Maahad Tahfiz Darul Azhar - معهد تحفيظ دار الازهر

  • Home
  • Maahad Tahfiz Darul Azhar - معهد تحفيظ دار الازهر

Maahad Tahfiz Darul Azhar - معهد تحفيظ دار الازهر Ma'ahad Tahfiz Darul Azhar


Perunding Zakat LZS


Wakil Amil IPIS, LZS

MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN 📖 Muhammad Umar Thaqif Bin Mohd Nazri📅 16 Mei 2026 (Sabtu)🕙 10.00 pagi📍 Maahad Tahfiz Dar...
16/05/2026

MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN

📖 Muhammad Umar Thaqif Bin Mohd Nazri
📅 16 Mei 2026 (Sabtu)
🕙 10.00 pagi
📍 Maahad Tahfiz Darul Azhar, Masjid Kompleks Pertanian Serdang

💐 Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada:
En. Mohd Nazri Bin Mohd Hussein
dan
Pn. Hasniza Binti Mohd Nor

atas kejayaan dan didikan yang penuh istiqamah dalam membimbing anakanda sehingga berjaya menamatkan hafazan Al-Quran. Semoga Allah S.W.T terus mengurniakan keberkatan, kebahagiaan serta menjadikan Al-Quran sebagai syafaat buat seluruh keluarga di dunia dan akhirat.

Juga kepada semua yang terlibat khususnya Tuan Nazir Dr. Ali Mahmod, Guru halaqah beliau Al-Fadhil Ustaz Usman Sama'e, Al-Fadhil Ustaz Saiful Asyraf, Ustaz Muhaimin, Ustaz Zaihan, Makcik Zah serta suami Pokleh.

Tidak lupa kepada pihak pengurusan maahad dan juga pihak pengurusan Masjid Kompleks Pertanian Serdang.

Lahirnya seorang lagi Al-Hafiz. Tahniah adik Umar Thaqif.


08/04/2026

𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐊𝐄 𝐌𝐄𝐒𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐑𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Permohonan pengurusan pelajar persendirian lepasan SPM dan STAM ke Institut Pengajian Tinggi di Mesir dan Jordan sesi kemasukan 2026 melalui Bahagian Pendidikan Islam JAIS KINI DIBUKA.

Permohonan dalam talian melalui pautan berikut https://epengajiantinggi.jais.gov.my

Pemohon MESTILAH terlebih dahulu membuat permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi melalui https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah (PERMOHONAN KE MESIR) & Sistem UPU Jordan (PERMOHONAN KE JORDAN)

Tarikh tutup: 14 OGOS 2026



08/04/2026

𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pendidikan Islam mempelawa pelajar-pelajar lepasan STAM 2025 yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Selangor (UIS) memohon Tajaan pendidikan Dermasiswa Khas Pengajian Tinggi Selangor dalam bidang seperti berikut :

- Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Multimedia + Diploma Pendidikan Pasca Siswazah
- Ijazah Sarjana Muda Bahasa Al-Quran + Diploma Pendidikan Pasca Siswazah
- Ijazah Sarjana Muda Syariah Dan Undang Undang

Syarat kelayakan dan permohonan melalui laman sesawang https://epengajiantinggi.jais.gov.my/

TARIKH PERMOHONAN
04 APRIL 2026 - 22 MEI 2026 (PENGAMBILAN PERTAMA)
03 OGOS 2026 - 05 OKTOBER 2026 (PENGAMBILAN KEDUA)



SIRI 1: PROSES PENYEMAIANSesi perkongsian ilmu bersama Fakulti Pertanian UPM.Terima kasih kepada Dr. Khairil dan seluruh...
12/02/2026

SIRI 1: PROSES PENYEMAIAN

Sesi perkongsian ilmu bersama Fakulti Pertanian UPM.
Terima kasih kepada Dr. Khairil dan seluruh team atas kerjasama serta kesudian meluangkan masa bersama para pelajar Maahad Tahfiz Darul Azhar.

