Department of Industrial Design,FRSB,UPM

Department of Industrial Design,FRSB,UPM Industrial design is a field that focuses on art, design and user’s touch in the process of engineering and manufacturing.

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙Jabatan Rekabentuk Perindustrian mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ kepada seluruh...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙

Jabatan Rekabentuk Perindustrian mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ kepada seluruh warga jabatan serta umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati sirah, akhlak dan sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga semangat kasih sayang, persaudaraan, amanah dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dapat kita contohi dan diterapkan dalam kehidupan seharian serta dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.”

Semoga kita semua mendapat keberkatan, rahmat dan syafaat Baginda di dunia dan akhirat.

Salam Maulidur Rasul ﷺ
Daripada:
Jabatan Rekabentuk Perindustrian

Fakulti Rekabentuk dan Senibina

PROGRAM JAYAWARA KTEPJ
21/08/2026

PROGRAM JAYAWARA KTEPJ

TAHNIAH*ENCIK AHMAD QADRI BIN BASRI*atas pengurniaan*DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI SARAWAK*Bentara Bintang...
21/08/2026

TAHNIAH

*ENCIK AHMAD QADRI BIN BASRI*

atas pengurniaan

*DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI SARAWAK*

Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.)

sebagai penghargaan atas sumbangan dan khidmat bakti kepada masyarakat dan Negeri Sarawak.

Setinggi-tinggi tahniah atas pengiktirafan yang penuh bermakna ini.

Ayuh semua warga FRSB, sama- sama kita doakan kejayaan buat*​DR. SITI MASTURA MD ISHAK* _(Peserta Kedua)_​yang bakal men...
21/08/2026

Ayuh semua warga FRSB, sama- sama kita doakan kejayaan buat

*​DR. SITI MASTURA MD ISHAK* _(Peserta Kedua)_

​yang bakal menggegar *pentas akhir Pertandingan Puisi Program Semarak Merdeka 2026 UPM pada esok pagi (20 Ogos 2026)*

​Lontarkan bait-bait indah dan alunkan jiwa merdeka di atas pentas!

Teruskan perjuangan membawa nama fakulti ke mercu kejayaan!❤️

Fakulti Rekabentuk dan Senibina

Southern Taiwan University of Science and Technology’s "Youth-Senior Co-creation" USR Project Heads to UPM in Malaysia: ...
21/08/2026

Southern Taiwan University of Science and Technology’s "Youth-Senior Co-creation" USR Project Heads to UPM in Malaysia: Cross-Border Exchange Showcases Sustainability

https://nvns.net/news_view.php?new_sn=138840&new_csn=1776

Fakulti Rekabentuk dan Senibina

視傳媒-新興網路媒體,目前各縣市均有記者發稿,有多位資深也有很多充滿活力的記者,一起拿起筆桿來為民眾出聲。

19/08/2026

Tahniah dan Syabas!

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menerima
TAWARAN KEMASUKAN KE FRSB

Selamat datang ke Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia.

Kejayaan ini merupakan permulaan kepada sebuah perjalanan baharu dalam meneroka ilmu, mencungkil kreativiti dan membina masa hadapan.

Selamat melangkah ke menara gading.
Semoga terus cemerlang, berani berkarya dan berjaya menggapai cita-cita.

Ikhlas daripada:
Pengurusan dan Warga
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Universiti Putra Malaysia

19/08/2026
19/08/2026

RUANG BICARA
13 Ogos 2026, Khamis
Siaran Langsung: 9.00 – 10.00 malam
@ Studio 2, Ground Floor Wisma BERNAMA

TAJUK
Kaligrafi: Merentas Aksara, Menyatukan Malaysia

TETAMU DI STUDIO
1. Prof. Madya Dr. Nor Azlin Hamidon
Jabatan Seni Halus
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

2. Prof. Madya Ts. Dr. Velu Perumal, CiDe
Jabatan Reka Bentuk Perindustrian
Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Kaligrafi bukan sekadar seni tulisan, tetapi cerminan identiti, budaya dan warisan masyarakat.

Dalam Malaysia yang berbilang kaum, pelbagai aksara boleh menjadi jambatan untuk kita saling mengenali dan menghargai budaya masing-masing.

Persoalannya, bagaimana kaligrafi boleh terus diperkasa sebagai seni yang merentas bahasa, budaya dan generasi, sekali gus menyatukan Malaysia?

Ikuti kupasan bersama dua tokoh seni kaligrafi negara hanya di Ruang Bicara.

Saluran ASTRO 502 / UNIFI TV 631 / MyTV 121
FB Live & YouTube Streaming: BERNAMA TV

19/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Hassan Alli, Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, atas kejayaan menerbitkan buku Automotive Design Idea, Process and Concept: Automotive Design Concept (ISBN: 978-629-7915-51-7).

Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan kecemerlangan dalam bidang akademik, penyelidikan dan penerbitan ilmiah.

19/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Nazlina Shaari CIDe atas kejayaan menjalin kerjasama dalam penerbitan buku terjemahan Indigo Asli Awa daripada Bahasa Jepun ke Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bersama Dr. Miyoko Kawahito dari Tokushima Prefectural Indigo Dye Research Association, Jepun.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan dan jaringan kerjasama antarabangsa, sekali gus mengharumkan nama Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia.

#

Address

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Seri Kembangan
43400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Department of Industrial Design,FRSB,UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Department of Industrial Design,FRSB,UPM:

Shortcuts

Share