23/01/2026
🌙 JUMAAT 2026 | BAKUL MURABBI 🌙
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, kita kini berada dalam bulan Syaaban, bulan persediaan menuju Ramadan yang penuh keberkatan. Pada hari Jumaat yang mulia ini, IKRAM Manjung mengajak seluruh warga prihatin untuk bersama-sama meneruskan inisiatif Bakul Murabbi — satu usaha kebajikan berterusan bagi menghargai para murabbi serta staf sokongan Sekolah Rendah Al-Hidayah Manjung (SRAH) dan Sekolah Menengah Al-Hidayah Manjung (SMAH).
Untuk makluman, agihan pertama Bakul Murabbi bagi tahun 2026 telah pun berlangsung dengan jayanya pada 19 Januari 2026, apabila para guru dan kakitangan sokongan telah menerima Voucher TF Value-Mart bernilai RM100 sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas komitmen serta amanah mendidik anak-anak ummah.
Inisiatif Bakul Murabbi ini lahir daripada kesedaran bahawa peranan guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, bahkan mentarbiyah, membimbing dan membina sahsiah generasi rabbani demi masa hadapan ummah.
Sehubungan itu, dengan penuh rendah hati, kami mengalu-alukan sokongan berterusan tuan/puan agar usaha kebajikan ini dapat diteruskan secara konsisten sepanjang tahun, insya-Allah.
📌 Saluran Sumbangan Bakul Murabbi
🏦 Nama Akaun: Pertubuhan IKRAM Malaysia(IKRAM) Manjung
🏦 Bank: Maybank Islamic
🔢 No. Akaun: 5582 9360 4563
📝 Rujukan: BakulMurabbi2026
✨ Sedikit sumbangan, besar maknanya buat para murabbi.
🤲 Semoga setiap infak yang diberikan diterima sebagai amal soleh dan menjadi bekalan menuju Ramadan.
Jazakumullahu khairan jazaa’.
Bakul Murabbi | Menghargai Murabbi, Membina Generasi Rabbani