01/05/2025
Hari ini cuti kan? Jom kita rehatkan minda dan bawa keluarga berjalan-jalan di MAEPS Serdang! Dengan udara yang segar dan pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan disamping itu ditemani dengan suasana hijau yang segar dan nyaman menanti anda disini.
Selamat menikmati hari cuti anda ikhlas daripada kami di MARDICorp.
30/03/2025
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh ahli keluarga MAEPS Agro Tourism Park.
Bermain mercun sambil berlari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan.
Salam Aidilfitri 1446H.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
01/03/2025
Salam Ramadan Al-Mubarak buat seluruh ahli keluarga MAEPS Agro Tourism Park.
Kalau Siang Ada Matahari,
Kalau Malam Ada Bulan,
Mari Kita Mensucikan Hati,
Untuk Menyambut Bulan Ramadan.
11/12/2024
Merafak Sembah Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.
Semoga Allah S.W.T. lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan, sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan serta kemuliaan.
Dirgahayu Tuanku.
10/12/2024
Terima kasih diucapkan kepada para pelajar dari Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP yang berkesempatan melawat ke Laman Herba, Kelulut dan G2G Animal Garden di MAEPS Serdang.
Semoga perkongsian yang diberi, sedikit sebanyak dapat memberi input dan ilmu pengetahuan yang berguna dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Diharap juga ukhuwah yang terbina dapat dikekalkan sampai bila-bila.
Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi melawat kami,
Kalau ada kesempatan lagi,
Bolehlah kita berjumpa lagi...
23/11/2024
Terima kasih diucapkan kepada para peserta lawatan dari SJKC Subang yang berkesempatan melawat ke Laman Herba, Kelulut dan G2G Animal Garden di MAEPS Serdang.
Semoga perkongsian yang diberi, sedikit sebanyak dapat memberi input dan ilmu pengetahuan yang baru dalam memahami pelbagai jenis spesis herba dan haiwan ternakan di negara ini.
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi...
05/11/2024
Terima kasih diucapkan kepada para peserta lawatan dari Pusat Khidmat Masyarakat Sibuti Sarawak yang berkesempatan melawat ke Ladang Fertigasi Melon dan Laman Nanas di MAEPS Serdang.
Semoga perkongsian yang diberi, sedikit sebanyak dapat memberi input dan ilmu pengetahuan dalam mendalami bidang pertanian yang pelbagai di negara ini.
Terbang selisih siburung kedidi,
Terbang berduyun di waktu pagi,
Terima kasih daun keladi,
Di lain tahun berjumpa lagi..
31/10/2024
Selamat menyambut Hari Deepavali buat seluruh ahli keluarga MAEPS Agro Tourism Park.
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Deepavali disambut megah,
Wujudkan kemuafakatan kita bersama.
16/09/2024
Salam Maulidur Rasul buat seluruh ahli keluarga MAEPS Agro Tourism Park
Cantik kuntuman bunga dahlia,
Pohon melatih di tepi perigi,
Rasulullah junjungan yang mulia,
Halus pekerti indah.
16/09/2024
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2024 buat semua ahli keluarga MAEPS Agro Tourism Park
10/09/2024
Throwback MAHA 2022...
*Jangan lupa untuk kunjungi reruai MARDI Corporation Sdn Bhd di Dewan C. Terdapat pelbagai produk dan teknologi baru menanti anda semua!*