Salam UiTM Di Hatiku
Telah berlangsung Program Bicara Usahawan Bersama Siswa serta Majlis Penutup Administrative Science-SWCorp Carnival (ASCAR) 2026 yang menghimpunkan warga UiTM bersama barisan tetamu kehormat dalam suasana penuh meriah dan bermakna.
Program ini diserikan dengan kehadiran YB Datuk Mohamad Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang turut menyampaikan Bicara Usahawan Bersama Siswa serta menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan ASCAR 2026. Turut hadir, YBhg. Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM serta Prof. Dr. Nor Hafizah Hj. Mohamed Harith, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP).
Pelbagai pengisian menarik telah berlangsung sepanjang program termasuk sesi soal jawab, persembahan pembukaan oleh ASCAR Performing Arts Group, penyampaian sumbangan pelaksanaan Karnival Kelestarian UiTM oleh pihak SWCorp serta penyampaian cenderamata dan sesi bergambar.
Penganjuran program ini diharap dapat menyuntik semangat keusahawanan, memperkukuh jati diri mahasiswa serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kelestarian dan pembangunan mahasiswa yang holistik.
Salam Kebersamaan
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
أوسها تقوى موليا
UiTM Kampus Seremban
Sebagai medium atau platform rasmi untuk berkongsi maklumat, berita dan aktiviti semasa di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban
21/05/2026
Salam UiTM Di Hatiku
Telah berlangsung Program Bicara Usahawan Bersama Siswa serta Majlis Penutup Administrative Science-SWCorp Carnival (ASCAR) 2026 yang menghimpunkan warga UiTM bersama barisan tetamu kehormat dalam suasana penuh meriah dan bermakna.
Program ini diserikan dengan kehadiran YB Datuk Mohamad Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang turut menyampaikan Bicara Usahawan Bersama Siswa serta menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan ASCAR 2026. Turut hadir, YBhg. Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM serta Prof. Dr. Nor Hafizah Hj. Mohamed Harith, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP).
Pelbagai pengisian menarik telah berlangsung sepanjang program termasuk sesi soal jawab, persembahan pembukaan oleh ASCAR Performing Arts Group, penyampaian sumbangan pelaksanaan Karnival Kelestarian UiTM oleh pihak SWCorp serta penyampaian cenderamata dan sesi bergambar.
Penganjuran program ini diharap dapat menyuntik semangat keusahawanan, memperkukuh jati diri mahasiswa serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kelestarian dan pembangunan mahasiswa yang holistik.
Salam Kebersamaan
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
أوسها تقوى موليا
12/05/2026
Salam UiTM Di Hatiku
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban dengan jayanya telah menganjurkan Program Wacana Dasar: “Di Sebalik Sisa – Meneroka Ekonomi Kitaran dan Kepimpinan Hijau Negara” serta ASPAA Dialogue Series 2.0 sempena Administrative Science Carnival 2026 (ASCAR 2026).
Program ini menghimpunkan seluruh warga UiTMCNS Kampus Seremban bersama tetamu jemputan khas dalam usaha memperkukuh perkongsian ilmu, kesedaran sivik serta pembangunan mahasiswa yang holistik. Antara pengisian utama ialah perkongsian oleh YBrs. Tuan Khalid bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Malaysia berkaitan ekonomi kitaran, pengurusan sisa dan kepimpinan hijau negara, di samping sesi dialog bersama Mantan Naib Canselor UiTM Ke 2 yang sangat berjasa kepada perkembangan serta kemaslahatan UiTM suatu ketika dahulu iaitu YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah mengenai jati diri bangsa dan DNA UiTM.
Majlis turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh ASCAR Performing Arts Group, ucapan aluan daripada Prof. Madya Dr. Nor Hafizah Mohammed Harith, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP), ucapan perasmian, gimik perasmian, penyampaian cenderahati, persembahan khas SWCorp Malaysia serta lawatan ke booth pameran.
Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman mahasiswa terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar, pembangunan mampan, nilai kepimpinan, semangat patriotisme serta penghayatan identiti UiTM dalam melahirkan graduan yang berdaya saing dan berwawasan.
03/05/2026
Salam UiTM Di Hatiku
Telah diadakan program penuh bermakna ini yang diserikan serta dihadiri oleh tetamu jemputan utama YBhg. Tan Sri Dato' Seri Idris Jusoh (Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA) sempena Lawatan Kerja Rasmi ke UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) yang bertempat di UiTMCNS Kampus Rembau.
