21/08/2026
Info makluman
Kepada ibubapa/penjaga, sila cakna cuti sekolah ini. Jangan ada yang menghantar anak ke sekolah.
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PIBG SRA Pekan Semenyih, Education, PIBG SRA PEKAN SEMENYIH, Semenyih.
21/08/2026
Info makluman
Kepada ibubapa/penjaga, sila cakna cuti sekolah ini. Jangan ada yang menghantar anak ke sekolah.
17/07/2026
1 7 0 7 2 0 2 6
Mesyuarat Bil. 2/2026 PIBG SRA Pekan Semenyih telah membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pengurusan sekolah, kebajikan murid, program akademik, sahsiah serta pembangunan prasarana sekolah.
Kepada Ibubapa, yuran ahli dan sumbangan PIBG perlu dijelaskan demi anak-anak sepanjang persekolahan mereka.
Yang telah membuat bayaran, alhamdullillah dan terima kasih.
15/05/2026
Selamat Hari Guru 2026.
โGuru Bitara Nadi Negaraโ
Terima kasih atas segala ilmu, jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai.
YDP PIBG
SRA PEKAN SEMENYIH
09/05/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh tenaga jurulatih SRA Pekan Semenyih atas dedikasi, komitmen serta kesungguhan dalam mendidik dan membimbing anak-anak sehingga berjaya meraih kemenangan yang membanggakan.
Tanpa sokongan para pentadbir dan bantuan daripada ibubapa kita tidak dapat Lahirkan insan-insan cemerlang.
Segala usaha, pengorbanan masa dan ilmu yang dicurahkan telah membuahkan hasil yang amat bermakna, sekaligus mengharumkan nama sekolah di pentas Acara KAMIL Zon Semenyih 2026.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua peserta yang telah terlibat. Keberanian, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan adalah satu kejayaan yang amat bernilai.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.
IKHLAS DARIPADA:
PIBG SRA PEKAN SEMENYIH
06/05/2026
Keselamatan Anak, tanggungjawab kita semua. Marilah kita jadi mata-mata diluar sana.
26/03/2026
2 6 0 3 2 0 2 6
MEMO DALAMAN
KEBENARAN KHAS & KELONGGARAN PEMAKAIAN KEPADA MURID.
19/03/2026
Di kesempatan yang mulia ini, kami warga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, murid-murid serta masyarakat setempat.
Semoga Syawal yang menjelang membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua.
Ikhlas daripada,
PIBG SRA PEKAN SEMENYIH
09/03/2026
Assalamualaikum wrt wbt
PERMOHONAN TAHUN SATU 2027
Ibu bapa penjaga boleh rujuk poster pautan berikut untuk permohonan.
๐ https://mylink.la/sraps02
Sila baca dan ikuti panduan permohonan.
Terima kasih.
28/02/2026
2 8 0 2 2 0 2 6
Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 bagi sesi 2024โ2026 telah berlangsung dengan jayanya dan telah dirasmikan oleh Tuan Muhamad Safuan, Penghulu Mukim Semenyih. Majlis berjalan lancar dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga yang memberi sokongan padu kepada pihak sekolah.
Pihak PIBG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran serta komitmen ibu bapa/Guru dalam menjayakan mesyuarat ini.
Tahniah turut diucapkan kepada calon 9A UPKK 2025 yang telah menerima sumbangan wang tunai daripada PIBG sebagai tanda penghargaan atas usaha dan pencapaian mereka.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada barisan AJK PIBG sesi 2024โ2026 atas segala jasa, kerjasama dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan AJK PIBG baharu sesi 2026โ2028, semoga dapat meneruskan kecemerlangan serta memperkukuhkan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa pada masa akan datang.
25/02/2026
JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG
SRA PEKAN SEMENYIH
Dengan segala hormatnya, ibu bapa dan penjaga dijemput hadir ke Mesyuarat Agung PIBG seperti ketetapan berikut:
๐
Tarikh: 28 Februari 2026
๐ Masa: 8.00 pagi
๐ Tempat: Dewan SRAPS
Kehadiran tuan/puan amat dihargai bagi bersama-sama menjayakan mesyuarat ini.
๐ Hadiah cabutan bertuah menanti anda!
Sekian, terima kasih.