10/02/2022
Saksikan Majlis Naratif Naib Canselor UPM 2022 yang akan diadakan pada 11 Februari 2022 (Esok) jam 9.00 pagi melalui Facebook Rasmi UPM (www.facebook.com/UniPutraMalaysia) sebagai tanda sokongan terhadap aspirasi naratif Naib Canselor yang perlu dihayati oleh semua warga UPM.
08/12/2021
📢 Undangan Menyertai Program Putra Sharing@PNC Siri 5/2021 Anjuran Pejabat Naib Canselor, UPM 📁
Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan, Pejabat Naib Canselor akan menganjurkan Program Putra Sharing@PNC Siri 5/2021, butiran seperti berikut:
📌 TAJUK| Sayonara 2021, Hai...2022
🗣️ PENCERAMAH| En. Mohd Redzuan Zamberi, Ketua Seksyen Kaunseling Pekerja, Bahagian Kaunseling UPM
🗓️ TARIKH| 17 Disember 2021 (Jumaat)
⏰ MASA| 10:00-11:30 pagi
Sehubungan itu, YBhg. Prof. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan diundang untuk menyertai program ini.
⭕Mohon Maklum Balas dengan melengkapkan borang seperti dipautan berikut sebagai pendaftaran awal,
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSexEw3Die07H7beSfyDcowIhzlB0Y6ywgSMjLICHOUvsVSi7w/viewform?usp=sf_link
⭕Mata CPD latihan akan diberikan kepada staf UPM yang mendaftar kehadiran.
Sekian, Terima Kasih.
26/11/2021
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Majlis Pelancaran Pelan Strategik UPM 2021-2025 dengan Tema Evolusi Keunggulan 50 Tahun Universiti Putra Malaysia.
Majlis Pelancaran ini dianjurkan sebagai suatu refleksi perjalanan UPM dalam mengimbau sejarah keunggulan 50 tahun dan merencana masa depan melalui Pelan Strategik UPM bagi memperkukuhkan lagi peranan universiti sebagai sebuah menara ilmu.
Sehubungan itu, semua warga UPM adalah amat dialu-alukan untuk menyertai dan dijemput untuk menonton Majlis Pelancaran Pelan Strategik UPM 2021-2025 yang akan diadakan secara langsung dalam talian seperti butiran berikut:
Tarikh: 3 Disember 2021 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Platform: Facebook Live UPM (https://www.facebook.com/UniPutraMalaysia)
16/11/2021
Majlis Konvokesyen UPM ke-44 akan berlangsung pada 8-13 Januari 2022.