Lawatan ini merupakan satu penghormatan kepada UiTMCNS dalam memperkukuhkan hubungan institusi serta meninjau perkembangan dan inisiatif UiTM yang dilaksanakan di peringkat cawangan Negeri Sembilan.
Diharapkan lawatan ini dapat menyumbang kepada penambahbaikan berterusan serta memperkasa kecemerlangan UiTM dalam melahirkan generasi yang berdaya saing dan berintegriti.
Salam Kebersamaan
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا
03/05/2026
Salam UiTM Di Hatiku
Program International Colloquium 2026 anjuran Warga Akademik Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban dengan kerjasama Universitas Islam Darul ‘Ulum (UNISDA) juga bersama warga PTAR telah berjalan dengan lancar sebagai platform memperkukuhkan jaringan kolaborasi antarabangsa.
Penganjuran kolokium ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran di samping menyediakan ruang perkongsian ilmu antara kedua-dua institusi. Program ini turut menampilkan sesi pembentangan serta perbincangan ilmiah yang memberi manfaat kepada para peserta.
Diharapkan melalui inisiatif ini, hubungan akademik antara kedua institusi UiTMCNS dan UNISDA dapat terus diperkasa, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan dan pembangunan ilmu di peringkat global.
Salam Kebersamaan
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا
03/05/2026
Salam UiTM Di Hatiku
Telah berlangsung Program Langkah ke Baitullah dengan tema “Menuju Baitullah: Persediaan Yang Dijemput, Harapan Yang Menanti” anjuran Unit Hal Ehwal Islam.
Program ini memberi pendedahan serta persediaan awal kepada warga UiTM yang berhasrat menunaikan ibadah haji dan umrah, merangkumi aspek rohani, mental serta praktikal dalam perjalanan menuju Baitullah.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati oleh YBrs. Hazira Mohd Nasir, (Penolong Rektor UiTMCNS Kampus Seremban), sebagai tanda penghargaan kepada penceramah dan pihak terlibat.
Semoga segala perkongsian yang diperoleh menjadi panduan dan inspirasi buat para peserta dalam menyahut panggilan Ilahi dengan penuh kesiapsiagaan dan keikhlasan.
Semoga dipermudahkan segala urusan menuju Baitullah 🤍
Salam Kebersamaan
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا
03/05/2026
Salam UiTM Di Hatiku
Telah dilaksanakan dengan jayanya Program Sesi Libat Urus Bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang disampaikan oleh YBrs. Profesor Dr Yamin Yasin bersama warga akademik UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Sesi ini memberi fokus kepada hala tuju akademik UiTM 2030, garis panduan kenaikan pangkat staf akademik serta sesi soal jawab yang membuka ruang perbincangan secara dua hala. Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan kefahaman, perkongsian maklumat serta penyelarasan dasar dalam kalangan warga akademik.
Melalui sesi libat urus ini, diharapkan warga akademik dapat meningkatkan kompetensi, memperkasa pembangunan profesional serta bersama-sama menyumbang ke arah kecemerlangan institusi.
Salam Kebersamaan
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا
03/05/2026
Salam UiTM Di Hatiku
Telah berlangsung Majlis Resepsi & Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kuala Pilah 2026 YB Dato' Haji Adnan Bin Haji Abdul Hasan(Ahli Parlimen Kuala Pilah), serta seisi keluarga.
Majlis ini diadakan sebagai platform mengeratkan silaturahim antara UiTM bersama pemimpin dan masyarakat setempat dalam suasana penuh kemeriahan Aidilfitri.
Salam Kebersamaan
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا
03/05/2026
Salam UiTM Di Hatiku
Program Konvensyen Ekuiti Usahawan Bumiputera (KEUB) 2026 Peringkat Zon Selatan telah dianjurkan dengan jayanya oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Program ini menghimpunkan pelbagai pihak dalam usaha memperkasa pembangunan ekonomi dan keusahawanan Bumiputera.
Program ini telah dirasmikan oleh Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan (Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Rembau). Penganjuran konvensyen ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik, perkongsian ilmu serta membuka peluang kepada usahawan untuk terus berkembang dalam landskap ekonomi semasa.
Sepanjang program yang berlangsung dari jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang, pelbagai pengisian telah diadakan bagi memberi pendedahan, inspirasi serta sokongan kepada para usahawan dalam meningkatkan daya saing dan kebolehupayaan perniagaan.
Diharapkan penganjuran konvensyen ini dapat terus menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan Bumiputera yang lebih berdaya tahan, inovatif dan mampan selaras dengan aspirasi negara.
Salam Kebersamaan
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا