SMK Senawang (SEMSE)

SMK Senawang (SEMSE)

Share

Untuk bekas pelajar dan guru SMK Senawang ( SeMSe ) dan yang masih bergelar pelajar,guru dan kakitangan SMK Senawang ( SeMSe ) sebagai Ahli Bersekutu.

Lihat lagi galeri di https://www.facebook.com/lensasemsePAGE/ MOTO : Beragama Berilmu Beramal

SEJARAH :

Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang ( SMKS ) telah bertapak selama 20 tahun dan terletak di tengah kawasan taman perumahan dan berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Senawang yang terletak hampir dua kilometer dari kawasan sekolah . SMKS juga boleh dikategorikan sebagai

Photos from SMK Senawang (SEMSE)'s post 30/04/2026

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Tampar kategori P15 SeMSe atas kejayaan cemerlang MENJUARAI Kejohanan Bola Tampar Sekolah Menengah MSSD Seremban 2! ๐Ÿ๐Ÿ†

Kemenangan ini merupakan hasil usaha gigih, semangat berpasukan yang tinggi serta komitmen luar biasa daripada para pemain, jurulatih Dan guru Pembimbing.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak pencapaian gemilang pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah!
Teruskan kecemerlangan! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

SeMSeTV (TVPSS SMK Senawang) on TikTok 08/04/2026

Jom follow, like & share TikTok TVSEMSE ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

SeMSeTV (TVPSS SMK Senawang) on TikTok 636 Followers, 1 Following, 3249 Likes - Watch awesome short videos created by SeMSeTV (TVPSS SMK Senawang)

Photos from SMK Senawang (SEMSE)'s post 29/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua murid SMK Senawang!

๐ŸŽ‰ JOM MERIAHKAN KARNIVAL PENDIDIKAN STREAM REVOLUSI SMK SENAWANG! ๐ŸŽ‰

Anda semua dijemput untuk menyertai Karnival Pendidikan SMK Senawang yang akan berlangsung pada:
๐Ÿ“… 30 Mac 2026 - 3 April 2026
๐Ÿ”–Anjuran PSS SMK SENAWANG

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti permainan, pameran pendidikan, dan banyak lagi! Ini peluang terbaik untuk menimba ilmu sambil berhibur bersama rakan-rakan ๐Ÿ’ซ

๐Ÿ’ก Jangan lupa!
โœ”๏ธ Bawa duit secukupnya untuk menyertai aktiviti yang disediakan
โœ”๏ธ Datang tepat pada masa yang ditetapkan supaya tidak terlepas pelbagai aktiviti menarik

๐ŸŽŠ Ayuh, sama-sama kita meriahkan Karnival Pendidikan ini!

Jumpa anda di sana! ๐Ÿ˜Š

21/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua warga SEMSE ๐Ÿ•Œ๐ŸŒ™.

Ikhlas daripada,

Tuan Haji Zainal Abidin bin Hamzah
Pengetua SMK Senawang

Photos from SMK Senawang (SEMSE)'s post 13/03/2026

MAJLIS IFTAR JAMAEI SMK SENAWANG TAHUN 2026

Tarikh: 13 Mac 2026 (24 Ramadan 1447H)
Hari: Jumaat
Masa : 6.00 ptg - 10.00 malam
Tempat : Surau Al-Hanan

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga SEMSE yang sudi meluangkan masa untuk hadir serta memeriahkan Majlis Iftar Jamaie Peringkat Sekolah.

Kehadiran dan sokongan tuan/puan amat bermakna sekali gus menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan.

Semoga segala jasa dan sumbangan tuan/puan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.


Photos from SMK Senawang (SEMSE)'s post 26/02/2026

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera

Program Pelancaran Ihyaโ€™ Ramadan 1447H/2026M

Tarikh: 27/2/2026 (Jumaat)
Masa: 7.30am - 9.30am
Tempat: Dewan Seri Delima

Bersempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Panitia Pendidikan Agama Islam telah merangka Program Ihyaโ€™ Ramadhan dengan pelbagai pengisian rohani untuk manfaat seluruh warga SMK Senawang.

๐Ÿ“’ Antara pengisian program :
โ€ข Ceramah Ihya' Ramadan
โ€ข ๐™๐™–๐™™๐™–๐™ง๐™ช๐™จ ๐˜ผ๐™ก-๐™Œ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ
โ€ข Iftar Jamaie
โ€ข Buletin Ramadan
โ€ข Infak Asnaf
โ€ข Tahlil Arwah
โ€ข Pertandingan Hafazan
โ€ข ๐™๐™–๐™™๐™–๐™ง๐™ช๐™จ ๐˜ผ๐™ก-๐™Œ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ
โ€ข ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™†๐™๐™–๐™ฉ๐™–๐™ข ๐˜ผ๐™ก-๐™Œ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ
โ€ข Kuiz Ramadan
โ€ข Jom Infak
โ€ข Bacaan Tazkirah/Hadis Ramadan

Bagi menjayakan keseluruhan program ini, ๐๐š๐ง๐š amat ๐๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ค๐š๐ง.
Sehubungan itu, Panitia Agama Islam amat mengalu-alukan sumbangan/infaq daripada tuan/puan untuk bersama-sama meraih ganjaran Ramadan.

๐Ÿ“Œ Sumbangan boleh dibuat ke akaun bank Surau Al-Hanan SMK Senawang seperti yg tertera.
BANK ISLAM
ACC : QR dalam poster
REF: SUMBANGAN IHYA

Semoga setiap sumbangan kita menjadi amal jariah yang berpanjangan, diberkati Allah dan memberi manfaat kepada seluruh warga SMK Senawang serta golongan yang memerlukan khususnya para asnaf.๐Ÿคฒ

Jom sama-sama kita hidupkan Ramadan pada tahun ini. ๐Ÿคฒ๐ŸŒ™


Photos from SMK Senawang (SEMSE)'s post 23/02/2026

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

Kami warga SMK Senawang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohd Shah Asri bin Harun diatas kenaikan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) & mengalu-alukan kehadiran Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang baru iaitu Encik Mohd Affero bin Mohd Razali.

Semoga pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang, dedikasi dan amanah.


Want your school to be the top-listed School/college in Senawang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Taman Marida
Senawang
70450