27/06/2026
🏑 SELANGKAH, SEJIWA, SENADA: KEJAYAAN HOKI MSSD 2026 🏑
Tirai Kejohanan Hoki MSSD 2026 telah melabuhkan tirainya dengan coretan sejarah yang amat membanggakan buat sekolah kita. Kejayaan ini adalah milik kita bersama hasil gabungan keringat, doa, dan pengorbanan seluruh warga.
📊 RANGKUMAN PENCAPAIAN MSSD 2026:
🏆 Pasukan Perempuan: Cemerlang dinobatkan sebagai NAIB JOHAN MSSD!
🔥 Pasukan Lelaki: Berjaya membuktikan kebangkitan dengan LAYAK KE SUKU AKHIR!
⭐ Anugerah Khas: Tahniah kepada K**a Nizam Zahin atas impak luar biasa sebagai PENJARING TERBANYAK LELAKI (18 GOL) sepanjang kejohanan!
Selain itu, 8 orang pemain yang mewakili SK Taman Desaminium telah terpilih untuk ke pemilihan Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS):
1. K**A NIZAR ZAHIN BIN K**A REZMAI
2. MUHAMMAD AQIL ZIYAD BIN NOORZAIRIE
3. ZULFAHRIN ESQANDAR BIN ZULKEFLY
4. ADELIA KHADEEJA BINTI MOHD ISZHAM
5. AMEERA MAISARA BINTI MOHD FIRDAOUZ
6. NURADELIA HUZAIRA BINTI HARISH MIRZA
7. FATHIAH AZ-ZAHRA BINTI MOHD SHAHRIZAN
8. MAYESA SAFIYYAH BINTI MAT YUNUS
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih dirakamkan kepada:
🌹Pn Saudah Bt Osman, Guru Besar & Barisan Pentadbir atas restu, sokongan moral, dan kepercayaan padu yang menjadi tunjang kekuatan pasukan.
🌹Jurulatih & Pengurus Pasukan atas strategi, kepakaran, dan pengorbanan masa tanpa jemu dalam membentuk pasukan yang berjiwa kental.
🌹Rakan-Rakan Guru atas toleransi, doa, dan sokongan berterusan dari bilik guru yang sentiasa mengiringi setiap perlawanan.
🌹Ibu Bapa & Penjaga: 'Pemain ke-12' yang luar biasa! Terima kasih atas pengorbanan masa, komitmen, sumbangan dan sorakan padu di tepi padang.
🌹Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG), yang menyumbang set keeper untuk kejohanan ini.
Buat semua pemain, terima kasih kerana telah berjuang habis-habisan demi lencana di dada. Anda semua adalah wira dan srikandi kebanggaan sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kita bangkit lebih hebat pada masa hadapan!