UPM Deputy Vice Chancellor for Academic and International

UPM Deputy Vice Chancellor for Academic and International Deputy Vice Chancellor (Academic and International) @ Universiti Putra Malaysia
www.upm.edu.my

๐“๐๐‚๐€๐€ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ฌ๐จ๐ก๐จ๐ซ๐š๐ง ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐“๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐ฎ๐ข ๐’๐€๐–๐€๐„ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ข ๐“๐š๐ข๐ฐ๐š๐ง๐Ÿ๐Ÿ– ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐“๐€๐ˆ๐–๐€๐ โ€“ Timbalan Naib Canselor (Akademik & An...
18/08/2026

๐“๐๐‚๐€๐€ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ฌ๐จ๐ก๐จ๐ซ๐š๐ง ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐“๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐ฎ๐ข ๐’๐€๐–๐€๐„ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ข ๐“๐š๐ข๐ฐ๐š๐ง

๐Ÿ๐Ÿ– ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐“๐€๐ˆ๐–๐€๐ โ€“ Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Bin Abu Talib, telah mengadakan lawatan rasmi ke National Cheng Kung University (NCKU) Tainan, Taiwan bersempena dengan penganjuran persidangan South East Asia Workshop on Aerospace Engineering (SAWAE) 2026.

โ€‹Lawatan ini menjadi platform penting untuk memperluas jaringan UPM di peringkat global.

โ€‹Dalam lawatan tersebut, YBhg. Prof. TNCAA mengambil peluang untuk memberi penerangan mengenai UPM bagi memperkukuhkan kerjasama dengan pihak NCKU yang menyambut baik inisiatif ini dan menunjukkan minat yang mendalam untuk meneroka serta meluaskan kerjasama melangkaui bidang Kejuruteraan Aeroangkasa, merangkumi pelbagai bidang lain di peringkat universiti.

Selain daripada usaha kolaborasi, keterlihatan kepimpinan dan kepakaran turut diserlahkan melalui peranan utama sepanjang persidangan SAWAE 2026 berlangsung.

โ€‹Beliau yang telah dilantik sebagai Presiden bagi South East Asia Network on Aerospace Engineering (SANAE) sejak tahun 2024, telah menerajui bengkel pada tahun ini yang juga merupakan sambutan ulang tahun ke-10 penubuhan rangkaian tersebut. Atas kapasiti ini, beliau telah menyampaikan Ucapan Alu-aluan (Welcome Remarks) pada hari pertama persidangan.

Diiktiraf atas kepakaran beliau dalam bidang Aeroangkasa, beliau telah dijemput sebagai penyampai ucaptama. Beliau menyampaikan pembentangan Plenary Talk IV yang bertajuk "From Concept to Sky: Advancing Hydrogen Fuel Systems for Future Aircraft" pada hari kedua program.

Kepakaran beliau turut dimanfaatkan apabila dilantik sebagai Pengerusi Sesi (Session Chair) bagi sesi teknikal petang "Sustainable Aviation Fuels, Thermal Systems and Energy Devices II" bersama Prof. C.-H. Cheng dari NCKU.

Keterlibatan aktif TNCAA UPM dalam SAWAE 2026 ini bukan sahaja membuktikan kepakaran teknikal beliau dalam bidang aeroangkasa, malah menonjolkan peranan penting UPM dalam memupuk kerjasama akademik dan penyelidikan di peringkat antarabangsa menerajui agenda Kesohoran Global UPM.

https://tncaa.upm.edu.my/berita/tncaa_perkukuh_kesohoran_global_terajui_sawae_2026_di_taiwan-95349




17/08/2026
17/08/2026

Tahniah diucapkan kepada anda yang berjaya menerima tawaran pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM)!

Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan atau pengesahan maklumat berkaitan kemasukan dan hal ehwal akademik, pihak kami boleh dihubungi melalui:

Alamat:

Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik,
Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon: 03-9769 6060
E-mel: [email protected]
Media sosial: Pejabat Pentadbiran Akademik & Antarabangsa UPM

17/08/2026
17/08/2026

Tahniah dan Syabas semua pelajar yang berjaya menerima tawaran kemasukan ke UPM!

Selamat melangkah ke menara gading dan menjadi warga Universiti Putra Malaysia

10/08/2026
Lawatan Kerja Rasmi TNCAA UPM ke China Perkukuh Kerjasama Pendidikan Pintar ASEANGUIYANG, CHINA โ€“ Timbalan Naib Canselor...
31/07/2026

Lawatan Kerja Rasmi TNCAA UPM ke China Perkukuh Kerjasama Pendidikan Pintar ASEAN

GUIYANG, CHINA โ€“ Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Ir. Dr. Abd Rahim Abu Talib, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Guiyang dan Gui'an di Wilayah Guizhou, China. Lawatan bermula dari 27 Julai 2026 ini diadakan bersempena dengan Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN (CAECW) 2026.

Berikut adalah sorotan utama sepanjang program lawatan rasmi tersebut:

1. Pelancaran Majlis Pembukaan CAECW 2026

โ€ข Pada pagi 29 Julai 2026, Profesor Ir. Dr. Abd Rahim Abu Talib telah menghadiri Majlis Pembukaan secara rasmi di Tapak Penganjuran Tetap CAECW.

โ€ข Acara antarabangsa tahun ini membawa tema "Leveraging Smart Education, Building an Amicable Homeland".

2. Lawatan Kerjasama ke GUFE

โ€ข Bagi memperkukuhkan jalinan akademik antarabangsa, delegasi UPM telah mengadakan perbincangan strategik mengenai peluang kerjasama dengan Guizhou University of Finance and Economics (GUFE) pada petang 28 Julai 2026.

3. TNCAA UPM Sebagai Pengucaptama

โ€ข Kepakaran UPM dalam transformasi pendidikan digital diiktiraf apabila Profesor Ir. Dr. Abd Rahim Abu Talib dijemput menyampaikan Ucaptama Tema 6 pada petang 29 Julai 2026.

โ€ข Pembentangan beliau bertajuk "The Digital Campus: Advancing Teaching & Learning" mengupas inisiatif pendigitalan pengajaran dan AI di UPM.

โ€ข Ucaptama ini sejajar dengan tema sesi tersebut iaitu "AI Co-Creating the Future: Education Connecting ASEAN - Digital Intelligence Empowering Deep Integration of Cross-border Industry and Education".

4. Tetamu Kehormat Majlis Penutup "Bridge to See Guizhou"

โ€ข Pada petang 31 Julai 2026, beliau turut menghadiri Majlis Penutup bagi Bengkel Pengalaman Penciptaan Bersama Budaya CAECW.

โ€ข Acara penutup ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Aktiviti Pertukaran Pelajar dan Guru Antarabangsa "Bridge to See Guizhou" yang menjadi platform penting dalam pertukaran silang budaya.

Lawatan rasmi ini bukan sahaja menyerlahkan profil global UPM, malah memperkukuhkan sinergi pendidikan antara Malaysia dan China dalam landskap pendidikan digital di rantau ASEAN.

https://tncaa.upm.edu.my/berita/lawatan_kerja_rasmi_tncaa_upm_ke_china_perkukuh_kerjasama_pendidikan_pintar_asean-94962


Address

Canselori Putra
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPM Deputy Vice Chancellor for Academic and International posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to UPM Deputy Vice Chancellor for Academic and International:

Shortcuts

Share

Category