๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐๐ฅ ๐๐ข๐ฃ๐ซ๐๐ก ๐๐๐๐๐๐
Dalam semangat hijrah, kita melangkah bukan hanya untuk berubah tetapi untuk membina.
โDan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah, dia akan dapati di muka bumi ini tempat hijrah yang banyak dan rezeki yang luasโฆโ
(Surah An-Nisaโ, ayat 100)
Universiti sebagai medan ilmu dan amal, memerlukan sokongan berterusan demi kelangsungan pembangunan, kebajikan dan impak sosial.
Semoga 1447H menjadi tahun kebangkitan penjanaan strategik dan pendanaan mampan demi masa depan institusi dan ummah.
Bahagian Endowmen, Derma dan Sumbangan - BEDS PNC UPM
Bahagian Endowmen, Derma dan Sumbangan (BEDS), Pejabat Naib Canselor UPM ditubuhkan pada bulan Januari 2025.
Bahagian ini bertanggungjawab untuk membina keupayaan pengumpulan dana universiti dan menyelaras aktiviti pendanaan serta perniagaan UPM.
07/06/2025
๐ Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H | 2025M ๐๐
โSesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah.โ
(Hadis riwayat Imam Abu Daud)
Semoga ibadah korban kita diterima dan membawa makna pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.
Ikhlas daripada:
Bahagian Endowmen, Derma dan Sumbangan,
Pejabat Naib Canselor UPM
Assalamualaikum dan salam Hari Jumaat๐
Seperti yang dijanjikan, bermula hari ini admin akan melancarkan dokumentari bersiri pendek 3 bahagian bertajuk:
๐๐จ๐ซ๐๐๐ง: ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ข ๐๐๐ซ๐ค๐จ๐ซ๐๐๐ง
๐๐จ๐ซ๐๐๐ง: ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ข ๐๐๐ซ๐ค๐จ๐ซ๐๐๐ง ialah sebuah dokumentari bersiri pendek yang akan membuka mata masyarakat terhadap realiti penipuan dalam ibadah korban yang semakin berleluasa.
Disampaikan dengan naratif yang menyentuh hati dan penuh pengajaran, video ini mengajak penonton untuk lebih berhati-hati dalam memilih pihak pelaksana korban, agar ibadah yang suci ini tidak tercemar oleh unsur penipuan, ketidaktelusan dan penyalahgunaan amanah.
Saksikan bagaimana kesilapan kecil boleh membawa akibat besar โ jangan sampai niat baik anda untuk berkorban akhirnya membuat anda ๐๐๐ซ๐ค๐จ๐ซ๐๐๐ง.
Selamat menonton ๐๐จ๐ซ๐๐๐ง: ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ข ๐๐๐ซ๐ค๐จ๐ซ๐๐๐ง - ๐ฉ๐๐ซ๐ญ ๐
27/05/2025
๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐๐ข๐ช๐ ๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฅ-๐๐๐ก๐๐ฅ ๐๐๐ฃ๐๐ง ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ฆ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐จ๐๐ ๐ข๐ฅ๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐ฆ๐โ๏ธ
Dapatan kami dari Bahagian Endowmen Derma dan Sumbangan (BEDS) berdasarkan kesยฒ sebenar yang kami hadapi mendapati bahawa kenyataan ini ada kebenarannya. Pengurusan Endowmen sedia ada tidak dapat membina Kelestarian kewangan sesebuah organisasi apatah lagi Universiti Awam.
Kerana itu kami telah bekerjasama dengan seorang pelajar Sarjana dan sekumpulan penyelidik bagi mengesahkan model baharu Endowmen yang lestari yang sesuai untuk Universiti Awam di Malaysia.
Model Endowmen Lestari ini telah dibangunkan semenjak tahun lepas lagi dan telah melalui 4 fasa penambahbaikan yang mana setiap fasa berjaya menghasilkan pencapaian yang tangible untuk mengesahkan keperluan model ini.
Alhamdulillah, model ini hampir siap untuk dibentangkan kepada pengurusan universiti bagi membolehkan ia dipatenkan dan diaplikasikan ke seluruh tabung Endowmen Universiti Putra Malaysia.
Pelajar sarjana tersebut, en. Syed Muhammad Asyraf Syed Kamil akan menghadapi Viva voce pada pagi ini. Mari kita sama-sama mendoakan kecemerlangan en. Syed Asyraf dalam Viva voce beliau.
