Pondok Darul Iman - Banat

Call

Pondok Darul Iman - Banat Pondok Darul Iman (PDI) Banat

07/09/2026
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448 ๐Ÿ“… Tarikh:  26 Ogos 2026 ( Rabu)๐Ÿ•ฅ Masa: Mulai 8.30 Pagi๐Ÿ“ Tempat: PDI BanatAlhamdulillah Pond...
03/09/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448

๐Ÿ“… Tarikh: 26 Ogos 2026 ( Rabu)
๐Ÿ•ฅ Masa: Mulai 8.30 Pagi
๐Ÿ“ Tempat: PDI Banat

Alhamdulillah Pondok Darul Iman (PDI) Banat telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1448 dengan jayanya baru-baru ini.
Program diserikan dengan perarakan Maulidur Rasul melibatkan seluruh warga PDI Banat di sekitar kawasan luar PDI Banat.
Program turut dimeriahkan dengan beberapa pertandingan menarik yang diadakan secara individu atau mengikut kelas seperti pertandingan kain rentang serta doodle, pertandingan qasidah, kuiz dan pertandingan khat. Majlis Perasmian Penutup Sambutan Maulidur Rasul 1448 telah disempurnakan oleh al-Fadhil Ustaz Muhammad Ariff bin Aripin, Pengetua PDI Banat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya memenangi setiap pertandingan dengan menonjolkan bakat serta potensi masing-masing sepanjang program berlangsung. Manakala sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para guru dan kakitangan PDI Banat atas komitmen terbaik yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga Sambutan Maulidur Rasul 1448 yang diadakan dapat menjadi wadah untuk kita istiqamah menghayati akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW , insya-Allah!




Yayasan Islam Terengganu HQ
Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Terengganu

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH PONDOK DARUL IMAN (PDI) BANAT ๐Ÿ“… Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa) ๐Ÿ•˜ Masa: Mulai 10.00 Pagi ๐Ÿ“ Temp...
02/09/2026

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH
PONDOK DARUL IMAN (PDI) BANAT

๐Ÿ“… Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)
๐Ÿ•˜ Masa: Mulai 10.00 Pagi
๐Ÿ“ Tempat: Surau PDI Banat

Alhamdulillah pada baru-baru ini, Bengkel Pengurusan Jenazah bagi tahun 2026 telah diadakan melibatkan penyertaan seluruh warga PDI Banat. Program ini secara umumnya bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai cara pengurusan jenazah yang tepat menurut kehendak syarak.

Program terlebih dahulu dimulakan dengan perkongsian ilmu dan pengalaman pengurusan jenazah oleh penceramah jemputan dari Pejabat Agama Daerah Setiu, Ustazah Nurizam Binti Ibrahim yang menekankan kepentingan memahami kaedah yang betul dalam pengurusan jenazah menurut syariat Islam. Seterusnya para pelajar diberi pendedahan mengenai proses memandikan dan mengkafankan jenazah secara amali bersama sama semua guru dan kakitangan PDI Banat.

Pihak PDI Banat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak, khususnya Unit Dakwah PDI Banat atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program bermanfaat ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dihayati bahkan diamalkan dalam kehidupan seharian kelak insya-Allah!




๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ง๐—˜๐— ๐—จ ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐——๐—ข๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐— ๐—”๐—ก (๐—ฃ๐——๐—œ) ๐—•๐—”๐—กAT ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ“… Tarikh: 13 0gos 2026 (Khamis)๐Ÿ•˜ Masa: Mulai 10.00 Pag...
26/08/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ง๐—˜๐— ๐—จ ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐——๐—ข๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐— ๐—”๐—ก (๐—ฃ๐——๐—œ) ๐—•๐—”๐—กAT ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ“… Tarikh: 13 0gos 2026 (Khamis)
๐Ÿ•˜ Masa: Mulai 10.00 Pagi
๐Ÿ“ Tempat: Mengikut Kelas PDI Banat

Alhamdulillah Majlis Temu Murni Pelajar PDI Banat Tahun 2026 telah diadakan baru-baru ini melibatkan semua pelajar Thanawi 1 hingga Thanawi 5 bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing. Majlis ini secara umumnya bertujuan membincangkan prestasi akademik semasa para pelajar khususnya selepas menduduki peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan SPM bagi pelajar Thanawi 5.

