Persatuan Guru KAFA Bahagian Serian

Persatuan Guru KAFA Bahagian Serian Selamat datang ke halaman rasmi Persatuan Guru KAFA Bahagian Serian! Ikuti kami untuk info terkini, program dan aktiviti persatuan.

Bersama memartabatkan pendidikan KAFA!

24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H bersamaan 25 Ogos 2026M kepada seluruh umat Islam.

Semoga sambutan Maulidur Rasul menjadi ruang untuk kita memperteguh kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menghayati sirah serta meneladani akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Firman Allah SWT:

โ€œDemi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.โ€
(Surah Al-Ahzab: 21)

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat โ€œUmmah Maju Makmurโ€ dengan menjadikan ajaran dan teladan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam membina diri, keluarga, masyarakat dan negeri yang sejahtera.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ๐ŸŒ™



Selamat Menduduki Peperiksaan Ujian Percubaan Penilaian Kelas KAFA Peringkat Negeri Sarawak diucapkan kepada semua calon...
27/07/2026

Selamat Menduduki Peperiksaan Ujian Percubaan Penilaian Kelas KAFA Peringkat Negeri Sarawak diucapkan kepada semua calon UPKK Bahagian Serian tahun 2026!!

Untuk perhatian Ibubapa & Calon UPKK 2026JADUAL UJIAN PERCUBAAN PENILAIAN KELAS KAFA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026
20/07/2026

Untuk perhatian Ibubapa & Calon UPKK 2026

JADUAL UJIAN PERCUBAAN PENILAIAN KELAS KAFA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026

10 JULAI 2026 | BENGKEL PEMANTAPAN JAWI GURU KAFA BAHAGIAN SERIAN TAHUN 2026
10/07/2026

10 JULAI 2026 | BENGKEL PEMANTAPAN JAWI GURU KAFA BAHAGIAN SERIAN TAHUN 2026

7 JULAI 2026 | GERAK GEMPUR BAHASA ARAB UPKK BAHAGIAN SERIAN 2026Seramai 35 orang murid daripada 14 pusat UPKK bahagian ...
08/07/2026

7 JULAI 2026 | GERAK GEMPUR BAHASA ARAB UPKK BAHAGIAN SERIAN 2026

Seramai 35 orang murid daripada 14 pusat UPKK bahagian Serian serta 20 orang guru Bahasa Arab KAFA telah mengikuti program anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Serian dengan kerjasama persatuan yang diadakan di Bilik Seminar, Pejabat Agama Islam Bahagian Serian.

Program ini bertujuan untuk berkongsi teknik-teknik menjawab soalan Bahasa Arab UPKK dan juga topik-topik yang perlu diberi penekanan untuk peperiksaan. Perkongsian ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustazah Norashikin binti Jamal.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih untuk semua yang telah terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat membantu para pelajar dan guru untuk persediaan menghadapi peperiksaan UPKK pada tahun ini.

1 Julai 2026 | Taklimat Penataran Pengoperasian Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat Bahagian SerianTempat : Bil...
03/07/2026

1 Julai 2026 | Taklimat Penataran Pengoperasian Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat Bahagian Serian

Tempat : Bilik Seminar, Pejabat Agama Islam Bahagian Serian.
Peserta : 16 org SUP dan 19 org Penilai UPKK (Lisan).

18 Jun 2026 | Bengkel Kaedah Pengisian Rancangan Pengajaran Harian Guru KAFA Bahagian Serian56 org Guru KAFA Bahagian Se...
03/07/2026

18 Jun 2026 | Bengkel Kaedah Pengisian Rancangan Pengajaran Harian Guru KAFA Bahagian Serian

56 org Guru KAFA Bahagian Serian telah menyertai Bengkel Kaedah Pengisian Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Guru KAFA Bahagian Serian. Bengkel ini diadakan untuk pendedahan kepada guru KAFA bahagian Serian tentang kaedah penulisan RPH yang betul. Bengkel ini telah diadakan di Bilik Seminar, Pejabat Agama Islam Bahagian Serian.

21 Mei 2026 | Bengkel Pengemaskinian Data SIMPENI Bahagian SerianSeramai 22 orang Guru Data Bahagian Serian telah menyer...
03/07/2026

21 Mei 2026 | Bengkel Pengemaskinian Data SIMPENI Bahagian Serian

Seramai 22 orang Guru Data Bahagian Serian telah menyertai Bengkel Pengemaskinian Data SIMPENI Bahagian Serian. Bengkel ini bertujuan untuk menyemak dan mengemaskini maklumat-maklumat guru KAFA dan juga murid KAFA ke dalam sistem SIMPENI. Bengkel ini diadakan di Bilik Seminar, Pejabat Agama Islam Bahagian Serian.

24/06/2026
Makluman Semakan Pendaftaran Calon UPKK Tahun 2026Ibu bapa/ Penjaga boleh membuat semakan pendaftaran calon UPKK 2026 ba...
06/05/2026

Makluman Semakan Pendaftaran Calon UPKK Tahun 2026

Ibu bapa/ Penjaga boleh membuat semakan pendaftaran calon UPKK 2026 bagi anak masing-masing pada pautan berikut:

https://simpeni.islam.gov.my/index.php?pages=semakan/semakan_daftar_upkk

Sila masukkan no mykid calon tanpa - / space
atau no surat beranak

Semakan boleh dibuat bermula:
6 Mei 2026, Rabu (8.00am) sehingga 15 Mei 2026, Jumaat (11.59pm)

Ibu bapa/ Penjaga DIWAJIBKAN membuat semakan nama dan no kad pengenalan murid yang betul bagi mengelakkan sebarang isu keciciran calon UPKK Tahun 2026.

Sekiranya terdapat sebarang isu berkaitan pendaftaran UPKK, Ibu bapa/ Penjaga boleh merujuk terus kepada guru di sekolah masing-masing.

Harap Maklum & Terima Kasih..

Address

Serian
94700

Telephone

+6082891304

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Guru KAFA Bahagian Serian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Persatuan Guru KAFA Bahagian Serian:

Shortcuts

Share