27/10/2021
[PROGRAM MALAM BERSAMA MEHSSA 2021]
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
✨ 3 HARI LAGI ✨
Sukacita dimaklumkan bahawa Medical and Health Sciences Student Association, MEHSSA akan mengadakan Program Malam Bersama Mehssa 2021 pada ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh : 30 Oktober 2021 (Sabtu)
🕗 Masa : 9.00 p.m. - 10.30 p.m.
🖥️ Platform : Facebook Live (Mehssa UPM RASMI)
📍Oleh itu diwajibkan semua pelajar Tahun 1 Perubatan dan Sains Kesihatan sesi 2021/2022, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia untuk sama-sama menghadirkan diri di dalam program ini.
🔖 Merit Fakulti disediakan
📞 Sebarang pertanyaan berkaitan program, sila berhubung :
▫️Aiman : https://wa.me/60173951560
Sekian, terima kasih.
“BERSAMA MAHASISWA MENJANA TRANSFORMASI"
Medical and Health Sciences
Student Association (MEHSSA) Sesi 2021/2022
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
18/10/2021
[SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1443H / 19 OKTOBER 2021M]
#17 / 18 OKTOBER 2021
“Ummah Rabbani Negara Harmoni”
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat sekalian.
Marilah bersama-sama memperbanyakkan amalan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang merupakan suri teladan yang terbaik buat sepanjang zaman. Semoga kita semua memperolehi syafaat dan pahala di akhirat kelak.
Ikhlas daripada MEHSSA.
"BERSAMA MAHASISWA MENJANA TRANSFORMASI"
Medical and Health Sciences Student Association (MEHSSA)
Sesi 2021/2022
Universiti Putra Malaysia.
10/10/2021
[WORLD MENTAL HEALTH DAY]
#14 / 10 OKTOBER 2021
Assalamualaikum and good day,
10 October is World Mental Health Day. The objective is to raise awareness of mental health issues around the world and to mobilize efforts in support of mental health. The theme for this year is ‘Mental health care for all: let’s make it a reality’.
The COVID-19 pandemic has had a major impact on people’s mental health. Some groups, including health and other frontline workers, students, people living alone, and those with pre-existing mental health conditions, have been particularly affected. Therefore, we should be united to be an important support system for each other, especially our loved ones.
"BERSAMA MAHASISWA MENJANA TRANSFORMASI"
Medical and Health Sciences Student Association (MEHSSA)
Sesi 2021/2022
Universiti Putra Malaysia.
17/09/2021
[PROGRAM REACHING FPSK 2021]
#09 / 11 SEPTEMBER 2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
MEHSSA dengan kerjasama TDASK dan MPP buat julung kalinya telah menganjurkan Program Reaching FPSK 2021 pada 11 September 2021 melalui platform Zoom Meeting. Majlis ini telah diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua pelajar tahun satu sesi 2020/2021 sains kesihatan berkenaan tentang akademik, MPP dan MEHSSA serta kelab - kelab di bawah MEHSSA.
Program yang julung kali diadakan ini, telah mendapat sambutan yang memberansangkan daripada semua pelajar FPSK. Program ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu formal dan tidak formal. Impak yang begitu positif dapat dilihat melalui program yang dianjurkan ini kerana rata rata pelajar memanfaatkan sesi yang disediakan dengan sangat cemerlang.
Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada Timbalan Dekan FPSK, Prof. Madya Dr. Barakatun Nisak Binti Mohd Yusof serta Penasihat MEHSSA, Dr. Shaharuddin Bin Mohd Sham, MPP Fakulti, serta presiden-presiden kelab sains kesihatan atas kesudian bagi menghadiri Program Reaching FPSK 2021.
Diharapkan program yang memberi impak yang besar kepada semua warga FPSK seperti Program Reaching FPSK ini akan dapat dijalankan lagi bagi sesi yang akan datang. Sekian, terima kasih.
BERSAMA MAHASISWA MENJANA TRANSFORMASI
Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (MEHSSA)
Sesi
2021/2022
Universiti Putra Malaysia.
16/09/2021
[SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA]
#08 / 16 SEPTEMBER 2021
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,
Barisan Medical and Health Sciences Student Association (MEHSSA) 2021/2022 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia amnya, dan kepada warga Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan tanpa mengira latar belakang bangsa, budaya dan agama.
Semarakkan semangat Malaysia Prihatin dalam usaha kita menamatkan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. Terima kasih Malaysia di atas nikmat keamanan dan kebebasan yang telah dikecapi selama ini.
Sekian, terima kasih.
Salam 'Malaysia Prihatin'.
"BERSAMA MAHASISWA MENJANA TRANSFORMASI"
Medical and Health Sciences Student Association (MEHSSA)
Sesi 2021/2022
Universiti Putra Malaysia.