam al-Ghazali bermaksud: โSesungguhnya ibu bapa adalah sebab kewujudan seorang anak di muka bumi ini, namun kehidupan ini akan binasa. Sedangkan guru sebab kepada kejayaan abadi seseorang di akhirat yang kekal selamanya. (al-Ghazali, Ihya Ulum al-Din)
๐ฐ. ๐ ๐ฒ๐บ๐ฝ๐๐ป๐๐ฎ๐ถ ๐ป๐ถ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐๐๐น ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ป๐๐๐ ๐ถ๐น๐บ๐
Menuntut ilmu merupakan ibadah dan akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT. Justeru, setiap pelajar perlu mempunyai niat yang betul dan ikhlas dalam menuntut ilmu.
Setiap pelajar juga perlulah mempunyai kefahaman tentang kepentingan ilmu dalam mencorakkan kehidupannya pada masa akan datang. Niat yang betul dan kefahaman yang jelas tentang perkara ini akan memberi kesan langsung terhadap kesungguhan pelajar tersebut dalam menuntut ilmu di samping memberikan nilai-nilai positif ketika menuntut ilmu.
๐ฑ. ๐ ๐ฒ๐บ๐๐น๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ผ๐ฎ
Doa merupakan harapan dan manifestasi kebergantungan seseorang individu dengan Allah SWT. Terdapat banyak doa yang telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW yang boleh diamalkan ketika hendak belajar atau menuntut ilmu. Amalkan supaya mudah untuk kita menerima ilmu. Antara doa yang boleh diamalkan:
ุงูููููููู
ูู ูููููุฑู ููููุจููู ุจูููููุฑู ููุฏูุงููุชููู ููู
ูุง ูููููุฑูุชู ๏ญูุฃูุฑูุถู ุจูููููุฑู ุดูู
ูุณููู ุฃูุจูุฏูุง ุจูุฑูุญูู
ูุชููู ููุข ุฃูุฑูุญูู
ู ุงูุฑููุงุญูู
ููููู
โ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani. โ
๐๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฑ๐ฎ๐ฏ ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ป๐๐๐ ๐๐น๐บ๐
Kesimp**annya, Islam amat menyanjung tinggi setiap usaha yang dilakukan untuk menuntut ilmu. Namun begitu ianya perlulah dilakukan dengan cara yang beradab. Dalam Islam, ilmu dan adab sama sekali tidak boleh dipisahkan bahkan ia adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Tidak ada gunanya jika seseorang pelajar itu memiliki ilmu yang hebat namun tidak mempunyai adab atau etika yang baik. Adab yang baik sebenarnya adalah cerminan atau manifestasi keilmuan seseorang. Mari kita sama-sama amalkan dan saling mengingati antara satu dengan yang lain. Semoga bermanfaat.
26/01/2021
๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐น-๐ ๐๐น๐ธ ๐๐ฒ๐ป๐๐ถ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ผ๐ป๐ด๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ ๐บ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ-๐บ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐๐ผ๐๐ถ๐ฎ๐น?
Umum diketahui, Al-Quran di wahyukan oleh Allah Ta'ala kepada Nabi Muhammad untuk dijadikan panduan seluruh umat. Malahan, setiap surah yang diturunkan mempunyai fadhilatnya yang tersendiri. Antara surah yang mempunyai kelebihan-kelebihan yang bermanfaat ialah Surah Al-Mulk. Mengapakah Surah Al-Mulk sentiasa di kongsikan untuk dijadikan amalan harian? Mari saya kongsikan di perenggan yang seterusnya
๐ฅ๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ป๐๐ถ๐ฝ๐ฎ๐๐ถ ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐น-๐ ๐๐น๐ธ
Al-Mulk bermaksud kuasa pemerintahan. Pada awal surah ini menerangkan penegasan Allah Ta'ala mengenai kekuasaan Allah yang mutlak merangkumi pemerintahan dunia dan akhirat.
Dinyatakan didalam Surah Al-Mulk bahawa setiap makhluk-makhluk telah ditakdirkan hidup dan matinya. Allah juga menyatakan siapakah di antara makhluk-makhlukNya yang mempunyai amalan yang lebih baik. Kesempurnaan seluruh alam yang diciptakan oleh Allah Ta'ala juga telah difirmankan.
