23/12/2025
MAJLIS IHTIFAL
TADIKA PRA TAHFIZ DARUL
ILMI AS SYAFIE 2025
21.12.2O25
Ya Allah,
Ya Rahman, Ya Rahim,
Kami memanjat kan rasa kesyukuran ke hadrat-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berkumpul pada majlis pagi ini yang penuh berbahagia ini, Majlis Ihtifal Tadika Pra Tahfiz Darul Ilmi As Syafie pada pagi ini.
Ya Allah aku memohon kepada - Mu agar memberkati majlis yang sederhana ini dengan limpahan Rahman dan Rahim - Mu. Semoga segala usaha kami dalam menjayakan Majlis ini mendapatkan keredhaan dan hidayah-Mu. Tutuplah segala kesedihan dan kelemahan kami dan gantikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan..
Ya Allah, Ya Hayyu Ya Qayyum,
Kurniakanlah keberkatan dan rahmat-Mu ke atas majlis ini. Jadikanlah majlis ini majlis yang Engkau redhai, majlis yang penuh keberkatan, dan majlis yang diberkati-Mu.
Ya Allah, Ya Ghaniyyu Ya Hamid,
Permudahkanlah segala urusan kami dalam menjayakan majlis ini, dari awal hingga akhirnya. Jadikanlah majlis ini sebagai platform untuk mencungkil bakat, melahirkan generasi yang bijak, cerdik, dan soleh, serta menjadi pelapis negara yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara.
Alhamdulillah Tahniah pada semua bekas pelajar Tadika Pra Tahfiz Darul llmi As Syafie mendapat keputusan yang cemerlang dan di nobatkan hafazan terbaik.Dan ada yang sudah bergelar Al Hafiz.. bangga diatas kejayaan semua.
Ya Allah
Ya Akramal Akramin,
Anugerahkanlah kami kesihatan yang berterusan, kekuatan fizikal dan mental. Kurniakanlah kami kesabaran yang luar biasa dan berikan kekuatan untuk mencapai kecemerlangan yang lebih bermakna . Eratkanlah silaturrahim dan ukhuwah antara kami, para guru, ibubapa, dan pelajar - pelajar..
Ya Allah,
Lindungilah kami, permudahkanlah kehidupan kami sepertimana kami memudahkan urusan orang lain dan kurniakanlah kebaikan dunia dan akhirat. Jauhkanlah kami daripada sebarang bala bencana dan segala keburukan. Aamiin
Rabbana aatina fid-dunya hasanah, wa fil-akhirati hasanah, wa qina 'azabannar
Terima kasih kepada Datuk & Datin YB dan Ahli Parlimen Hulu Langat serta semua kehadiran ibubapa. Terima kasih atas sokongan.. Semoga kita semua dirahmati Allah. Terima kasih juga pada semua cikgu2yang bertugas untuk memastikan semuanya perjalanan majlis anugerah berjalan dengan lancarnya Aamiin.
Terima kasih juga kehadiran para pelajar - pelajar lama yang hadir, semuanya bakal Al Hafiz dan Hafizah. Rasa terharu bila mereka melangkah
dengan cemerlang mencari ilmu dunia & akhirat. Aamiin
21.12.2025