๐๐ฆ๐ต๐ช๐ข๐ฑ ๐ต๐ข๐ฉ๐ถ๐ฏ, ๐ฌ๐ช๐ต๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ถ๐ข๐ต ๐ฌ๐ฐ๐ณ๐ฃ๐ข๐ฏ... ๐ต๐ข๐ฑ๐ช ๐ข๐ฅ๐ข๐ฌ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ฐ๐ณ๐ฃ๐ข๐ฏ ๐ช๐ต๐ถ ๐ด๐ข๐ฉ ๐ข๐ต๐ข๐ถ ๐ฉ๐ข๐ฏ๐บ๐ข ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ณ ๐ฃ๐ข๐บ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ?
๐๐จ๐ซ๐๐๐ง: ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ข ๐๐๐ซ๐ค๐จ๐ซ๐๐๐ง
Siri dokumentari pendek yang membuka kisah di sebalik tabir penipuan dalam ibadah korban โ dari haiwan yang tidak sah, penyembelihan yang diragui, hingga duit yang tidak sampai ke tempatnya.
๐ฌ Tonton trailer rasmi sekarang! Ketahui bagaimana mudahnya kita terpedaya atas nama ibadah dan lindungi niat sucimu dari dimanipulasi.
๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐ก๐ง๐๐ก๐ ๐๐จ๐ก๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ก๐
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ป๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐๐ถ๐๐๐ฎ๐๐ถ ๐ถ๐ป๐ถ?
Seorang Pengarah Pengumpul Dana berkata:
โ๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ข ๐๐ฆ๐จ๐ข๐ธ๐ข๐ช ๐๐ฌ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ถ๐ต๐ช๐ง ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฉ๐ข๐ณ๐ข๐ฑ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ด๐ข๐บ๐ข ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ต๐ฆ๐ฎ๐ถ ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ณ๐ฎ๐ข ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ช๐ฏ๐ต๐ข ๐ฅ๐ฆ๐ณ๐ฎ๐ข ๐ด๐ฆ๐ณ๐ต๐ข-๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ต๐ข. ๐๐ข๐ญ๐ข๐ถ ๐ด๐ข๐บ๐ข ๐ฃ๐ถ๐ข๐ต ๐ด๐ฆ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ต๐ช ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฅ๐ช๐ช๐ฏ๐จ๐ช๐ฏ๐ฌ๐ข๐ฏ, ๐ด๐ข๐บ๐ข ๐ค๐ถ๐ฎ๐ข ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฑ๐ข๐ต ๐ด๐ฆ๐ฅ๐ช๐ฌ๐ช๐ต ๐ด๐ข๐ฉ๐ข๐ซ๐ข ๐ด๐ถ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ณ๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ณ๐ฎ๐ข-๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ณ๐ฎ๐ข ๐ฃ๐ฆ๐ด๐ข๐ณ ๐ธ๐ข๐ญ๐ข๐ถ๐ฑ๐ถ๐ฏ ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฏ๐ข๐ณ๐ข๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ณ๐ฎ๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฑ๐ข๐ฏ๐ซ๐ข๐ฏ๐จ.โ
Organisasi Kebajikanโผ๏ธ
Pengumpulan dana memerlukan masa. Penderma yang menentukan garis masa mereka sendiri untuk menderma. Para pengumpul dana anda tidak dapat mengawal garis masa ini.
Pada hari yang sama anda mula menyemai benih BUKANLAH pada hari yang sama anda dapat menikmati hasil tanaman.
Pada hari yang sama anda mula bertemu penderma baharu BUKANLAH pada hari yang sama anda meminta derma.
Seperti mana tumbuhan memerlukan masa untuk tumbuh, begitu juga dengan membina hubungan dengan penderma baharu.
๐๐๐๐ฆ-๐ฃ๐ก๐ ๐จ๐ฃ๐ ๐๐ป๐ท๐๐ฟ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ฃ๐จ๐ง๐ฅ๐ ๐๐๐ป๐ฑ๐ฟ๐ฎ๐ถ๐๐ถ๐ป๐ด ๐๐ผ๐ฟ๐บ๐๐น๐ฎ ๐ ๐ฎ๐๐๐ฒ๐ฟ๐ฐ๐น๐ฎ๐๐ ๐ญ.๐ฌ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ป ๐จ๐ป๐ถ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐๐ถ
Serdang, 8 Mei 2025 โ Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Bahagian Endowmen, Derma dan Sumbangan, Pejabat Naib Canselor (BEDS-PNC) telah menganjurkan buat pertama kalinya Program Putra Fundraising Formula Masterclass 1.0, sebuah inisiatif strategik yang bertujuan memperkasa keupayaan universiti dalam pengumpulan dana secara mampan dan berstruktur.