Kemudian digambarkan oleh Allah Ta'ala peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat dan balasan buruk kepada yang kufur dan ingkar.
Sebaliknya, bagi mereka yang patuh serta takut untuk melanggar hukum Allah, mereka di beri keampunan dan pahala yang besar. Bukti bahawa Allah Maha Adil dan Maha Penyayang
๐ฑ ๐๐ฒ๐ถ๐๐๐ถ๐บ๐ฒ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐น ๐ ๐๐น๐ธ
๐ญ. ๐๐ถ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ธ๐ฒ๐ฎ๐บ๐ฝ๐๐ป๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ผ๐๐ฎ ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ถ ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ธ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ฐ๐ฎ
Menurut JAKIM, daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, โSebahagian daripada al-Qurโan ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah โal-Mulkโ.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan status hadith ini adalah Hadith Hasan)
Hadith ini menunjukkan kelebihan surah โTabarakaโ. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah โal-Mulkโ sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
*Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
๐ฎ. ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐น ๐ ๐๐น๐ธ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐๐ฎ๐ฏ ๐๐๐ฏ๐๐ฟ
Rasulullah SAW ada menyatakan tentang kelebihan orang yang membaca Surah al-Mulk dalam hadith baginda.
Hadith yang menyatakan kelebihan berkenaan adalah seperti berikut:
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat.
Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:
ููุง ุฑูุณูููู ุงูููู ุฅููููู ุถูุฑูุจูุชู ุฎูุจูุงุฆูู ุนูููู ููุจูุฑู ููุฃูููุง ูุงู ุฃูุญูุณูุจู ุฃูููููู ููุจูุฑู ุ ููุฅูุฐูุง ููููู ุฅูููุณูุงูู ููููุฑูุฃู ุณููุฑูุฉู ุชูุจูุงุฑููู ุงููู
ููููู ุญูุชููู ุฎูุชูู
ูููุง. ููููุงูู ุฑูุณูููู ุงููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู : ูููู ุงููู
ูุงููุนูุฉู ุ ูููู ุงููู
ูููุฌูููุฉู ุ ุชูููุฌูููู ู
ููู ุนูุฐูุงุจู ุงูููุจูุฑู.
Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.
Hadith riwayat al-Tirmidzi : 2890
๐ฏ. ๐๐ถ๐ด๐ฒ๐น๐ฎ๐ฟ ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐น ๐ ๐ฎ๐ป๐ถโ๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐น ๐ ๐๐ป๐ท๐ถ๐ฎ๐ต
Hebatnya kelebihan surah Al Mulk, ia juga digelar sebagai surah Al-Maniโah (penghalang) dan Al-Munjiah (penyelamat) kerana surah tersebut menghalang dan menyelamatkan mereka yang selalu membaca atau menghafalnya daripada siksa kubur dan siksa api neraka.
(Hadith Riwayat An Nasai)
๐ฐ. ๐๐บ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ก๐ฎ๐ฏ๐ถ ๐ฆ๐๐ช ๐ฆ๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐ฝ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ
Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah (surah As Sajdah dan surah Al Mulk).
Daripada Jabir beliau berkata:
ุฃูููู ุงููููุจูููู -ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
- ููุงูู ูุงู ููููุงู
ู ุญูุชููู ููููุฑูุฃู ุงูู
ุชูููุฒูููู ูู ุชูุจูุงุฑููู ุงูููุฐูู ุจูููุฏููู ุงููู
ููููู
โSesungguhnya Nabi Saw. tidak tidur hingga beliau membaca surah ุชููุฒูููู ุงููู
ู (Surah al-Sajdah) dan ุชูุจูุงุฑููู ุงูููุฐูู ุจูููุฏููู ุงููู
ูููููโ
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Untuk mencontohi sunnah Nabi Muhammad, seeloknya kita amalkan sebelum tidur.
๐ฑ. ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐น ๐ ๐๐น๐ธ ๐ ๐ฒ๐ป๐ท๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐น๐ฎ ๐๐ถ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ๐ฎ๐
Surah ini juga akan menjadi pembela kepada orang yang membacanya di Hari Akhirat sehingga pembacanya masuk ke Syurga Allah SWT. Sabda Nabi SAW:
ุณูููุฑูุฉู ู
ููู ุงููููุฑูุขููุ ู
ูุง ูููู ุฅููุงูู ุซููุงูุซููููู ุขูุฉูุ ุฎูุงุตูู
ูุชู ุนููู ุตูุงุญูุจูููุง ุญูุชููู ุฃูุฏูุฎูููุชููู ุงููุฌููููุฉูุ ูู ูููู ุชูุจูุงุฑููู
โAda surah dari Al-Quran, ia tidak terdiri kecuali hanya 30 ayat. Surah tersebut dapat membela pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga memasukkannya ke syurga iaitu, surah ุชูุจูุงุฑููู
(Hadis Riwayat Thabrani)
๐ ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ธ๐ถ๐๐ฎ ๐ฎ๐บ๐ฎ๐น๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐น-๐ ๐๐น๐ธ
Sesungguhnya banyak kelebihan yang terkandung didalam Surah Al-Mulk itu sendiri. Didalamnya terkandung 1001 hikmah yang elok kita pelajari, mentadabbur dan seterusnya diamalkan.
Semoga dengan perkongsian ini kita boleh jadikan Surah Al-Mulk sebagai amalan harian.
26/01/2021
Mari kita merenungi ciptaan Allah
25/01/2021
Kelebihan-Kelebihan Membaca Al-Mathurat
Definisi Al-Mathurat
Al-Ma'thurat ialah himpunan zikir dan wirid yang ma'thur dari Nabi Muhammad SAW. Al-Ma'thurat berasal daripada perkataan Arab iaitu ma'thur, yang bermaksud diambil daripada Al-Qur'an dan hadis. Kalau zikir ma'thur bermaksud zikir daripada Al-Qur'an & hadis. Manakala, zikir al-Ma'thurat p**a adalah himpunan zikir dan wirid yang ma'thur dari Nabi Muhammad saw.
Asal-usul
Al-Mathurat dikumpul dan disusun oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih serta amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Beliau mengumpulkan wirid dan zikir yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sebagai salah satu usaha untuk istiqamah berzikir setiap hari. la di baca sebanyak 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan sebelah petang.
Kelebihan Al-Mathurat
Pelbagai kelebihan yang pembaca akan dapat jika mengamalkan Al-Mathurat sebagai amalan harian.
1. Dapat perlindungan Allah
la dimulai dengan bacaan Taa'wuz yang bermaksud "Aku memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam".
Sebagai hamba Allah yang lemah, kita sentiasa berharap agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan.
2. Membaca Ummul Kitab adalah bacaan Agung
Bacaan Al-Fatihah di dalamnya merupakan bacaan yang agung.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Demi Allah yang nyawaku di tangan Nya, belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah Al-Sab'ul Mathani dan Quran yang agung yang diturunkan kepadaku." (HR at Tirmizi dan an-Nasai)
3. Mendapat pahala yang besar
Membaca surah al-Baqarah dalam zikir Ma'thurat juga memperolehi pahala yang besar.
Sabda Rasulullah saw bermaksud, "Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah". (HR Muslim)
4. Melindungi diri dari gangguan syaitan
Membaca ayat Kursi juga akan menghindarkan diri dari gangguan syaitan.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La llaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagiโ (HR Bukhari)
5. Terdapat banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW
Dalam al-Ma'thurat itu merupakan doa dari Nabi saw yang sewajarnya kita turut amalkan dalam kehidupan kita pada hari ini. Antaranya,
โข Doa dijauhkan daripada sifat malas, kedekut dan dibelenggu hutang
โข Doa agar dijauhkan daripada kemudharatan
6. Mengandungi selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
Untuk memudahkan kita mendapat syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak.
Dari Ibn Mas'ud ra, bahawa Nabi saw bersabda, maksudnya, "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari qiyamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." (HR at-Tirmizi)
Kesimp**an
Kesimp**annya, banyak kelebihan dan ganjaran yang kita akan dapat jika mengamalkan Al-Mathurat. Marilah kita amalkan untuk amalan seharian kita bersama
24/01/2021
Semoga jiwa sentiasa aman daripada kekusutan dunia