31/07/2026
Alhamdulillah telah berlangsung pada Khamis, 30 Julai 2026 Bengkel menjawab UPKK & SRAI Bahasa Arab serta Malam Munajat buat semua calon UPKK & SRAI bersama muallim dan muallimah.
Bengkel Bahasa Arab disampaikan oleh ustaz Syafiq Roslan Jurulatih Utama Bahasa Arab KAFA. Manakala taujihat pada Malam Munajat disampaikan oleh Muallim Mohd Nor Taqqiuddin, Pengetua SMAH Manjung bagi meningkatkan motivasi anak-anak calon untuk terus cekal berusaha.
Seterusnya murid dan guru berbuka puasa/makan malam bersama, solat berjemaah, membaca yassin dan almulk serta solat sunat hajat bersama-sama. Muallim dan muallimah juga diberi kesempatan untuk memberikan sedikit nasihat dan amanat buat semua anak-anak didik tersayang.
Semoga program yang sesi yang dilalui oleh anak-anak dapat membangkitkan motivasi untuk terus menimba ilmu, beramal dengan ilmu seterusnya berazam untuk terus mengejar kejyaan di dunia dan akhirat.
Terima kasih ibu bapa dan muallim muallimah yang berusaha keras menyokong dan menjayakan program ini.
Unit Kurikulum
SRAHM