Program setengah sehari ini berlangsung di Dewan Taklimat, Bangunan Canselori UPM dan menerima pendaftaran melebihi 80 peserta terdiri daripada kepimpinan universiti, pegawai penyelaras jaringan, pegawai pembangunan, serta pelajar universiti yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dana dan jaringan strategik serta minat untuk mendalami tentang pengumpulan dana secara berkesan.
Majlis telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPM,
YBhg. Datoโ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, yang dalam ucapannya menegaskan pentingnya universiti bersedia beralih daripada kebergantungan kepada dana kerajaan kepada model kewangan yang lebih lestari melalui pendekatan pengumpulan dana yang lebih agresif berdasarkan pengalaman-pengalaman universiti terkemuka di dunia yang sudah memiliki dana endowmen berjumlah berbillion Ringgit.
Antara pengisian utama masterclass ini termasuk sesi perkongsian daripada pakar pengamal industri yang dijemput khas berkongsikan pengalaman dan pembelajaran yang dipelajari bagi membina kapasiti dalaman universiti dalam pengumpulan dana.
Program ini turut mempromosikan โklinik pengumpulan danaโ kepada PTJ-PTJ UPM, di mana peserta dibimbing untuk merangka pelan tindakan pengumpulan dana di peringkat fakulti dan pusat tanggungjawab masing-masing, berpaksikan nilai integriti, akauntabiliti, dan impak sosial.
Dengan berlangsungnya masterclass ini, UPM menunjukkan komitmen serius dalam membina ekosistem pengumpulan dana yang strategik, berdaya tahan dan lestari seiring dengan aspirasi menjadikan universiti lebih berdaya saing dan berdikari.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง.
16 Mei- Hari untuk meraikan semua Cikgu, Teacher, Ustazah, Professor dan semua bergelar pendidik.
โ๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฐ๐ต๐ถ๐ป๐ด ๐ถ๐ ๐ฎ ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐๐ถ๐ผ๐ป ๐๐ต๐ฎ๐ ๐ฐ๐ฟ๐ฒ๐ฎ๐๐ฒ๐ ๐ฎ๐น๐น ๐ผ๐๐ต๐ฒ๐ฟ ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐๐ถ๐ผ๐ป๐.โ
Buat rakanยฒ Facebook yang berkerjaya seorang GURU, PENSYARAH, TRAINER dan PENDIDIK. Terima kasih jasa kalian tak terbalas
Khas buat diri kita sendiri juga, sebagai mak dan ayah yang merupakan guru dan madrasah pertama anakยฒ. Saling berganding bahu dengan guru di sekolah untuk kemenjadian diri anakยฒ.
Seorang doktor, guru, hakim, peguam hatta apa sahaja kerjaya anakยฒ , adalah hasil kecemerlangan didikan guruยฒ (ibu ayah) dirumah dan guruยฒ di sekolah.
Apapun, kecemerlangan terbesar buat para pendidik apabila berjaya membina akhlaknya mantap (baik) terhadap anak didik masing-masing dan menjadi insan yang bermanfaat ๐ Ini paling hebat. Dunia dapat dan Akhirat pun dapat. Sesiapapun bahagia mendampingi insanยฒ begini
Alhamdulillah . Terima kasih CIKGU, PENSYARAH, TRAINER dan PENDIDIKโฅ๏ธ
Ikhlas dari,
Warga kerja
Bahagian Endowmen, Derma dan Sumbangan (BEDS)
Pejabat Naib Canselor UPM
๐ฏ[๐ง๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐ข๐ก๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ฅ๐ง๐] โ ๐๐น๐ถ๐ป๐ถ๐ธ ๐๐๐ป๐ฑ๐ฟ๐ฎ๐ถ๐๐ถ๐ป๐ด ๐๐๐-๐ฃ๐ก๐ ๐จ๐ฃ๐
Terima kasih kepada semua peserta yang komited! Klinik ini hanyalah permulaan. Ayuh kita jayakan agenda kemandirian universiti melalui pembudayaan filantropi. ๐ฑ๐