Semoga majlis yang diadakan dapat terus meningkatkan motivasi serta semangat para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah. Di samping itu, diharapkan majlis ini turut mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga PDI Banat dengan ibu bapa serta penjaga demi kecemerlangan berterusan para pelajar insya-Allah.



Yayasan Islam Terengganu HQ
Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Terengganu

๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ฆ๐—ฃ๐— ) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSeluruh warga Pondok Darul Iman (PDI) Banat mengucapkan s...
12/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ฆ๐—ฃ๐— ) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Seluruh warga Pondok Darul Iman (PDI) Banat mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar Thanawi 5 yang sedang menduduki Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 8 Julai 2026 hingga 2 Ogos 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan, kefahaman serta mempermudah urusan kalian sepanjang menjalani peperiksaan. Jadikanlah usaha, doa dan tawakal sebagai kunci yang mengiringi langkah menuju kejayaan.

Selamat maju jaya! Semoga kalian memperoleh kejayaan yang diberkati dan cemerlang insya-Allah.

#

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPihak Pondok Darul Iman (PDI) Banat mengucapkan selamat mendudu...
30/06/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Pihak Pondok Darul Iman (PDI) Banat mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun Sesi 2026 kepada semua pelajar PDI Banat yang bermula 22 Jun hingga 7 Julai 2026

Semoga anak-anak pelajar PDI Banat sentiasa dikurniakan kelapangan hati dan ketenangan jiwa oleh Allah S.W.T untuk menghadapi peperiksaan yang berlangsung.
Semoga kejayaan menjadi milik kalian semua. Amin.

Bittaufiq wannajah!



Yayasan Islam Terengganu HQ
Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Terengganu

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.
17/06/2026

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐Œ๐š๐š๐ฅ ๐‡๐ข๐ฃ๐ซ๐š๐ก ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡

Awal Muharam, Detik Penghijrahan, Memacu Kecemerlangan Ummah.






Alhamdulillah, terima kasih team Nisa' Terengganu, sudi hadir untuk bagi perkongsian bersama semua pelajar PDI Banat.
14/06/2026

Alhamdulillah, terima kasih team Nisa' Terengganu, sudi hadir untuk bagi perkongsian bersama semua pelajar PDI Banat.

SYABAS DAN TAHNIAH PELAJAR PONDOK DARUL IMAN (PDI) BANAT.Seluruh warga Pondok Darul Iman (PDI) Banat merakamkan ucapan s...
14/06/2026

SYABAS DAN TAHNIAH PELAJAR PONDOK DARUL IMAN (PDI) BANAT.

Seluruh warga Pondok Darul Iman (PDI) Banat merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada 3 orang pelajar yang telah mewakili Negeri Terengganu baru-baru ini ke Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan (KMTK) perlis Tahun 2026 yang berlangsung di UITM Kampus Arau pada 29 Mei hingga 1 Jun 2026. Seorang peserta PDI Banat , Nurul Syahirah Binti Mohd Nasir telah berjaya memperoleh tempat ke- 8 terbaik dalam kategori bawah 17 tahun.

Semoga pencapaian yang diperoleh dapat menjadi aspirasi positif kepada para pelajar PDI Banat serta pemangkin kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan insya-Allah.




Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Terengganu

27/05/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ.

๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ด๐—ฎ ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ผ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป, ๐—ธ๐—ฒ๐—ถ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐˜‚๐—ธ๐—ต๐˜‚๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ.

๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ด๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป, ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ. ๐Ÿ„๐Ÿ•Œ๐Ÿ’š


Address

Pondok Darul Iman (PDI Banat), Kampung Saujana Mukim Pantai Setiu
Setiu
22120

Telephone

+6096023385

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Darul Iman - Banat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category