17/02/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kejohanan memanah yang berlangsung kelmarin telah berjalan dengan lancar dan penuh semangat kekeluargaan.
Pertama sekali, jutaan terima kasih kepada semua peserta, ibu bapa, jurulatih, penaja dan vendor yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan doa kami titipkan buat pihak Perkampungan Al-Hijrah, khususnya buat Ustazah Asma' Harun. Sejak pertemuan pertama untuk berbincang tentang kerjasama, beliau terus bersetuju memberi sokongan — menaja tempat dan juga sistem PA system. MasyaAllah, satu kepercayaan yang sangat besar buat kami.
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda, melimpahkan keberkatan kepada Perkampungan Al-Hijrah, memudahkan segala urusan dakwah dan kebajikan yang dijalankan, serta mengurniakan kesihatan dan kekuatan berterusan buat Ustazah dan seluruh team.
Khas buat team teras kami – Rafi'e Pie dan Lily Zahara yang menjadi tulang belakang penganjuran kali ini. Dari segi bantuan cari dana, sediakan kertas kerja, uruskan teknikal, setup sound system, berkemas diakhir event — semuanya dibuat tanpa berkira dan tanpa mengeluh. Pengorbanan dan komitmen kalian memang luar biasa. Hanya Allah mampu membalas segala kebaikan.
Terima kasih juga kepada Ustaz Ali dan pelajar² madrasah MBUAH, Abg Wan P dan Abg Amir yang bertungkus-lumus setup tempat shooting line dan kawasan pertandingan supaya semuanya berjalan selamat dan teratur.
Tidak dilupakan para peserta dewasa yang walaupun bertanding, tetapi datang awal pagi terus bantu angkat kerusi, susun tempat dan buat kerja-kerja persiapan. Inilah semangat sebenar satu pasukan — bukan sekadar datang bertanding, tetapi sama-sama memikul tanggungjawab.
Terima kasih juga kepada bekas pensyarah saya, Encik Hazree dan Puan Shida membantu di meja pendaftaran, yang selalu tak putus² support kami. Kak Yati, Kak Raftah setia membantu dari pagi hingga petang bantu pendaftaran, bantu uruskan score sheet, susun hadiah di khemah urusetia. Sambil Kak Yati bantu sempat juga memanah. Juga buat Kak Izan & Kak Aju (parents kepada pelajar saya) bantu di khemah urusetia.
Terima kasih juga pada Hafiz, Kak Nani, Abg Rudi, Kak Umi Hafizah II dan team Lavender Archery & Geleneksel serta Wak Lempeng yang sentiasa menyokong dan membantu kami secara langsung dan tidak langsung.
Terima kasih juga kepada yang last minute tambah sponsor khemah - Ahmad Izani Ali dan team RSN , ada drone di hari pertandingan (parents kepada peserta) serta semua vendor berbayar yang turut sama memberi sokongan dan tajaan tambahan iaitu;
- Menteri Besar Negeri Sembilan, DSU Aminuddin Harun
- Olive House by Khanafi Mohd
- Triple H Leather
- Ibu Kamisah
- FJ Leather
- Sinar Cahaya Azim
- R.A.R by Kak Raftah
- Pondok Kasih Uwan, Kuala Pilah
- Puan Hamiza (parent kepada homeschooler kami)
- Kangen Water by Sya
- Bubbles O2
- Kelab Memanah Al Zaeim (KEMETRAZ)
- Arabian Kitchen
- 3 Brothers Archery
- Supra X
- Mukhzani
- Tuah Archery Club
- Kopi Makrifat
- NurMuhammad by Kak Yati & Abg Jimi
- Nilai Cetak
- Azfa Garment
Terima kasih juga kepada semua yang tolong sebarkan poster, yang mendoakan, dan yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.
Sokongan anda semua amat kami hargai dan sangat membantu melancarkan perjalanan kejohanan ini.
Sejujurnya, kami sangat terharu dan tersentuh dengan sokongan luar biasa yang diberikan. Ini kali pertama kami mengendalikan kejohanan sebesar ini dan kami sendiri tidak menyangka penyertaan mencecah lebih 240 orang.
Itu pun masih ada yang ingin menyertai tetapi kami tidak dapat terima lagi kerana kapasiti sudah penuh.
Lebih menyentuh hati apabila ramai yang datang membantu tanpa diminta, ramai yang mesej dan bertanya khabar — “ok ke?”, “cukup tak?”, “ada apa-apa nak tolong?” — perkara kecil inilah yang sebenarnya sangat besar nilainya buat kami.
Kami akui ada kekurangan di sana sini dan kami mohon maaf atas segala yang terlepas pandang.
InsyaAllah segala kelemahan akan diperbaiki untuk penganjuran akan datang.
Apa yang paling berharga bukan sekadar pertandingan kelmarin, tetapi ukhuwah, kerjasama dan semangat kekeluargaan yang terjalin.
Bangga dengan team kita.
Ini bukan pengakhiran — ini permulaan sesuatu yang lebih besar, insyaAllah ❤️🎯