ILMAM WP Official

ILMAM WP Official ILMAM WP merupakan sebuah NGO bagi komuniti lepasan mahasiswa Mesir dari kalangan bekas ahli BKAWM &

MAJLIS PELEPASAN PELAJAR CEMERLANG BIASISWA MAIWP KE TIMUR TENGAHKLIA, 23 September 2023 - Alhamdulillah, hari ini sebah...
23/09/2023

MAJLIS PELEPASAN PELAJAR CEMERLANG BIASISWA MAIWP KE TIMUR TENGAH

KLIA, 23 September 2023 - Alhamdulillah, hari ini sebahagian jawatan kuasa ILMAM Wilayah Persekutuan telah turut bersama beberapa orang pegawai MAIWP bagi mengiringi pelepasan pelajar cemerlang yang ditaja khas oleh MAIWP ke Timur Tengah.

Seramai 5 orang pelajar cemerlang telah selamat berlepas ke Timur Tengah bagi melanjutkan pengajian di sana. Terima kasih pihak MAIWP di atas kepercayaan bagi ILMAM WP menguruskan beberapa persiapan pelajar menuju ke Timur Tengah.

Semoga hubungan dua hala antara ILMAM WP dan MAIWP terus erat dan kukuh di masa akan datang InshaAllah.

RIADAH MAHABBAH ILMAM WILAYAH PERSEKUTUANAlhamdulillah, hari ini telah diadakan aktiviti Riadah Mahabbah anjuran ILMAM W...
26/02/2023

RIADAH MAHABBAH ILMAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Alhamdulillah, hari ini telah diadakan aktiviti Riadah Mahabbah anjuran ILMAM WP, bertempat di Sports Arena Sentosa, Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur.

Riadah hari ini khusus bagi sukan badminton. Macam-macam gaya dihayunkan raket badminton itu. Apa yang penting, peluh keluar dan ukhuwah sesama kita dapat dieratkan.

Diharapkan aktiviti riadah ini dapat dikerapkan lagi dengan kehadiran sahabat-sahabat ILMAM WP yang lain.

[ RIADAH MAHABBAH | ILMAM WILAYAH PERSEKUTUAN ]ILMAM Wilayah Persekutuan akan mengadakan program "Riadah Mahabbah" bersa...
18/02/2023

[ RIADAH MAHABBAH | ILMAM WILAYAH PERSEKUTUAN ]

ILMAM Wilayah Persekutuan akan mengadakan program "Riadah Mahabbah" bersama alumni Mesir Wilayah Persekutuan. Berikut adalah maklumat berkaitan program:

(IKHWAH)
Sukan: Badminton
Tarikh: 26 Februari 2023 (Ahad)
Masa: 9.30 Pagi
Tempat: Sports Arena Sentosa, Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur
https://maps.app.goo.gl/mcrF7S4kTvtuSUiS8

(AKHAWAT)
Sukan: Bowling
Tarikh: 4 Mac 2023 (Sabtu)
Masa: 10.00 Pagi hingga 1.00 Tengahari
Tempat: Wangsa Walk Mall
https://maps.app.goo.gl/QWr4cFnAPRkxpM9u6

Oleh itu, dijemput kepada Alumni Mesir Wilayah Persekutuan yang berkelapangan untuk turut sama hadir bagi memeriahkan lagi aktiviti yang diadakan sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama alumni.

โœจ ๐Œ๐”๐๐€๐‰๐€๐“ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ & ๐˜๐€๐’๐ˆ๐ ๐“๐€๐‡๐‹๐ˆ๐‹ ๐ˆ๐‹๐Œ๐€๐Œ ๐–๐ โœจ๐ด๐‘ ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘ข๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘–๐‘˜๐‘ข๐‘š ๐‘ค๐‘๐‘กILMAM Wilayah Persekutuan menjemput kepada semua alumni ma...
07/02/2023

โœจ ๐Œ๐”๐๐€๐‰๐€๐“ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ & ๐˜๐€๐’๐ˆ๐ ๐“๐€๐‡๐‹๐ˆ๐‹ ๐ˆ๐‹๐Œ๐€๐Œ ๐–๐ โœจ

๐ด๐‘ ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘ข๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘–๐‘˜๐‘ข๐‘š ๐‘ค๐‘๐‘ก

ILMAM Wilayah Persekutuan menjemput kepada semua alumni mahasiswa Wilayah Persekutuan Mesir untuk bersama-sama bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

๐‘€๐‘Ž๐‘˜๐‘™๐‘ข๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐‘š๐‘Ž๐‘—๐‘™๐‘–๐‘  ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘– ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘˜๐‘ข๐‘ก :-
โ€ข 10 Feb 2023 (Jumaat)
โ€ข 9.30 malam
โ€ข Google Meet

Link Google Meet
https://meet.google.com/ojz-sivy-mto

Bacaan Yasin & Tahlil ini juga bertujuan untuk mendoakan khususnya kepada Al Marhum Ustaz Faiz bin Mat Zaid selaku mantan Bendahari ILMAM WP dan umumnya kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.

๐Ÿ”น Bacaan Yaasiin dibimbing oleh :
Ustaz Muhd Bazli bin Zakaria
๐Ÿ”น Taujihah oleh :
Ustaz Mohd Anwar Arif bin Ramli (Pengerusi ILMAM WP)

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข ๐™Ž๐™š๐™ข๐™ช๐™– ๐˜ผ๐™ก๐™ช๐™ข๐™ฃ๐™ž ๐™ˆ๐™–๐™๐™–๐™จ๐™ž๐™จ๐™ฌ๐™– ๐™’๐™ž๐™ก๐™–๐™ฎ๐™–๐™ ๐™‹๐™š๐™ง๐™จ๐™š๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™š๐™จ๐™ž๐™ง ๐™™๐™ž๐™Ÿ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ฉ ๐™๐™–๐™™๐™ž๐™ง

Anjuran oleh : ILMAM Wilayah Persekutuan

SUMBANGAN ILMAM WP Alhamdulillah, harini telah diadakan aktiviti ziarah serta serahan barang sumbangan kepada keluarga A...
29/01/2023

SUMBANGAN ILMAM WP

Alhamdulillah, harini telah diadakan aktiviti ziarah serta serahan barang sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ustaz Faiz (Alumni BKAWM).

Ziarah harini dihadiri oleh Ustaz Anuar dan Ustaz Haziq seterusnya menyerahkan sumbangan kepada Ustazah Halimah, isteri kepada Allahyarham Ustaz Faiz.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga arwah dan diberi ketabahan hati bagi menjalani kehidupan di hari yang mendatang.

SUMBANGAN SAHABAT ILMAM WILAYAH PERSEKUTUANAssalamualaikum w.b.tPada hari ini bertarikh 21/11/2022, kita dikejutkan deng...
22/11/2022

SUMBANGAN SAHABAT ILMAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Assalamualaikum w.b.t

Pada hari ini bertarikh 21/11/2022, kita dikejutkan dengan berita pemergian sahabat kita Ustaz Faiz bin Mat Zaid. Beliau telah kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan isteri dan 2 orang anak yang masih kecil.

Pihak ILMAM WP ingin membuka ruang seluas-luasnya kepada semua untuk membantu ahli keluarga almarhum dengan seikhlas yang mungkin.

ู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุณูŽู‘ุฑูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุนู’ุณูุฑู ูŠูŽุณูŽู‘ุฑูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ููู‰ ุงู„ุฏูู‘ู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽุงู„ุขุฎูุฑูŽุฉู

"Barangsiapa yang meringankan beban seorang Muslim yang sedang kesulitan, maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan akhirat" [H.R. Muslim]

Moga Allah balas dengan sebaik-baik ganjaran buat dermawan sekalian. Salurkan sumbangan ke akaun isteri arwah seperti butiran di bawah:

Bank Islam
1212-2020-401-946
Siti Norhalimah Saleh
Reference: Sumbangan Ust Faiz

22/11/2022

๐Ÿ–ค Salam Takziah ๐Ÿ–ค

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ
ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ ูˆูŽุนูŽุงููู‡ ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡
โ€œYa Allah, ampunilah dia, belas kasihanilah dia, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosanyaโ€

Mendapat perkhabaran duka atas pemergian sahabat sepengajian Allahyarham Ustaz Faiz Mat Zaid akibat kemalangan jalanraya di DUKE.

Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkannya bersama para solihin.

Salam takziah buat ahli keluarga yang ditinggalkan.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
ILMAM Selangor

Tahniah diucapkan kepada Abezuh Saiman Ustaz Dr Muhammad Zuhaili Saiman atas perlantikan sebagai Presiden ILMAM Malaysia...
14/06/2022

Tahniah diucapkan kepada Abezuh Saiman Ustaz Dr Muhammad Zuhaili Saiman atas perlantikan sebagai Presiden ILMAM Malaysia 2022/2024.

Semoga terus komited membawa ILMAM Malaysia untuk manfaat ummah serta membumikan dakwah untuk kebaikan semua.

Daripada
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia
( ILMAM Malaysia )

๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ง๐—” ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š, ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐—•๐—”๐—›๐—จ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐— ๐—œ๐—ž๐—จ๐—ŸCHERAS, 26 Mei 2022 - Sahabat ILMAM Wilayah Persekutuan mengadakan ses...
27/05/2022

๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ง๐—” ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š, ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐—•๐—”๐—›๐—จ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐— ๐—œ๐—ž๐—จ๐—Ÿ

CHERAS, 26 Mei 2022 - Sahabat ILMAM Wilayah Persekutuan mengadakan sesi ziarah ke rumah Ustaz Faris bin Mazlan. Tempoh hari, ayah beliau telah kembali ke rahmatullah. Sungguh berat bagi seorang anak ingin melepaskan ayahnya yang tercinta.

Atas usaha dan kerjasama ILMAM WP, kami telah membuka tabung derma bagi meringankan sedikit sebanyak bebanan sahabat kita. Alhamdulillah, semalam juga sumbangan itu telah diserahkan kepada Ustaz Faris yang disampaikan oleh Ustaz Anuar, selaku Pengerusi ILMAM WP.

Tiada apa yang kami harapkan melainkan agar Ustaz Faris dan keluarga terus tabah dan kuat semangat dalam menjalani hari-hari yang mendatang. Kami mendoakan semoga segala urusan Ustaz Faris dimudahkan oleh Allah SWT InshaAllah.

โœจ ๐Œ๐”๐๐€๐‰๐€๐“ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ & ๐˜๐€๐’๐ˆ๐ ๐“๐€๐‡๐‹๐ˆ๐‹ ๐ˆ๐‹๐Œ๐€๐Œ ๐–๐ โœจ๐ด๐‘ ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘ข๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘–๐‘˜๐‘ข๐‘š ๐‘ค๐‘๐‘กBersempena perayaan mulia di bulan Syawal ini, ILMAM Wilay...
11/05/2022

โœจ ๐Œ๐”๐๐€๐‰๐€๐“ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ & ๐˜๐€๐’๐ˆ๐ ๐“๐€๐‡๐‹๐ˆ๐‹ ๐ˆ๐‹๐Œ๐€๐Œ ๐–๐ โœจ

๐ด๐‘ ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘ข๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘–๐‘˜๐‘ข๐‘š ๐‘ค๐‘๐‘ก

Bersempena perayaan mulia di bulan Syawal ini, ILMAM Wilayah Persekutuan menjemput kepada semua alumni mahasiswa Wilayah Persekutuan Mesir untuk bersama-sama bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

๐‘€๐‘Ž๐‘˜๐‘™๐‘ข๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐‘š๐‘Ž๐‘—๐‘™๐‘–๐‘  ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘– ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘˜๐‘ข๐‘ก :-
โ€ข 12 Mei 2022 (Khamis)
โ€ข 9.15 malam
โ€ข Google Meet

Link Google Meet
๐ฆ๐ž๐ž๐ญ.๐ ๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž.๐œ๐จ๐ฆ/๐ฑ๐ฃ๐ญ-๐ฏ๐ฒ๐š๐š-๐ณ๐œ๐ช

Bacaan Yasin ini juga bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan dan kesihatan buat ayah kepada Ustaz Faris bin Mazlan dan bacaan Tahlil umumnya kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.

๐Ÿ”น Bacaan Yaasiin dibimbing oleh :
Ustaz Luqman Hakim bin Hj Kamaruddin
๐Ÿ”น Tausiah oleh :
Ustaz Mohd Anwar Arif bin Ramli (Pengerusi ILMAM WP)

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข ๐™Ž๐™š๐™ข๐™ช๐™– ๐˜ผ๐™ก๐™ช๐™ข๐™ฃ๐™ž ๐™ˆ๐™–๐™๐™–๐™จ๐™ž๐™จ๐™ฌ๐™– ๐™’๐™ž๐™ก๐™–๐™ฎ๐™–๐™ ๐™‹๐™š๐™ง๐™จ๐™š๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™š๐™จ๐™ž๐™ง ๐™™๐™ž๐™Ÿ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ฉ ๐™๐™–๐™™๐™ž๐™ง

Anjuran oleh : ILMAM Wilayah Persekutuan

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐’๐“๐€๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸBulan Ramadan yang mulia hadir dengan pelbagai bentuk rahmat serta berkat. Pada b...
06/04/2022

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐’๐“๐€๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ

Bulan Ramadan yang mulia hadir dengan pelbagai bentuk rahmat serta berkat. Pada bulan ini juga berlaku peristiwa peperangan Badar dan pembukaan kota Makkah.

Peristiwa seperti ini menjadi bukti bahawa ibadah puasa tidaklah menjadi penghalang untuk kekal bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam mencapai suatu target.

Justeru itu, mengambil ibrah daripada kisah berikut, ILMAM Wilayah Persekutuan ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 buat semua calon STAM 2021.

Banyakkan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT, mudah-mudahan kalian dapat meraih keputusan yang cemerlang inshaAllah.

Address

Atas MVS Bundle, No. 13-2F, Jalan Setia Perdana BC, U13/BC
Setia Alam
40170SHAHALAM, SELANGORDARULEHSAN HTTPS://GOO.GL/MAPS/E91UUJN7BZJ

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ILMAM WP Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to ILMAM WP Official:

Shortcuts

Share

Category