Projek tanaman sayur menggunakan kaedah hidroponik ini merupakan projek sulung maahad dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang pertanian moden, lestari dan berteknologi.

Semoga ilmu yang dikongsikan menjadi manfaat dan membuka minat pelajar terhadap bidang agro-moden di masa hadapan

https://anyflip.com/bqlcjo/chnc/
12/02/2026

https://anyflip.com/bqlcjo/chnc/

Check TENTANG MTDA from lizawaty ismail here. Like TENTANG MTDA? Just add TENTANG MTDA of lizawaty ismail to My Favorites. Embed TENTANG MTDA to websites for free. Check 3 flipbooks from lizawaty ismail. Upload PDF to create a flipbook like TENTANG MTDA now.

PENDAFTARAN SESI 2026Anak berminat untuk menjadi hafiz Al-Quran bermula di sini.Didikan berasrama, fokus hafazan,  sahsi...
27/01/2026

PENDAFTARAN SESI 2026

Anak berminat untuk menjadi hafiz Al-Quran bermula di sini.

Didikan berasrama, fokus hafazan, sahsiah dan asas akedemik

Apa yang kami tawarkan:

Hafazan Al-Quran & Tahriri
Tajwid, Feqah, Hadith, Sirah & Tauhid
Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Matematik

📚 Silibus Kurikulum Moderasi Tahfiz Negeri Selangor

Lokasi yang sesuai menghafal dan ada ruang untuk riadah.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi,

https://www.wasap.my/+60147320731/Pendaftaran26

DAH BERSEDIA MENJADI HAFIZ MUDA? Pendaftaran pelajar Maahad Tahfiz Darul Azhar Serdang kini DIBUKA! Di sinilah lahirnya ...
14/10/2025

DAH BERSEDIA MENJADI HAFIZ MUDA?

Pendaftaran pelajar Maahad Tahfiz Darul Azhar Serdang kini DIBUKA!

Di sinilah lahirnya generasi Al-Quran — bukan sekadar hafaz, tapi hidup dengan kalam Allah setiap hari!

Apa yang menanti anak anda di sini:

✅ Hafazan al-Quran sepenuh masa
✅ Bahasa Arab, Tajwid, Feqah, Sirah, Hadith & Akhlak
✅ Bahasa Melayu & English
✅ Persekitaran penuh tarbiah & disiplin

Bimbingan guru berpengalaman, suasana tenang & selamat, serta aktiviti pelajar yang membina akhlak dan keyakinan diri!

Terbuka untuk pelajar lelaki 12 – 15 tahun
📍 Lokasi: Serdang, Selangor

Biar anak membesar dengan al-Quran di hati dan akhlak di diri!

📞 Daftar Sekarang!

https://www.wasap.my/+60147320731/Pendaftaran2026



Bayar zakat melalui Maahad Tahfiz Darul Azhar selaku Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor.
22/07/2025

Bayar zakat melalui Maahad Tahfiz Darul Azhar selaku Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor.

Nak bayar zakat? Gunakan kalkulator zakat online kami untuk kira zakat pendapatan, perniagaan, dan harta secara mudah, sah dan cepat. Bayar zakat segera. Tunai zakat online terus ke Lembaga Zakat Selangor

Alhamdulillah pada 4 mei 2025 seramai 6 orang pelajar Maahad Tahfiz Darul Azhar, serdang telah Khatam Hafazan Al Quran 3...
05/05/2025

Alhamdulillah pada 4 mei 2025 seramai 6 orang pelajar Maahad Tahfiz Darul Azhar, serdang telah Khatam Hafazan Al Quran 30 juzuk bagi sesi 2024/2025. Sesungguhnya bukan mudah untuk mereka kerana pendemik covid 19 sedikit sebanyak menganggu fokus hafalan masing.

