11/04/2019
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang soleh”
(HR. Muslim no. 1631)
MOHON SUMBANGAN SEGERA UNTUK BAIK PULIH BANGUNAN SEMENTARA TAHFIZ DARUL ULAMA (TDU) AKIBAT DILANDA RIBUT.
YBhg Tuan/Puan Muslimin & Muslimat yang dirahmati Allah s.w.t sekalian
Kami sangat memerlukan sumbangan segera bagi baik pulih bumbung dan beberapa bahagian yang bocor dan rosak akibat ribut yg melanda Kg Melayu Sri Kundang pada petang Jumaat, kira² jam 5:30 petang, 10/03/2019.
Untuk makluman semua TDU ialah sebuah pusat pengajian hafazan secara PERCUMA yg terletak di No 49,Blok A, Kg Melayu Sri Kundang, 48050 Sg Buluh,Selangor,Darul Ehsan.TDU dibina atas tapak tanah yg di waqafkan oleh Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) dan berdaftar dgn Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sekarang terdapat kira² 100 orang pelajar lelaki dan perempuan berumur antara 8 tahun hingga 20 tahun.TDU di biayai sepenuh nya melalui sumbangan orang ramai samada melalui derma, zakat, fidyah atau waqaf.
Sumbangan dan sokongan anda sangat di alu2kan bagi membolehkan kami membaiki kerosakan tersebut pada kadar segera baik pulih bangunan dan bagi memberi keselesaan kpd pelajar² dan warga TDU.
Sebarang sumbangan samada dalam bentuk cek atau tunai boleh disalurkan ke nombor akaun Maybank 564221633407 atas nama 'Tabung Pembinaan Tahfiz Darul Ulama'.
Sekiranya perlukan makluman lanjut, sila hubungi Ustaz Haji Muhammad Adnan bin Haji Abdullah, Mudir TDU di talian 0193082784 atau Haji Abdul Kadir bin Che Mat, Pengerusi TDU di talian 0197744456.
Sekian, untuk makluman dan di sudahi dgn ucapan jazakallah khairan katsira.