Berkat kesungguhan diiringi doa ibubapa, alhamdulillah mereka ini membuahkan hasil dan berjaya menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz Darul Azhar.

Majlis juga meraikan pelajar huffaz syahadah yang telah menjalankan sesi syahadah 30 juzuk pada November tahun lalu dalam tempoh masa 19 jam.

Setinggi tinggi syukur diatas kejayaan para pelajar. Semoga Al Quran didada kekal terpelihara. Amanah menjaga hafalan lebih berat bermula saat ini.

Perjalanan mereka tidak terhenti di sini, malah ini merupakan langkah pertama mereka. Kami di Maahad Tahfiz Darul Azhar mendoakan agar mereka terus mengorak langkah yang lebih jauh dan berjaya dalam apa juga bidang yang mereka ceburi.

Insyaallah inilah bakal pemimpin kita satu hari nanti. Merekalah yang akan membina agama, bangsa dan negara. Semoga Al Quran yang dibawa menjadi mendinding serta panduan.

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril. Ia berlaku secara...
17/03/2025

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril. Ia berlaku secara berperingkat selama 23 tahun, bermula pada malam 17 Ramadan di Gua Hira dengan turunnya ayat pertama dari Surah Al-‘Alaq (ayat 1)

Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup umat manusia. Ia memiliki banyak kelebihan yang memberi manfaat kepada mereka yang beriman dan mengamalkannya.

▶️ Petunjuk Hidup

Al-Quran adalah sumber hidayah dan petunjuk bagi manusia dalam semua aspek kehidupan.

Firman Allah:
"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa." (Surah Al-Baqarah: 2)

▶️ Pahala Membaca Setiap Huruf

Setiap huruf dalam Al-Quran yang dibaca akan diberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Sabda Rasulullah SAW:
"Barang siapa membaca satu huruf daripada Al-Quran, maka baginya satu hasanah (kebaikan), dan satu hasanah itu digandakan menjadi sepuluh." (Hadis Riwayat Tirmizi)

▶️ Syafaat di Hari Kiamat

Al-Quran akan menjadi syafaat bagi pembacanya di akhirat kelak.

Sabda Nabi SAW:
"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi pembacanya." (Hadis Riwayat Muslim)

▶️ Hati Menjadi Tenang

Membaca dan menghayati Al-Quran menjadikan hati lebih tenang.

Firman Allah:
"Ketahuilah, dengan mengingati Allah (zikir dan membaca Al-Quran) hati akan menjadi tenang." (Surah Ar-Ra'd: 28)

▶️ Penyembuh Penyakit Rohani dan Jasmani

Al-Quran bukan sahaja menyembuhkan penyakit hati seperti keraguan dan kesedihan tetapi juga penyakit fizikal.

Firman Allah:
"Dan Kami turunkan daripada Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Surah Al-Isra’: 82)

▶️ Memuliakan Pembacanya

Orang yang mempelajari, membaca dan mengamalkan Al-Quran akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Sabda Nabi SAW:
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

▶️ Pelindung Daripada Gangguan Syaitan

Membaca Al-Quran dapat melindungi diri daripada gangguan syaitan dan kejahatan.

Surah tertentu seperti Ayat Kursi (Al-Baqarah: 255) dan Al-Mu’awwizat (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas) sering diamalkan sebagai pelindung diri.

▶️ Menaikkan Darjat di Dunia dan Akhirat

Mereka yang mahir membaca dan memahami Al-Quran akan diberi kedudukan istimewa di sisi Allah.

Sabda Nabi SAW:
"Sesungguhnya Allah mengangkat darjat sesuatu kaum dengan kitab ini (Al-Quran) dan merendahkan kaum yang lain dengannya." (Hadis Riwayat Muslim)




Address

Jalan Institut

43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+60147320731

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Darul Azhar - معهد تحفيظ دار الازهر posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Darul Azhar - معهد تحفيظ دار الازهر:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share